Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Anda Mengalami Masalah Keputihan? Jom Baca 11 Petua Berkesan Ini

Keputihan adalah normal dan ia adalah perkara biasa yang berlaku pada semua wanita yang sudah akil baligh. Lebih tepat lagi, keputihan adalah satu cara semula jadi yang dilakukan oleh badan untuk membersihkan alat sulit daripada bakteria secara tak langsung menyihatkannya.

Biasanya ia tidak berbau dan meninggalkan kesan cairan berwarna putih pada panties lebih-lebih jika wanita itu aktif, sedang menunggu hari untuk period, hamil dan terlalu stress.

Namun, ia tidak normal jika ia keluar dengan banyak, berbau busuk, kenyal, melekit, menyebabkan gatal pada sekitar alat sulit dan ada yang berwarna selain daripada putih. Keadaan ini dipanggil Leucorrhoea.

Keputihan terbahagi kepada dua jenis, iaitu fisiologis (terjadi masa subur ataupun sebelum/sesudah menstruasi) – mengeluarkan lendir dengan sedikit bau, tetapi tidak berwarna) dan patologis (kawasan alat sulit wanita mengeluarkan banyak lendir berbau, berwarna dan menimbulkan rasa gatal).

Jangan risau, ada cara untuk mengatasi masalah keputihan. Usah risau lagi. Jom baca petua berguna di bawah:

11 CARA SEMULAJADI MENGATASI MASALAH KEPUTIHAN

Masalah Leucorrhoea boleh diatasi dengan:

1. PISANG

Sama ada dimakan mentah bersama susu dan madu setiap pagi atau goreng bersama sayur-sayuran. Pisang mampu mengurangkan keputihan dengan cara semulajadi serta menyembuhkannya. Buah ini boleh membantu tubuh menyeimbangkan hormon dari dalam tubuh.

2. JUS DAUN BUAH DELIMA

Jus delima dapat membantu mengatasi keputihan dengan cara semulajadi.Jus delima mengandungi beberapa nutrisi yang penting termasuklah meningkatkan keseimbangan hormon serta mencegah perkembangan bakteria dan virus. Jus delima juga berupaya membunuh semua bakteria jahat yang membiak dalam vagina. Ambil 30 helai daun buah delima dan kisar bersama lada hitam dan setengah gelas air. Tapis airnya dan minum setiap pagi selama tiga minggu.

3. SERBUK HALIA

Rebus dua sudu serbuk halia bersama 250ml air hingga air menjadi setengah cawan. Amalkan minum selama tiga minggu.  Halia mampu melawan bakteria jahat yang membiak dalam vagina. Minumlah segelas halia panas secara rutin setiap hari. Boleh juga ditambah dengan gula batu atau madu agar air halia panas itu terasa lebih nikmat. Selain mampu menyembuhan keputihan, halia juga bagus untuk kesihatan tubuh badan kita.

4. CAMPURAN JUS DAUN BASIL DAN MADU

Rebus daun basil dan ambil jusnya. Sebelum minum, letak sedikit madu setiap pagi dan malam selama dua minggu.

Daun ini juga terdapat dalam bentuk serbuk yang telah dipek di pasaran. Ia mirip dengan ‘oregano’ yang boleh didapati dalam botol seperti lada sulah.

5. SERBUK TAWAS

Bersifat sebagai antiseptik semulajadi, garam galian berupa kristal ini berkesan merawat semua jangkitan berkaitan dengan alat sulit. Campurkan sedikit air pada serbuk tawas dan lalukan pada tempat yang gatal. Tawas juga boleh digunakan sebagai deodoran dan skrub untuk menghilangkan bau badan.

6. KACANG BENDI

Ia mengurangkan pengeluaran keputihan. Cuci 100gram bendi dan potong kecil-kecil. Masukkan dua cawan air dalam periuk dan rebus bendi selama 20 minit atau sehingga air menjadi separuh. Tapis dan bahagikan pada tiga bahagian. Minum satu bahagian bersama sedikit madu, tiga kali sehari.

7. KANJI

Ambil sedikit air daripada nasi yang sedang ditanak dan minum. Selain mengatasi masalah keputihan, ia juga boleh menghilangkan penyakit berkaitan dengan perut.

8. BIJI HALBA / DAUN BUAH JAMBU

Rebus dua sudu biji halba /daun buah jambu dalam seliter air selama 30 minit. Tapis dan biarkan sejuk serta bilas pada alat sulit.

9. CUKA EPAL

Cuka epal atau ‘apple cider’ mengembalikan kestabilan pH dalam badan dan menghilangkan bau busuk.

Campurkan dua sudu cuka dalam segelas air dan minum setiap hari.

10. KUNYIT

Kunyit mampu membantu mengatasi bakteria yang menjadi penyebab keputihan yang tidak normal. Kunyit adalah bahan antibiotik semulajadi.

Penyembuhan boleh dilakukan dengan minum air kunyit. Minumlah segelas air kunyit (sebaiknya ibu kunyit) pada setiap hari secara teratur (sehingga sembuh) kerana ia mampu membantu mengatasi keputihan dengan lebih cepat.

11. DAUN SIRIH

Kita boleh mencuba petua hilangkan keputihan dengan menggunakan daun sirih. Caranya mudah sahaja, rendam daun sirih yang sudah diramas ke dalam air suam selama sejam. Tambahkan sedikit garam, lagi bagus jika garam pink.

Kemudian gunakan air tersebut untuk membasuh Miss V. Jika anda memilih untuk menggunakan pembersih vagina yang mengandungi pati daun sirih, pilihlah yang kadar asidnya rendah supaya tidak merosakkan ekosistem bakteria pada bahagian peranakan kita.

Add Comment