Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Amalkannya Setiap Hari Jumaat, Allah S.W.T Akan Ampunkan Dosa Sebanyak 80 Tahun!

Manusia sememangnya tidak lari dari melakukan kesilapan, setiap hari sudah pasti akan melakukan dosa, yang membezakan ialah adakah anda ingin benar-benar bertaubat ataupun tidak.

Ramai yang inginkan keampunan Allah s.w.t setelah melakukan dosa, namun adakah mereka benar-benar menyesalinya? Sebenarnya banyak cara untuk mendapatkan keredhaan-Nya, antaranya mengamalkan zikir-zikir, mengamalkan solat taubat, sentiasa berselawat dan bersedekah.

“Rasulullah s.a.w. bersabda “Sesiapa yang berselawat ke atasku sebanyak 80 kali pada hari Jumaat, Allah swt akan mengampunkan dosanya sebanyak 80 tahun. Telah ditanya; Wahai Rasulullah s.a.w, Bagaimanakah selawat itu? Baginda menjawab “Allah humma salli ala muhammadin abdika wa nabiyyika wa rasulikan nabiyyil ummi” (Ya Allah, limpahkanlah rahmat kepada Sayidina Muhammad seorang hamba, Nabi dan utusanMu yang ummi”) [Al-Qawl al-Badee’; Al Muassah al-Rayyan; Takhreej Al-Ihya; Dar Al-Hadith)

Selawat pada hari Jumaat 80 kali boleh menghapuskan dosa. Rasulullah s.a.w. juga ada bersabda yang menyatakan:

Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah (SAW) bersabda “Sesiapa yang membaca selawat seperti ini sebanyak lapan puluh kali sejurus selepas sembahyang Asar pada Hari Jumaat, sebelum bangun dari tempat sembahyangnya, akan diampunkan dosanya sebanyak 80 tahun dan diberikan pahala 80 tahun ibadah.

Allahumma Solli ‘Alaa Muhammadinin Nabiyyil Ummiyyi wa-’Alaa Aalehi wa-sallim Tasleeyma.[Al-Jami Al-Saghir; Allamah Sakhaawi RA dalam Al-Qawl al-Badee’; Imaam Daraqutni RA and Al Muassah al-Rayyan]

Dari Aus bin Aus r.a.katanya, Rasulullah s.a.w bersabda, “Sesungguhnya di antara hari-harimu yang paling utama sekali ialah hari Jumaat, maka perbanyakkanlah membaca selawat padaku pada hari itu, sebab sesungguhnya bacaan selawatmu itu ditunjukkan kepadaku. Para sahabat berkata: Ya Rasulullah, bagaimanakah selawat kita semua itu dapat ditunjukkan kepada Tuan, sedangkan Tuan sudah hancur tubuhnya? Nabi s.a.w bersabda: Sesungguhnya Allah mengharamkan pada tanah untuk makan tubuh sekelian Nabi. (Riwayat Abu Dawud dengan isnad sahih.)

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, “Perbanyakkanlah membaca selawat padaku pada malam dan hari Jumaat, sesiapa yang membaca selawat untukku satu kali, Allah akan berselawat kepadanya 10 kali (Allah akan memberinya rahmat 10 kali) “. (Riwayat Al Baihaqi)”

Sumber: Lubukmaklumat.com

Add Comment