Connect with us

Islamik

Asal Usul Nama Bahlul. Bahlul Itu Bukan Bodoh Tapi…

Published

on

Pada zaman pemerintahan kerajaan Bani Abbasiyah, terdapat seorang ulama sufi bernama Syeikh Junaid Al-Baghdadi yang tersohor dengan ketinggian ilmunya.

Selain menjadi pelopor kepada ilmu tasawuf Islam, beliau juga cukup dikenali sebagai seorang pedagang yang berjaya di jazirah Arab. Suatu ketika, Syeikh Junaid telah berangkat ke kota Baghdad bersama pengikutnya atas urusan perniagaan. Sebaik urusannya selesai, Syeikh Junaid telah bertanya tentang seorang lelaki dan berhasrat untuk menemui sosok yang dimaksudkan.

“Kenalkah kalian lelaki bernama Bahlul di kota ini?”, tanya ulama tersebut kepada anak muridnya.

Mereka menjawab, “Ya, dia seorang yang gila. Apakah yang tuan perlukan daripadanya?”

“Cari lelaki itu kerana ada sesuatu yang aku perlukan daripadanya”, kata Syeikh Junaid.

Wahab Bin Amr, sepupu Khalifah Harun Ar-Rashid, Bani Abbasiyah, Bahlul, bahlul bukan bodoh

Tanpa banyak bicara, anak-anak murid Syeikh Junaid segera mencari lelaki bernama Bahlul itu disegenap pelosok kota Baghdad. Setelah puas menjejak, akhirnya mereka menemui lelaki itu di dalam sebuah pondok digurun yang agak terpencil.

Keadaan Bahlul dilihat tidak terurus. Pakaiannya compang-camping dan rambut kusut masai. Memang sah, itulah lelaki yang dicari mereka. Anak-anak Syeikh Junaid segera kembali ke kota dan membawa guru mereka untuk bertemu dengan lelaki berkenaan. Ketika Syeikh Junaid mendekati Bahlul, dia melihat Bahlul sedang gelisah sambil menyandarkan kepalanya ke dinding.

Syeikh Junaid kemudian memberi salam dan menyapanya. Bahlul menjawab dan bertanya semula, “Siapakah engkau?”

“Aku adalah Junaid Al-Baghdadi”, jawab ulama sufi itu.

“Adakah engkau Abul Qasim (nama sebenar Syeikh Junaid)? Adakah engkau yang sering mengajak manusia ke arah jalan kebaikan dan mencintai akhirat?, tanya Bahlul.

“Ya!”, jawab Syeikh Junaid.

“Adakah engkau tahu bagaimana cara makan?, tanya Bahlul sekali lagi.

Lalu Syeikh Junaid menjawab, “Aku mengucapkan Bismillah. Aku makan yang ada dihadapanku, aku menggigitnya sedikit, meletakkan disisi kanan dalam mulutku dan perlahan mengunyahnya.

“Aku tidak menatap suapan berikutnya. Aku mengingati Allah sambil makan. Apa pun yang aku makan, aku ucapkan Alhamdulillah.

Aku cuci tanganku sebelum dan selepas makan”.

Bahlul berdiri, menyebakkan pakaiannya dan berkata, “Kau ingin menjadi guru yang dihormati di dunia, tetapi kau tidak tahu pun bagaimana cara makan!”

Sambil berkata demikian, Bahlul berlalu pergi. Salah seorang murid Syeikh Junaid berkata, “Wahai tuan, dia adalah seorang gila”. “Ya, dia adalah orang gila yang bijak dan cerdas. Dengarkan kebenaran daripadanya”, jelas Syeikh Junaid. Dia kemudian mendekati Bahlul sekali lagi.

“Siapakah engkau?”, tanya Bahlul.

“Syeikh Baghdadi yang tidak tahu bagaimana cara makan”, jawab Syeikh Junaid. “Engkau tidak tahu cara makan, tapi adakah engkau tahu bagaimana cara berbicara?”, tanya Bahlul. “Ya”, jawabnya.

“Aku berbicara tidak kurang dan tidak lebih. Aku tidak terlalu banyak berbicara. Aku berbicara supaya pendengar mudah memahami. “Aku tidak berbicara terlalu banyak supaya orang ramai tidak mudah bosan. “Aku mengajak manusia ke jalan Allah dan Rasul”, kata Syeikh Junaid.

“Lupakan saja tentang makan, kerana kau juga tidak tahu bagaimana cara berbicara”, kata Bahlul.

