Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Apa Hukum Pakai “Braces” Atau Pendakap Gigi Mengikut Hukum Islam?

Zaman dah jadi semakin maju, bermacam-macam teknologi dah wujud. Setakat nak jadi cantik, sekejap je, malah lebih cantik dari rupa asal pun dah boleh buat sekarang. Yang penting, ada duit, sekelip mata je dah boleh dapat apa yang kita nak.

Tapi dari segi hukum islam , sememangnya agama menggalakkan umatnya menjaga kecantikan dan kebersihan dengan syarat tidka mengubah ciptaan Allah. Sebagai contoh, kalau kita nak cantikkan gigi yang jongang atau jarang, apa hukum sebenar dalam islam?

Kalau korang nak tahu, amalan mencantikkan gigi ini sudah lama berlaku bahkan sejak di zaman Nabi lagi. Waktu itu, wanita jahiliyah suka menjarangkan gigi mereka untuk kelihatan cantik namun amalan itu dilarang sama sekali oleh Nabi s.a.w dengan laknat oleh baginda. Untuk tidak mengelirukan korang semua, baca hukum sebenar dekat bawah ni.

“Dilaknat wanita-wanita yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang mengubah ciptaan Allah.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Jika seseorang itu giginya dikategorikan cacat maka ia dibenarkan(harus) menggunakan pendekap gigi atau apa-apa sahaja alat atau ubat yang digunakan bagi membaiki kecacatan giginya.Membaiki gigi yang cacat tidak termasuk mengubah ciptaan Allah.

Adapun jika seseorang yang memakai pendekap gigi sedangkan giginya elok tidak ada cacat celanya, dipakai pendekap gigi supaya giginya menjadi lebih cantik lagi maka hukumnya adalah haram tapi jika perubahan itu tidak bersifat kekal ia tidaklah haram

Contoh yang tidak bersifat kekal adalah rambut. Sebagai contoh, rambut yang diwarna dengan inai dan meluruskan rambut yang kerinting tidaklah haram, kerana perubahannya bersifat sementara dan tidak kekal.

Jika seseorang pada asalnya gigi cantik dan terlibat dalam kemalangan dan menyebabkan kerosakan teruk pada gigi, atau tidak sama lagi seperti yang asal, maka harus untuk dia memakai pendakap gigi

Jika seseorang giginya jongang dan menyukarkan untuk dia mengunyah makanan, ataupun kecacatan yanh dialami boleh mengaibkan diri, maka dia harus memakai pendakap gigi.

Kata al imam Yusuf al Qaradhawi:

“Seandainya orang tersebut mempunyai kecacatan yang menjijikkan pandangan,misalnya terdapat daging tambahan yang boleh menimbulkan sakit jiwa dan perasaan,tidaklah berdosa untuk berubat selagi dengan tujuan menghilangkan kecacatan atau kesakitan yang boleh mengancam hidupnya.Ini kerana Allah tidak menjadikan agama untuk kita dengan penuh kesukaran”

(Al-Halal wal Haram Fil Islam).

Sumber: Feyra Nasrom sumber mynewsvibes

Add Comment