Connect with us

Luahan

Ayah Tak Kerja, Mak Terpaksa Mencuri Di Pasaraya Untuk Menyara Kehidupan Kami Sekeluarga

Published

on

Ayah Tak Kerja, Mak Terpaksa Mencuri Di Pasaraya Untuk Menyara Kehidupan Kami Sekeluarga

Apa yang ingin aku luahkan bukan berniat untuk memburukkan sesiapa atau membuka aib sesiapa. Percayalah kifarah Allah itu ada. Kisah ini hanya diceritakan pada bahagian aku. Bahagian orang lain yang terlibat aku tak pasti. Pengajaran, yes. Kisah ini pengajaran untuk insan-insan diluar sana yang masih bergembira bergelumang dosa, jauh tinggalkan Allah.

Aku bukan anak yang baik. satu persatu ujian telah menimpa keluarga aku. setelah dilerai dan dicantumkan kisah semalam. Aku faham kenapa seberat ini ujian Allah bagi pada aku. Aku anak yang terlahir daripada hubungan tidak halal. Ye, walaupun aib itu Allah tutup rapi dan kemas (Nama aku masih berbinkan ayah aku). Tapi hidup aku satu-satu diuji.

Mak aku solat tapi ayah aku tak pernah solat.Awal-awal aku tak tahulah, tapi sepanjang aku besar aku tak pernah nampak ayah solat. Aku pernah diraba Ayah aku, tapi semua ahli keluarga diamkan (termasuk saudara mara) dimata aku mereka mendiamkan kerana tak percaya apa aku cakap atau nak tutup aib mereka sahaja. dan aku sendiri selalu buat perangai.

Adik aku lari dari rumah. sampailah ketahap kritikal adik aku diro* g0l oleh ayah aku. Tapi masih disuruh diam, tak nak lapor polis. Tapi Allah maha baik, Allah tuliskan takdir adik aku masuk hospital dan segala-gala terbongkor. tapi masih ahli keluarga (saudara mara) suruh kami berdiam diri. Dimata mereka sama, adik aku yang bermasalah, adik aku buat dengan lelaki lain. Sakitnya hanya Allah tahu.

Nak aku jerit pada sorang-sorang. tapi aku akan pastikan adik aku takkan hanyut macam aku. dan kata-kata polis yang terkesan dihati aku “kalau awak report dari mula ayah awak buat awak adik awak takkan jadi mangsa”. ye, betul walaupan hanya R4BA. TAK LUAK APA. Terdetik hati aku, orang yang fitnah kata adik aku menipu tu aku harap anak dia kena apa yang adik aku rasa.

Tapi cepat-cepat aku sangkal fikiran itu bila terbaca satu kata-kata “berdendam hanya melukai hati sendiri, sebaik-baik dendam adalah memaafkan” ye, aku cuba memaafkan tapi tak mungkin melupakan” Bila terjadi semua ini satu persatu cerita keluar dr adik-adik aku yang lain.

Rupa rupenya selama ini mak aku disuruh mencuri daripada pasaraya kerana tidak cukup duit membeli barang asas. Ayah aku tak bekerja. Kaki judi. Allah. retak hati ini, hancur hati ini. betapa hancurnya keluarga ini. Sesungguhnya aku tak kuat, tapi aku tahu aku kena kuat supaya adik-adik aku berjaya dan tak hanyut dengan dunia gelap.

Kepada yang baru hendak berkahwin binalah asas perkahwinan dengan jalan yang diredhai Allah, SOlatlah solatlah solatlah. Pesan aku, jaga keluarga anda. Kepada yang masih bergembira bergelumang dosa zina hari ini cukup-cukuplah. Ada hati yang akan hancur pada masa depan. Ada jiwa yang akan merana. Bertaubatlah.

Kepada yang sedang menerima nasib sama macam aku bangkitlah, kau kena kuat demi keluarga dan ibumu. Aku tak kuat, tapi kita mampu. Doakan keluarga aku kembali dijalan diredhai Allah, adik-adik aku berjaya dunia akhirat dan tolong doakan AYah aku mati sempat bertaubat . sebab apa pun jadi dia tetap ayah aku. Aku doakan korang jugak.

Luahan

“Akulah Suami and Aku juga Orang Gaji” Isteri aku ni jenis pemalas siap suruh nikah dengan orang lain kalau dh tak suka

Published

on

“Akulah Suami and Aku juga Orang Gaji” Isteri aku ni jenis pemalas siap suruh nikah dengan orang lain kalau dh tak suka

Baca perlahan-lahan dan ambillah Pengajaran apa yg pernah berlaku kepada saya ini. Jadikan ini sebagai panduan.

Foto sekadar hiasan.

Assalammualaikum pembaca. Saya berumur 35 tahun berasal dari Selangor. Sudah berkahwin selama 5 tahun. Saya ingin memberi nasihat dan inginkan nasihat dari kalian semua

Mengapa tajuk kali ini macam ni. Saya betul betul tertekan dengan sikap isteri saya.Saya berasa menyesal kerana memanjakan isteri.

