Connect with us

Islamik

Apa Perlu Dibuat Jika Dipukul Oleh Suami?

Published

on

Apabila seseorang isteri dipukul oleh suaminya maka hendaklah dia melakukan 7 perkara berikut :

1. Beristigfar dan bersabar ketika mula-mula dipukul tanpa menyebutkan perkataan yang buruk seperti mencaci, memaki dan mengikut emosi. Ini berdasarkan hadith rasulullah salallahualaihiwassalam ;

إنما الصبر عند الصدمة الأولى
“Sesungguhnya sabar itu adalah pada waktu pukulan yang pertama. ” [Hadith Riwayat Muslim]

Maksudnya ialah kesabaran itu bermula pada saat-saat pertama kali ditimpa musibah. Diriwayatkan juga bahawa Umar al-Khattab RA pernah berkata ;

وجدنا خير عيشنا بالصبرKami mendapati kebaikan pada hidup kami datang dari sifat sabar. [al-zuhd wa al-raqaiq]
suami pukul isteri, suami dera isteri, suami kaki pukul, suami kaki pukul isteri, suami tampar isteri, suami terajang isteri

2. Mengucapkan kalimah istirja’ iaitu ucapan ;

إِنَّا لِلهِ وَإِنَّا إِلَيْهَ رَاجِعُونَ
“Sesungguhnya kita milik Allah dan kepada-Nya kita akan kembali.”

Ini berdasarkan firman Allah SWT yang menyebut;
وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ. الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُمْ مُصِيبَةٌ قَالُوا إِنَّا لِلهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ. أُولَئِكَ عَلَيْهِمْ صَلَوَاتٌ مِنْ رَبِّهِمْ وَرَحْمَةٌ وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُهْتَدُونَ

“Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, (iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan: ‘Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un.’ Mereka itulah orang yang mendapat keberkahan yang sempurna dan rahmat dari Rabb mereka, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk.”[Al-Baqarah: 155-157]

3. Tidak bertindak terburu-buru, bertenang dan melakukan muhasabah

Diriwayatkan ada hadith menyebut; التأني من الله و العجلة من الشيطان

Ketenangan itu dari Allah dan tergesa-gesa itu dari syaitan [Riwayat Abu Ya’la dan Al-Baihaqi, dhaif]
Hendaklah seorang isteri itu melakukan muhasabah seperti kenapa dia dipukul? Apakah kesalahannya dan mengapa suami memukul dirinya? Perlu bezakan keadaan antara diri tidak bersalah lalu dipukul tanpa sebab dengan keadaan diri bersalah tetapi suami tidak sepatutnya memukul kerana pelbagai sebab.

Jika ada kesalahan, perbaiki dahulu diri kita sebelum mempertikaikan tindakan suami yang melampaui batas memukul isteri. Utamakan pembaikan sebelum terjun dalam pertengkaran yang berlanjutan.

4. Jangan menceritakan atau menyebarkan aib rumahtangga kepada orang lain sekalipun kepada ibubapa, kawan atau saudara-mara

Apa yang berlaku dalam rumahtangga ialah amanah dan aib yang tidak perlu dibuka kepada orang lain kecuali kepada sang alim yang ingin diminta fatwa atau mereka yang amanah dan bertaqwa untuk diminta nasihat serta hakim dan pihak berkuasa yang mahu menjalankan kewajipan hukum. Banyak perceraian berlaku bukan kerana ‘suami pukul isteri’ tetapi kerana cerita suami pukul isteri tersebar, wujud campur tangan keluarga mertua, sentimen dan emosi yang mengakibatkan JALAN DAMAI TERTUTUP.

Bukan semua orang boleh diceritakan masalah. Apatah lagi dalam laman sesawang atau di forum-forum terbuka.

