Anda Sering Baring Sambil Main Telefon Bimbit, Ini Kesan Jangka Panjang Tulang Anda

Salah satu tabiat yang kita sering lakukan sebelum tidur adalah bermain telefon bimbit. Kadang tidak sedar yang kita bermain telefon bimbit sambil berbaring hampir 4 jam! Namun, tabiat berbaring dan mengiring sambil bermain telefon bimbit adalah merbahayakan kesihatan, khususnya tulang belakang kita?

Seorang remaja berusia 16 tahun dari Taiwan mengadu sakit tulang belakang dan segera berjumpa doktor. Hasil X-ray menunjukkan sebahagian tulang belakangnya telah bengkok sebanyak 50 darjah!

Menurut doktor, tulang belakang gadis berkenaan membengkok disebabkan oleh tabiat suka main telefon diatas katil sambil berbaring dan mengiring. Tambah doktor itu lagi, keadaan ini telah meletakkan lebih tekanan ke atas bahagian kanannya, terutama pada bahagian ‘thoracic vertebrae’dan ‘lumbar vertebrae’

Remaja terbabit juga amat jarang melakukan senaman, menyebabkan otot terasnya tidak cukup kuat untuk menyokong badan pada posisi itu untuk jangka masa yang lama.

kredit zayan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*