Dia berdiri, menyebakkan jubahnya dan berlalu pergi. Anak murid Syeikh Junaid berkata, “Wahai tuan, anda lihat sendiri dia seorang yang gila. Apa yang tuan harapkan daripada orang gila sepertinya?”

“Ada sesuatu yang aku perlukan darinya yang kalian tidak tahu”, jawab Syeikh Junaid. Dia kemudian bangun dan berjalan mendekati Bahlul sekali lagi.

“Apa yang engkau mahu dariku? Kau yang tidak tahu cara makan dan cara berbicara, adakah kau tahu bagaimana cara tidur?”, tanya Bahlul sebaik Syeikh Junaid mendekatinya.

“Ya, aku tahu. Selepas solat Isyak, aku mengenakan pakaian tidur. Aku berwuduk, berdoa dan…” jawab Syeikh Junaid. Dia kemudian menerangkan adab-adab tidur sebagaiaman lazim yang diunjurkan oleh para ulama.

“Sudah! Kau juga tidak tahu bagaimana cara tidur!”, kata Bahlul dengan tegas.

Dia bingkas bangun, menyebakkan pakaian dan cuba berlalu pergi. Namun kali ini Syeikh Junaid menahannya. “Wahai Bahlul, aku tidak tahu. Kerana Allah, ajarilah aku”, pinta Syeikh Junaid kepada lelaki gila itu.

“Sebelum ini kau mengatakan bahawa engkau tahu, maka aku menghindarimu. Sekarang, setelah kau mengakui dirimu tidak tahu, maka aku akan mengajarmu bagaimana cara makan, berbicara dan tidur.

“Ketahuilah bahawa, kebenaran yang ada disebalik makan adalah makanan yang halal. Jika engkau makan makanan yang haram dengan seribu adab sekalipun, ia tidak bermanfaat, melainkan menyebabkan hatimu menjadi hitam!

“Hati harus bersih sebelum berbicara dan percakapanmu hendaklah menyenangkan Yang Maha Pencipta. “Sekiranya bicaramu hanya untuk urusan duniawi dan sesuatu yang sia-sia, maka ia akan mendatangkan malapetaka. Sebab itu diam adalah lebih baik daripada berkata-kata.

“Dan kebenaran disebalik tidur adalah hatimu perlu bebas daripada sifat permusuhan dan kebencian. “Hatimu tidak boleh tamak akan dunia dan kekayaan didalamnya. “Maka, ingatlah Allah ketika kamu ingin tidur”, kata Bahlul kepada Syeikh Junaid.

Kata-kata itu membuatkan Syeikh Junaid tersenyum. Itulah yang dia perlukan daripada lelaki gila itu. Syeikh Junaid kemudian menghulurkan salam dan mencium tangan Bahlul, lantas berdoa untuk kesejahteraannya.

Siapa sebenarnya lelaki gila bernama Bahlul itu?

Bahlul atau nama sebenarnya Wahab Bin Amr dilahirkan di Kuffah, Iraq. Beliau merupakan sepupu kepada Khalifah Harun Ar-Rashid. Ketika hayatnya, Bahlul dikenali sebagai seorang ilmuwan Islam dan pernah menjawat jawatan sebagai seorang hakim kerajaan Bani Abbasiyah.

Namun, Bahlul telah meninggalkan kekayaan dan kemewahan hidupnya untuk hidup dengan gaya selekeh dan sederhana. Disebabkan itu dia diberikan julukan Bahlul oleh penduduk tempatan.

Bahlul sebenarnya tidak gila, tetapi dia berperwatakan begitu bagi menyembunyikan kebijaksanaan yang dimiliki daripada diketahui oleh orang lain. Sekarang, anda sudah tahu siapa sebenarnya Bahlul.

Ingat, ‘bahlul’ itu bukan ‘bodoh’, tapi seorang yang bijaksana.

Dan siapa tahu umpatan keji zaman sekarang yang memanggil seseorang itu ‘bahlul’ mungkin boleh jadi satu doa yang baik untuk ditujukan.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Islamik

Ini Sebab Rasulullah Menyuruh Kita Bersihkan Tempat Tidur Sebelum Duduk Atau Baring

Published

on

Ini Sebab Rasulullah Menyuruh Kita Bersihkan Tempat Tidur Sebelum Duduk Atau Baring

Sudahkah kita membiasakan diri mengibaskan tempat tidur dengan kain atau sarung sebelum kita duduk dan tidur di atas katil kita? Tentunya sambil mengucapkan BISMILLAH.