Diriwayatkan Khalifah Umar Al-Khattab RA pernah berkata ;
ولا تشاور في أمرك إلا الذين يخشون الله عز وجل

‘Dan janganlah kamu bermesyuarat tentang urusan kamu kecuali bersama-sama dengan orang yang takut kepada Allah Azza wa Jalla.’ [Sifatus Sofwah, Ibn Al-Jauzi]

5. Membuat keputusan apakah mahu berdamai dengan suami atau memilih jalan keluar daripada perkahwinan

Seorang isteri memiliki hak untuk memilih apakah mahu meneruskan rumahtangganya dengan harapan ianya akan kembali menjadi lebih baik atau mahu keluar daripada kongkongan suami yang pemarah dengan meminta khulu atau fasakh di mahkamah syariah.

Setiap kes dan situasi tidak sama, jadi setiap orang perlu membuat keputusan dengan melakukan istikharah, pertimbangan buruk-baik dan kesan perceraian kepada diri sendiri, anak-anak dan masa depan.

Kata Imam Ibn Taimiyyah rahimahullah ;
ما ندم من استخار الخالق وشاور المخلوقين وثبت في أمره

‘Tidak menyesal orang yang selalu istikharah kepada Sang Khaliq dan bermusyawarah kepada makhluk serta teguh dalam perkaranya.’

6. Menjaga adab dan akhlak ketika berurusan dengan suami dan menunjukkan contoh yang baik di hadapan anak-anak

Kehidupan ini adalah sementara, akhirat itu yang utama. Dan setiap musibah yang menimpa akan menjadi kaffarah dosa dan penghapus keburukan seseorang. Justeru adalah penting bagi seorang isteri yang dipukul untuk menjaga akhlak dan adab-adabnya tanpa memberontak dan mengikut emosi serta menunjukkan teladan dan contoh yang terbaik buat anak-anaknya.

Kebiasaan wanita apabila dipukul suami akan merajuk, namun isteri yang solehah akan memperbaiki dirinya dan bersabar serta melayani suaminya dengan baik sehingga suaminya itu akan merasa bersalah sendiri kerana perbuatan memukul isterinya yang baik itu.

Ini kerana orang yang bahagia dengan hasil hubungannya dengan Allah tak akan terancam dengan apa yang dilakukan oleh manusia kepada dirinya.

Kata Imam Ibn Taimiyyah rahimahullah ;

ما يصنع أعدائي بي؟ أنا جنتي وبستاني في صدري، أين رحت فهي معي لا تفارقني، أنا حيسي خلوة، وقتلي شهادة، وإخراجي من بلدي سياحة

‘Apa yang dapat diperbuat oleh musuhku kepada diriku? Sesungguhnya syurgaku dan tamanku ada di dalam dadaku. Ke mana aku pergi pun maka ia bersama denganku dan tidak berpisah denganku. Jika aku dipenjara maka ia menjadi tempat aku bersendiri dengan tuhanku dan jika mereka membunuhku maka aku beroleh syahid, dan jika mereka mengusirku keluar dari negeri maka ia adalah pelancongan bagiku.

Sebaliknya kata beliau lagi;

المحبوس من حبس قلبه عن ربه تعالى
والمأسور من أسره هواه

‘Orang yang terpenjara atau terkurung itu ialah mereka yang hatinya terlindung dari tuhan-Nya. Dan orang yang tertawan itu ialah orang yang tunduk kepada hawa nafsunya.’

[Al-Waabil as-Sayyib min al-Kalim at-Tayyib, Ibn Qayyim]

7. Menjalinkan hubungan yang akrab dengan Allah, bertaubat dan sentiasa menjaga ibadah dan perintah-Nya

Mana-mana wanita yang menjadi hamba Allah yang bertaqwa, maka mereka pasti akan dipelihara oleh Allah seperti Maryam dan Asiah yang dipelihara daripada kejahatan manusia pada zaman mereka.

