Anjur Temubual Dengan Sajat, Harith Iskandar Akan Disaman Oleh Sepupu Sajat

Umum mengetahui usahawan kontroversi yang kini menetap di Australia, Sajat baru-baru ini telah ditemuramah selebriti terkenal, Harith Iskander menerusi program What’s Going On Malaysia yang disiarkan secara langsung di Facebook dan YouTube Harith.

Menerusi temubual tersebut Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman telah berkongsi secara ringkas kronologi yang terjadi dalam hidupnya sehingga dia nekad mengambil tindakan melarikan diri ke luar negara.

Namun ada beberapa kenyataan yang dikongsikan Sajat didalam temubual itu disifatkan kurang tepat dan banyak memutar belit menyebabkan segelintir pihak mendedahkan rasa kurang setuju dengan perkongsiannnya antaranya bekas pengurusnya , Nurnilam Sari yang juga merupakan sepupu kepada Sajat.

Menurut Nurnilam, dia yang sebenarnya yang menjadi ‘mangsa’ dalam kes melibatkan Nur Sajat itu tahu apa sebenarnya yang terjadi.

“Banyak betul putar belit kau ya Sajat. Nak sangat ke aku mendedahkan semua bukti kau masa dekat mahkamah. Bukti dalam mahkamah ini perkara yang tidak boleh ditipu ya. Fakta bukan auta.

“Eh tiba-tiba kata kita Perhubungan Awam (PR) dan Pemasaran mengurus stokis. Salah itu Sajat. Kita Pengurus Besar awak dulu, pencacai mengurus segala untuk awak. Sampai duit kita pun pinjam berjuta kan. Cakap serupa ular,” tulisnya menerusi beberapa posting.

Nurnilam dalam masa sama turut mendakwa Harith sebagai hos temu bual berkenaan telah membuka ruang dengan membenarkan orang yang bersalah seperti Sajat bercakap berhubung kes penipuan yang telah diadili di mahkamah.

“Saya akan mengambil tindakan undang-undang kepada Harith Iskander kerana membenarkan orang bersalah bercakap mengenai kes penipuan yang telah diadili di mahkamah. Mencemarkan maruah dan reputasi.

“Bila seseorang menjatuhkan reputasi kita dengan membiarkan orang yang bersalah bersuara, serta cuba membuat fakta yang salah. Jadi, hati-hati Harith dengan temu bual anda secara siaran langsung,” katanya di Facebook.

Dalam pada itu, menerusi laporan Utusan Harith menafikan dakwaan bahawa dia memihak kepada mana-mana individu.

Sebaliknya Harith berkata dia hanya mahu rakyat Malaysia mendengar sendiri apa yang diperkatakan Nur Sajat dari mulutnya sendiri.

kredit buzzkini

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*