Ternyata ada fakta saintifik di sebaliknya sunnah bersihkan tempat tidur yang tentu sahaja pada kesihatan tubuh kita. Juga apakah ada rahsia lain yang berkaitan dengan alam ghaib mengenai hal ini?

Oleh sebab itu jangan sampai kita meremehkan sunnah bersihkan tempat tidur sebelum tidur ya Dari sahabat Abu Hurairah ra Rasulullah Shallahu ‘alaihi wasallam bersabda

“Apabila salah seorang dari kalian hendak berbaring di tempat tidurnya hendaklah ia kibas-kibas tempat tidurnya itu dengan sarungnya. Kerana dia tidak tahu apa yang terjadi pada tempat tidurnya setelah ia tinggalkan sebelumnya.”

(HR Bukhari Muslim) Hadis lain sebagai tambahan “Bagi orang yang bangun dari tempat tidurnya kemudian kembali lagi maka dianjurkan untuk mengibasinya kembali.” (Sebagaimana hadis riwayat Tirmidzi. 3410)

Sekurang-kurangnya ada dua alasan penting yang menyebabkan kita perlu bersihkan tempat tidur dengan mengibaskan kain sarung ke atas tilam yang akan kita tiduri:

1. Adanya kuman penyakit yang hinggap di tilam, bantal dan selimut yang kita gunakan Bahwa setiap orang tidur di atas tilam pastinya ada sel-sel mati di tubuhnya yang berjatuhan di tempat tidur dan pada saat seseorang itu terjaga dari tidurnya sel-sel tersebut tertinggal di situ.

Ketika orang tersebut kembali tidur tapi tidak terlebih dahulu membersihkan tilam yang akan diduduki kemungkinan besar ada kuman tak terlihat yang memakan sel-sel mati tersebut di atas tilam, selimut dan bantal yang kita gunakan.

Oleh sebab itu sangat penting untuk mengibas atas katil terlebih dahulu untuk memastikan kuman tersebut hilang.

2. Adanya makhluk ghaib yang tidur di atas katil tersebut, yakni jin jahat atau syaitan Tidak ada satu tilam pun yang terbentang di dalam suatu rumah yang tidak ditiduri oleh manusia, kecuali syaitan akan tidur di atas tilam tersebut.

Orang yang beriman kepada yang ghaib pasti menyedari bahawa kita hidup bersama dengan makhluk ciptaan Allah yang lain yang tak terlihat mata kasar. Oleh sebab itu melakukan sunah mengibas-ngibaskan tempat tidur dengan sarung sebelum tidur sambil membaca Bissmillah insyaaAllah mampu menghindarkan kita dari godaan syaitan yang terkutuk. Sunnah yang mudah namun berfadilat besar. Wallaahualam.

Sunnah sebelum tidur kita bersihkan tempat tidur:

Continue Reading

Islamik

Nikahi Seorang Pel4cur, Lelaki Ini Nak Merubahnya Jadi Baik Tapi “Saya Pulang Ke Rumah Dan Terdengar Suara Lelaki Dari Dalam Bilik Saya”

Published

on

Nikahi Seorang Pel4cur, Lelaki Ini Nak Merubahnya Jadi Baik Tapi “Saya Pulang Ke Rumah Dan Terdengar Suara Lelaki Dari Dalam Bilik Saya”

Jakarta: Bagaikan kisah dalam drama televisyen, seorang lelaki di Lumajang, Jawa Timur sanggup menikahi seorang pekerja s*ks.

Lelaki itu mengambil keputusan sedemikian kerana percaya wanita dicintainya itu bakal berubah menjadi individu yang lebih baik.

Namun, impiannya musnah dalam sekelip mata selepas menyaksikan kecurangan isteri di hadapan matanya sendiri.

Tribun News melaporkan semuanya terbongkar selepas lelaki itu menemui isteri dan teman lelaki wanita itu dalam bilik rumah mereka.

Ketika itu, isterinya dalam keadaan tanpa seurat benang. Berang dengan apa yang dilihatnya menyebabkan lelaki terbabit bertindak menghayunkan sabit yang ada bersamanya ke arah teman lelaki isterinya.

“Selesai menebas rumput, saya pulang ke rumah dan terdengar suara lelaki dari dalam bilik saya.

“Saya masuk ke bilik untuk memeriksa dan menemui isteri bersama lelaki lain tanpa berpakaian.

“Tanpa berfikir panjang, saya terus hayunkan sabit kepada lelaki terbabit hingga terkena kepalanya ,” kata lelaki itu.