Daripada Utsman bin ‘Affan RA mengatakan, ‘Saya mendengar Rasulullah salallahualaihiwassalam bersabda, ‘Barang siapa yang mengatakan;
بِسْمِ اللَّهِ الَّذِى لاَ يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَىْءٌ فِى الأَرْضِ وَلاَ فِى السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

“Dengan menyebut nama Allah yang dengan sebab nama-Nya tidak ada sesuatu pun di bumi maupun di langit yang dapat membahayakan (mendatangkan mudharat). Dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui) sebanyak tiga kali, nescaya tidak akan ada sesuatu pun yang akan dapat memudharatkannya” [Riwayat Abu Daud dan al-Tirmidzi]
Sesungguhnya mereka yang zalim pasti tidak akan terlepas dan mereka yang tertindas dan teranaiya pasti akan dibalas dan dibela oleh Allah SWT.

Dia-lah sebaik-baik pembela dan pelindung !

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Islamik

10 Tahun Kaji Semua Agama, Lelaki Ateis dan Isteri Akhirnya Masuk Islam

Published

on

10 Tahun Kaji Semua Agama, Lelaki Ateis dan Isteri Akhirnya Masuk Islam

TIDAK dapat dinafikan lagi kehadiran golongan ateis di atas muka Bumi ini. Mereka bukan sahaja tidak mengakui kewujudan Tuhan, malah hanya berpegang kepada logik semata-mata.

Namun bagi Cedric Lim, dia yang dahulunya pernah menjadi seorang anti-agama menemui jalan penyelesaian terhadap segala kekusutan dengan mengambil keputusan untuk memeluk agama Islam baru-baru ini.

 

Menerusi Facebook, lelaki yang memilih nama Muhammad Daniel Lim itu berkongsi perjalanan hidup sehingga nekad untuk mengucap dua kalimah syahadah bersama isterinya, Siti Khairiyah Wang.

Menurut lelaki berasal dari Singapura itu, dia mengambil masa lebih 10 tahun bagi mengkaji dan mempelajari pelbagai agama dan kitab suci namun tidak dapat menerima amalan yang disusun serta dipraktikkan.

“Saya lebih suka hidup dalam penafian bagi mempercayai kewujudan Tuhan dan boleh lakukan tanpa sebarang agama pada ketika itu,” tulisnya.

Mahu dijadikan cerita, dia menyedari bahawa belum membuka dan membaca al-Quran sepanjang proses ‘pencarian’ itu ketika berbincang tentang keagamaan dengan salah seorang rakan Muslimnya.

“Kamu sudah separuh Muslim sekiranya mempercayai tiada Tuhan, kerana Muslim percaya tiada Tuhan selain Allah yang mencipta semua kewujudan.

“Dia adalah mutlak, tiada jantina, tiada ibu bapa atau anak dan tiada apa kamu boleh bayangkan,” kata rakannya itu.

Mula membaca al-Quran

Terjumpa banyak fakta saintifik

Dan akhirnya…

Kisah luar biasa itu tular dengan mendapat hampir 10,000 perkongsian dan 19,000 tanda suka di Facebook dimana rata-rata mengucapkan syukur atas petunjuk Allah SWT yang diberikan kepada pasangan tersebut.

 

Sumber: Cedric Lim

Alhamdulillah, tahniah dan selamat datang ke Islam. Umpama bayi baru lahir tanpa dosa. Hebat! Subhanallah!

Continue Reading

Islamik

“Jika Kucing Selalu Ganggu Rumah Jiran, Jiran Boleh Buang Kucing Tersebut”

Published

on

“Jika Kucing Selalu Ganggu Rumah Jiran, Jiran Boleh Buang Kucing Tersebut”

Kucing sememangnya amat disukai oleh ramai orang yang membela dan memelihara binatang kesayangan Nabi ini dengan penuh kasih sayang sehinggakan mereka sanggup berhabis wang ringgit hanya semata-mata untuk memastikan haiwan comel ini dijaga dengan baik dan cukup makan segalanya.

