Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Apakah Hukum Bersalaman Antara Lelaki dan Perempuan Walaupun Berlapik?

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca. Islam itu bukan sahaja sebuah agama, ianya juga merupakan cara hidup. Islam amat meninggikan martabat kaum wanita. Wanita adalah selemah makhluk dan perlu dilindungi oleh kaum lelaki, bukan pula diambil kesempatan. Oleh kerana itu, Islam sudah menggariskan panduan tentang batas-batas pergaulan di antara lelaki dan perempuan. Apa hukum bersalaman antara lelaki dan perempuan walaupun berlapik?

Seringkali kita lihat di mana-mana, amatlah menjadi kebiasaan bagi lelaki dan perempuan untuk menyentuh antara satu sama lain. Di kaca TV pula, umpama menjadi satu keramaian dan disorak orang ramai apabila adegan bersentuhan diadakan. Apa nak jadi dengan kita? Dimana maruah kita sebagai orang Islam?

Adakah ianya dibolehkan jika berlapik? Menurut kebanyakan para ulama’, tetap tidak boleh bersalaman antara lelaki dan perempuan bukan muhrim biarpun berlapik atau bersarung tangan. Kenapa? Ini adalah kerana, walaupun dengan berlapik, kita masih dapat merasai jisim atau bentuk bentuk bahagian badannya. Tidak mustahil boleh menimbulkan nafsu syahwat. Subhanallah Min Zalik.

Pendapat ini tidak menjadi ijmak. Namu, kita mengejar pandangan muktamad iaitu tetap tidak boleh. Apa keperluan kita untuk bersalam dengan perempuan/lelaki bukan muhrim? Sekadar seronok-seronok? Tetapi, dalam keadaan darurat, ada pandangan yang membenarkan bersalaman walaupun dengan berlapik. Contoh darurat di sini, mungkin dia diancam bahaya jika tidak mengikuti suruhan orang itu untuk bersalam dengannya, jika dia ingkar, dia akan dibunuh, contohnya. Tuntasnya, sampai ke tahap itu Islam menjaga maruah peribadi umatnya. Indah sungguh agama Islam.

Rasulullah SAW merupakan pemimpin tertinggi di dunia, namun baginda tidak pernah walau sekali pun bersalaman dengan wanita bukan muhrim. Siapa kita untuk melebihi baginda yang membolehkan kita melakukan yang sebaliknya. Oleh itu, sedarlah diri, muhasabah diri dan cuba sedaya upaya untuk mengelak dari terjerumus ke lembah dosa. Jom tengok video pencerahan oleh Ustaz Azhar Idrus tentang isu ini. Sila share.

Add Comment