Susulan kejadian, dia cuba melarikan diri, tetapi gagal apabila ditahan polis. Jurucakap Polis Lumajang, Masykur berkata, insiden itu menyebabkan mangsa cedera pada bahagian kepala dan tangan.

Keadaannya stabil dan dia dirawat di Hospital Bhayangkara.

“Siasatan awal mendapati suspek bertindak mengikut emosi dan dia ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya.

Beliau berkata, lelaki itu akan didakwa dan berdepan hukuman penjara maksimum lima tahun kerana menyebabkan kecederaan terhadap mangsa.

Dalam pada itu, Ketua Polis Kunit, Hariyono mengesahkan bahawa isteri suspek adalah bekas pekerja s*ks.

Continue Reading

Islamik

“Eh, Ikut Neelofa Ke, Baguslah”Pakai Tudung Labuh, Ifa Raziah Nafi Sudah Berhijab

Published

on

“Eh, Ikut Neelofa Ke, Baguslah”Pakai Tudung Labuh, Ifa Raziah Nafi Sudah Berhijab

Selebriti versatil, Ifa Raziah berkongsi foto memakai niqab menerusi akaun Instagramnya Jumaat lalu. Hal itu membuat banyak pihak yang berpendapat Ifa sudah menukar penampilannya dengan menutup aurat.

Malah menerusi pemerhatian Gempak di ruangan komen entri berkenaan, ramai pengikut Ifa berasa gembira melihat ‘Diva’ kesayangan ramai itu menutup aurat dengan sempurna.

Pada masa yang sama, ada juga warganet yang menganggap Ifa mengikut jejak hos dan pelakon popular, Neelofa yang kini telah berniqab.

Meski demikian, setelah sempat memuat naik fotonya menggenakan niqab, Ifa kemudian kembali mempamerkan penampilannya seperti biasa.

Ketika dihubungi Gempak sebentar tadi, Ifa menjelaskan kekeliruan netizen mengenai penampilannya. Sambil memberitahu dirinya masih belum berpenampilan menutup aurat, Ifa menafikan perkongsiannya itu dipengaruhi oleh hijrah Neelofa.

Menurutnya, dia sering berkongsi foto menutup aurat pada setiap hari Jumaat dan berhijab sepanjang bulan Ramadhan.

“Perkongsian itu tidaklah mengikut Neelofa, tetapi kepada mereka yang mengikuti saya di media sosial, tentu mereka tahu yang saya selalu berkongsi foto menutup aurat setiap hari Jumaat.

“Selain itu, saya juga akan bertudung pada setiap bulan Ramadan hingga 10 Syawal, ataupun sepanjang saya pergi umrah, saya akan berhijab.

View this post on Instagram

Salam Jumaat Yg Barakah👍 . . Syukur Alhamdulillah🤲 Nikmat yang diberi, semoga Hari Jumaat yang Mulia ini menjadi hari yang penuh bermanfaat untuk kita dekatkan diri dengan Allah SWT . Jom kuruskan badan untuk beribadah kerana ia adalah HIJRAH. Lakukan amalan dan niat yang mulia, Semoga segala urusan kita pada hari ini dipermudahkan dan diberi kekuatan semangat untuk terus kurus😉 . Hanya amalkan 1 sachet SOLID MOLID setiap pagi semasa sarapan ya! . . 📲 WS no dibawah untuk pembelian wasap.my/60193722975 wasap.my/60193722975.. . . #ifaraziah #missdiva #serifabeauty #soliddiva #solidmolid #solidbeauty #solidberry #missdivaglow #diet #missdivashine #slimming #detox #stokistwanted #agentwanted #dropshipwanted #kuruscantiklentik #viral #fyp #malaysiaonlineshop #onlineshopping #Shopee #tiktok #ceo #trending #skincare #beautiful #pukpukpukk #malaysia #singapore

A post shared by MISS DIVA IFA RAZIAH (@ifa_raziah) on

“Walaupun saya belum berhijab sepenuhnya, tetapi sekurang-kurangnya saya menghormati hari Jumaat dan bulan Ramadan yang mulia,” katanya.

Dalam pada itu, Ifa juga mengatakan dirinya dalam proses untuk berubah ke arah yang lebih baik. Sebagai manusia biasa, tak ada orang yang tidak ingin berubah demi kebaikan, katanya.

“Sesiapa yang nak ikut perkara baik, baguslah, saya cuba berubah secara perlahan.

“Doakan yang baik-baik, bagi saya, apa jua yang kita lakukan, yang penting adalah nawaitu kita,” katanya lagi.

Continue Reading

Trending