Jangan Bela Kucing Jika  Boleh Menyusahkan Orang

Ramai yang mempunyai hobi ini dengan memelihara kucing di rumah yang terkadang ada yang menganggap binatang ini adalah rakan atau sahabat mereka. Melalu kajian ia juga dikatakan mampu menghilangkan tekanan atau stress yang dihadapi oleh mereka yang membelanya.

Walau bagaimanapun, membela haiwan ini juga mempunyai cabaran kerana kini umat Islam telah dinasihatkan jangan sekali-kali membela kucing di rumah sekiranya hobi itu boleh menimbulkan sebarang masalah dalam sesebuah keluarga atau dalam hidup berjiran.

Kucing adalah binatang yang menjadi kesayangan Nabi

Menurut Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata menerusi laporan Berita Harian, pemilik kucing haruslah menjaga haiwan-haiwan peliharaan mereka dengan terurus serta jangan membiarkan ia bebas keluar pergi ke rumah jiran dan membuang najis di situ sehingga menyusahkan jiran tetangga.

Kita wajib memastikan si comel itu tidak akan membuang najisnya merata-rata dan sebaiknya menyediakan tempat pembuangan yang khas agar ia tidak melepas merata-rata di mana saja. Jika perkara itu berlaku mungkin akan terjadi perbalahan atau pertengkaran antara anda dan jiran.

Menurut Mufti Perlis itu lagi, jika kucing seseorang itu pergi dan membuang najis di rumah jiran TIDAK BERDOSA bagi seseorang jiran itu menangkap dan membuang kucing itu ke tempat lain. Ini bermakna tidak menjadi kesalahan bagi seorang jiran yang membuang haiwan peliharaan anda itu selagi mereka tidak menyeksakannya atau mencederakan kucing tersebut.

Mohd Asri juga berkata, tidak ada sebarang hadis yang menyebut Nabi Muhammad menyuruh umatnya memelihara kucing, tetapi baginda mengingatkan supaya jangan menyeksa dan menyakitkan kucing.

Oleh itu, sebagai pecinta kucing anda diwajibkan memeliharanya dengan baik dan perlu menitikberatkan kebersihan serta memastikan haiwan ini tidak akan menyusahkan orang lain terutamanya jiran-jiran yang berdekatan. Perkara pertama yang perlu difikirkan adalah tentang najisnya dan bagaimana cara untuk menghalang kucing anda itu berak merata-rata.

Continue Reading

Islamik

Ibu bukan musllim hadiahkan sebidang tanah kepada 2 anaknya yg Muslim utk buat surau

Published

on

Ibu bukan musllim hadiahkan sebidang tanah kepada 2 anaknya yg Muslim utk buat surau

Kasih ibu tiada tandingannya. Ini kisah hebat dari Kg Gorowot, Kuala Penyu, Sabah. Perbezaan agama tidak menghal4ng seorang ibu Puan Juslian binti Ungkim untuk menghadiahkan sebidang tanah kepada 2 anaknya yang sudah memeluk Islam untuk dijadikan tapak surau.

Surau tersebut yang diberi nama Saad Abi Waqas, diusahakan oleh 2 orang anak lelakinya yang telah memeluk Islam. Bahkan, dia dan suaminya turut membantu kerja-kerja membersih dan meratakan tapak surau.

Kesungguhan Encik Chong Kun Wah, ayah kepada 2 anak yang sudah bersyahadah tersebut bagaimanapun telah mengalami sedikit keceder4an – patah kaki ketika membuat kerja menebang pokok untuk tapak surau ini.

Tahniah! Kepada keluarga ini. Saya dan YADIM bertekad untuk membantu yang termampu agar pembangunan ini dapat direalisasikan. Mari kita sama-sama berdoa agar kedua ibu bapa muallaf ini dikurniakan hidayah oleh Allah suatu hari nanti…

Sumber: Samin Ongki

Continue Reading

Trending