Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Apakah Hukum Bermain Duit Kutu? Ramai Main Tapi Tak Tahu Cara Sebenar yang Dianjurkan Dalam Islam

Permainan duit kutu sangat popular dalam kalangan suri rumah di mana seorang ketua akan dilantik untuk menjadi penjaga dan pengumpul duit dari ahli-ahli yang menyertai sesebuah kumpulan duit kutu. Ahli-ahli akan menunggu giliran untuk mendapatkan duit yang terkumpul dan akan menjadi kaya dalam sekelip mata apabila giliran tiba (keh! keh! keh!). Jadi, apa hukum main duit kutu? Adakah ianya dibolehkan?

Tapi ingat, masih ada ahli lain juga yang turut sama menunggu giliran seprti anda. Jadi, bayarlah dengan penuh disiplin dan jangan pernah lari dari tanggungjawab dan komitmen anda.

Bukan hanya duit, kumpulan duit kutu juga ditubuhkan untuk membeli barangan yang berjenama dan emas. Semakin hari, semakin ramai menubuhkan kumpulan kutu baik secara online mahupun secara offline.

Tidak dapat dinafikan, duit kutu sangat membantu seseorang untuk mengurangkan beban hidup dan mungkin juga untuk membeli sesuatu yang diidam-idamkan.

Namun, apakah hukum dan cara sebenar bermain duit kutu? Jom kita telusuri kuliah Ustaz Azhar Idrus menerangkan hukum sekiranya anda memutuskan untuk bermain duit kutu.

Soalan:

Apakah hukum main duit kutu?

Jawapan:

HARAM hukumnya sekiranya tidak menyatakan akad lafaz hutang kepada kawan-kawan.

Sekiranya kita penerima duit kutu pada bulan itu, kita perlu katakan:

“Saya berhutang kepada awak semua”

Sekiranya kita bayar bulan-bulan untuk kutu orang lain kita perlu katakan:

“Saya bayar hutang awak”

Manakala jika kita adalah orang terakhir yg dalam pusingan kutu, kita perlu berkata:

“Saya terima hutang awak semua kpd saya”

Sekiranya semua akad-akad ini dilafazkan maka hukum bermain duit kutu adalah HARUS.

Jika tidak dilafazkan akad tersebut, hukumnya menjadi HARAM.

Tapi bagaimana dgn hukum main kutu yang dah lepas??

Mari beristighfar kepada Allah. Semoga Allah ampunkan dosa-dosa kita yang lalu kerana jahil tidak tahu hukum tersebut. Wallahua’lam.

Add Comment