Anwar Ibrahim Dedah Kata-Kata Agong Selepas Selesai Pertemuan Di Istana Negara

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, memberikan titah nasihat supaya semua parti politik bersatu menghadapi Covid-19 dan juga masalah ekonomi. Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata baginda juga bertitah supaya isu pelantikan Perdana Menteri baharu diselesaikan melalui lunas Perlembagaan dan negara juga memerlukan cara politik baharu. Katanya, semua parti politik yang dijemput menghadap baginda turut memberikan pandangan masing-masing.

“Semua (parti) nampak ada konsensus untuk hentikan politik lama dengan cara menghukum dan harus menjurus semula ke arah membangunkan negara. Isunya bukan semata-mata pelantikan seorang Perdana Menteri baharu, tetapi yang penting baginda mahu parti politik mengagaskan suatu bentuk politik baharu yang lebih aman dan nyaman untuk rakyat,” katanya selepas menghadap Seri Paduka di Istana Negara hari ini.

Sementara itu, Anwar berkata, dalam pertemuan itu semua ketua parti bersepakat menghentikan gaya politik lama dan “menggagas suatu bentuk politik baharu”. Katanya, Seri Paduka baginda mengingatkan semua ketua parti politik bahawa negara dalam krisis kesihatan, politik dan ekonomi, serta mahu semua pihak bermuafakat menanganinya.

“Maknanya yang menang jangan jadi seperti yang pernah berlaku, memakan orang yang kalah,” katanya. Jelas Anwar, ketua-ketua parti yang hadir memberikan pandangan masing-masing pada pertemuan itu.

“Semua nampak ada konsensus hentikan politik lama dengan cara hukum dan harus jurus semula ke arah membangun,” katanya.

kredit Malaysiapost

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*