Isteri saya muda dua tahun dari saya. Kami berkahwin atas dasar suka sama suka. Saya yang melamarnya selepas habis belajar dulu.

Saya sebelum berumah tangga, saya selalu membaca KRT dan dengar kuliah agma tentang tanggungjawab suami.

Saya memang catit satu satu kesilapan suami yang ditulis dalam itu dan belajar daripadanya.

Tetapi apa yang dipraktikkan semuanya seperti ‘backfired’ dan saya teramat penat.

Contohnya, kami dua dua bekerja dalam unit beruniform.

Sekarang dalam urusan rumah tangga. Sayalah yang selalu buat semuanya

1. Memasak

Sayalah yang selalu masak (termasuk sediakan bekal untuk pagi dan tengah hari – sebab isteri tak suka makan di luar takut tidak bersih).

Saya akan bangun seawal 5 pagi untuk siapkan makanan bekal untuk dia. Saya memang belajar memasak sebelum kawin kerana niat nak kurangkan kerja bakal isteri di rumah.

Lepas kerja balik pun saya yang siapkan.Saya yang hidangkan atas meja makan dan saya jugak yang mengemas selepas makan.

Saya buat semua tu atas rasa sayang kepada isteri, tetapi sampai 5 tahun ni, disebabkan saya selalu manjakan isteri, isteri sampai tak tahu masak apa apa.

Even maggi pun dia mintak saya buatkan kerana dia takut minyak panas. Dah beberapa kali saya cuba mengajar, tapi dia marah. Katanya memasak tu tanggung jawab suami, bukannya isteri. Hmm

Dia akan bukak vdeo yutube ceramah kuat kuat yang sediakan makanan adalah tanggungjawab suami bukan isteri.

2. Mengemas

Hujung minggu selalunya dia akan tidur. Saya yamg akan mengemas selalunya. Mop,sapu sampah, vakuum dan sebagainya.

Kalau hujung minggu tu saya terpaksa kerja, memang berseleraklah rumah tu. Kalau rumah bersepah, dia akan marah marah. Dia cakap tak tenang duduk di rumah kerana rumah bersepah.

Dia cakap mengemas ni tanggungjawab suami. Sekali lagi, video yang sama akan dimainkannya kalau saya bergduh dengannya tentang rumah berselerak. Gaji saya tidak cukup untuk mengupah orang gaji atau pekerja pembersihan

3. Pakaian

Semua baju baju dalam rumah kami saya yang basuh. Dia cakap itu tanggungjawab suami.Dia sampai tidak tahu guna masin basuh baju, kerana dari dulu ibunya yang buatkan semuanya.

4. Tidur

Sebelum tidur pun saya kena kemaskan katil, kalau tak habislah saya dimarahinya. Dia akan marah marah kalau cadar tidak tegang. Terus merajuk tak nak tidur sekali.

5. Hubungan suami – isteri

Kami jarang sekali ‘bersama’. Awal awal perkahwinan dulu sahaja yang kerap. Sekarang ni lebih kurang sekali dalam 3 bulan.

Ini kerana isteri saya tidak suka. Katanya perbuatan itu merimaskan dia.Saya dah cuba nasihat yang saya ni manusia, ada nfsu.

Dan jalan yang baik melepaskan nfsu adalah ‘bersama’ isteri. Bila saya ingatkan tanggungjawab isteri, dia akan bagi tapi dalam keadaan tidak rela. Dan selalunya dia nak ‘cepat habiskan’.

Selalunya selepas ‘bersama’ saya mesti dimarahinya. Katanya saya tidak memahaminya yang tidak suka perbuatan tu. Jadi semenjak itu saya selalu memendamkan nfsu saya.

Saya selalu menasihatinya. Bercakap dengan lembut. Saya selalu mengajaknya mengaji setiap hari. Tetapi dia masih bersifat sedemikian.

Dia akan mengagung agungkan ustazz ustazz yang berbuat baik pada isteri. Dia ada cakap, kalau tak suka cara dia saya boleh angkat kaki dan cari isteri lain. Saya selalu bergduh dengannya.

Saya memang sukakan dia seorang. Dialah first crush saya dari sekolah rendah.

Tolong ajarkan saya macam mana saya boleh hadapi ujian Allah ni.

Reaksi Warganet

Orked Lee –Maaf la nak cakap, isteri awak ni ibu segala pemalas ni. Rasanya ramai lagi dekat luar yang suami manjakan isteri.

Tapi isteri tu kalau jenis dia rajin dia sendiri akan buat kerja rumah contoh pasal rumah sepah.

Kalau jenis pembersih dia sendiri yang akan kemas dan bersihkan rumah. Tapi sory to say lah wife awk ni pemalas campur pengotor pun ye.

Shida Shamsudin –Wah hebatnya isteri encik. Hmm kita orang perempuan ni kenalah sama sama tolak ansur. Dah dapat suami ringan tulang sama sama lah ringankan beban suami. Dah sama sama cari rezeki, bahagi bahagikan tugas.

Ustazz pun ade cakap dalam rumah tangga kena ada rasa kasih dan cinta. Isteri penat suami tolong isteri, suami wajib buat kerja rumah?

