Aw@s inilah 5 Jenis Penderh@kaan Terhadap Ibu Bapa Tanpa Kita Sedar!

Abu Hurairah r.a, daripada Nabi s.a.w, Baginda bersabda yang bermaksud;

“Cel4kalah! cel4kalah! dan cel4kalah! Iaitu orang yang mendapati kedua orang tuanya atau salah satunya sehingga sampai usia mereka lanjut, namun dia tidak boleh untuk masuk ke dalam syurga (lantaran tidak berbakti kepada mereka).”Riwayat Muslim no. 2551

Ada beberapa perkara yang boleh menyebabkan kita menjadi anak yang derhaka kepada kedua ibu bapa kita. Sebagai seorang anak, hendaklah kita menjaga diri agar tidak terjerumus di dalam perkara-perkara berikut;

1 – Mendatangkan Rasa Sedih Menerusi Perbuatan Atau Perkataan

Pernah seorang lelaki menemui Rasulullah untuk memberitahu baginda yang dia akan mengikuti baginda berhijrah ke kota Madinah dalam keadaan ibu bapanya berasa sedih dan menangis.

Rasulullah memintanya untuk kembali semula kepada ibu bapanya dan menggembirakan mereka. Berbakti kepada kedua ibu bapa juga merupakan suatu jihad kerana tenaga, masa dan wang turut dikorbankan dalam tempoh itu.

2 – Melakukan Kejah4tan Di Hadapan Mereka

Perbuatan-perbuatan seperti meminum arak, mengabaikan solat, melakukan maksiat dan sebagainya yang dilarang Allah, jika dilakukan di hadapan ibu bapa mereka atau diketahui mereka pasti akan menimbulkan kemar4han dan kekecewaan.

Namun, jika kedua ibu bapanya bersama-sama dengan anak dalam perbuatan itu, maka ibu bapa juga terlibat dalam perbuatan jah4t.

3 – Tidak Mengakui Dan Mengabaikan

Kesibukan anak-anak mengejar dunia menyebabkan ada di antara mereka mengabaikan ibu bapa sendiri. Kewujudan rumah jagaan bagi warga emas telah diambil kesempatan oleh sesetengah anak yang mahu melepaskan tanggungjawab mereka.

Ibu bapa yang sudah uzur ditinggal dan dibiarkan di rumah orang-orang tua demi kepentingan duniawi. Tindakan memutuskan hubungan dengan ibu bapa ini adalah satu penderhakaan seorang anak kepada mereka yang melahirkan dan membesarkannya. Oleh itu, Allah akan membalas perbuatannya di dunia serta akhirat kelak.

4 – Melebihkan Isteri Berbanding Ibu Dan Bapa

Keadaan ini amat berleluasa pada masa ini. Kisah terkenal mengenai Juraij yang meneruskan solat sunatnya sedangkan ibunya memanggilnya sudah menunjukkan kepentingan seorang ibu.

Pada masa ini, seorang suami bukan sahaja melebihkan isteri berbanding ibu bapanya, malah dia juga turut melebihkan isteri yang derhaka kepada dirinya sebagai seorang suami.

5 – Tidak Menziarahi Dan Menghubungi Tanpa Alasan Kukuh

Ada segelintir anak-anak yang berasa malu untuk mengakui diri mereka sebagai anak kepada ibu bapa mereka. Mereka menjadi bongkak dengan dunia yang hanya pinjaman.

Sesuatu hubungan itu terutama dengan ibu bapa adalah penting untuk dijaga sebaiknya. Para sahabat Rasulullah s.a.w tahu akan kepentingan menjaga silaturrahim dan berusaha untuk mengutamakannya.

Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:

“Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai usia lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan ‘ah’ dan janganlah kamu membentuk mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah: “Wahai Tuhanku, kasihilah mereka, sebagaimana mereka telah mendidik aku waktu kecil.”Surah al-Isra’: 23-24

sumber : dakwahtv

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*