Jangan lupa suami berhak minta sorang isteri buat apa yang dirasakan berpatutan dan tak salah disisi agma.

Hendakkan kerukunan rumahtangga dua dua kena main peranan. Tak boleh salah seorang jadi raja dan ego.

Mozainast Ismail –Adik, 5 tahun sudah cukup lama untuk bersabar. Jika masih sanggup bersabar, teruskan tapi memandangkan adik sudah sedar maka wajar dibaiki.

1. Pilih seseorang yang berkecuali untuk menasihati isteri.

2. Rujuk kaunseling keluarga untuk penyelesaian masalah.

3. Rujuk pejabat agma Islam.

Semoga dipermudahkan urusan kamu ye, dik.

Rizwana Bashir –Ya Allah ruginya la isteri awak ni. Tak pandai menghargai langsung. Ramai wanita yang ters3ksa sebab dapat suami pemalas. Cuba hargai diri awak dulu then decide.

Wanita yang sayang suami ni senang je. Bila suami tu baik, dia akan lagi berganda ganda baik dia ke suami. Nampak gaya sorry to say, isteri awak ni a spoilt brat.

Seperti kita selalu nasihati wanita lain dalam position awak, love urself first and think about ur worth.

Worth it lagi ke tak buat semua semua tu untuk isteri awak. Ye laki memang banyak tanggungjawab but that doesnt mean isteri dapat free pass masuk syurga suka suka je.

Isteri pun ada tanggungjawab dia dalam Islam ni. Dia merungut tu pun berdosa kot. Also bila masa pulak masak maggi guna minyak?

Dah la pemalas lagi nak mintak special maggi bagai. Ketuk kepala tu hah. Mengada sangat kan.

Ryna Zulkifly –Hahahaa. Ok pi la kawin lain since dia bagi green light. Lagi satu duduk agungkan sangat ustaz kan, suruh dia kawin dengan ustazz.

Kalau luck baik ustazz boleh ikut perangai dia dan dia sorang jela isteri sampai akhir hayat. Kalau luck tak baik dapat la madu baru. Huhu

Saya doakan yang terbaik untuk tt. Saya pun tak setuju kaum saya jadi ’pemalas’ macamtu. Ni da sampai tahap membuli.

Belajar tegas please. Stop buat semua tu untuk bagi pengajaran. Bukan senang nak dapat suami macamni yang tak berkira. All the best.

Kloey Kloey –Ada suami penunggang agma. Ada juga isteri penunggang ustazz. Dua dua ni menunjukkan baik lelaki atau yang perempuan mengalami kesukaran berfikir secara rasional. Lebih pada extr3me. Menunggang agma tanpa paham agma.

Tiada kasih sayang dalam perkahwinan macam ni. Hanya mencari jalan untuk kepentingan diri sendiri.

Isteri tuan ni memang malas dari kecil pastu sedap menunggang ustazz. Suami baik macam tuan ni baik carik yg nombor dua saja. Kasi ajar sikit dia tu.

Sufiah Sufiah –Awak ni macam takut bini je. Maaf lah saya ni dah taraf mak mak. Andai anak saya dapat isteri seperti ini, saya akan cakap dekat anak saya baik le hidup sendiri. Isteri tak cantik tak pe janji rajin.

Sebenarnya awak je yang sayang isteri. Tapi isteri tak sayang awak pun. Orang pempuan ni kalau dia sayang suami, mesti dia sangup berkorban jiwa dan raga untuk suami.

Jangan jadi d4yus. Dah 5 tahun terlalu lama awak bekorban. Nasehat saya cari lah yang lain. Mungkin ada yang lagi baik untuk awak

Sumber – Suami Belajar (Bukan nama sebenar) via IIUMC.

Kalau Dapat Isteri Tak Pandai Masak, Suami Kena Relaks

Ada sesetengah suami yang tak cakna, isteri tak pandai masak pun dia sanggup meluah di media sosial. Konon nak tanya pendapat orang ramai, tetapi sudahnya dapat kecaman daripada golongan isteri-isteri yang pantang dikritik!

Haaa… Ini cerita betul, memang wujud perangai suami yang suka meluah di laman sosial. Kasihan tetapi rasanya itu bukan cara yang betul. Cuba masuk dalam kotak isteri, dia turut bekerja atau memang tak minat masak?

Nah, selebihnya jemput hadam pandangan daripada saudara Firdaus Shakirin dulu.

Isteri tak pandai memasak?

Relaks…

Saya anak dah 3, dulu masa tak ada anak, kami berdua kerja. Dalam perjalanan pergi kerja singgah makan, kat tempat kerja makan kat kantin. Setiap kali balik kerja lagi sekali singgah makan.

Dapur berasap time hari cuti? Tak juga… hujung minggu, keluar jalan-jalan, tengok wayang, shopping, terus makan luar. Kadang-kadang pula tu, balik ke kampung, so mak atau mertua kat kampung yang banyak memasak.

Dapat anak sulung, isteri sibuk menguruskan anak. Dek kesibukan kerja plus baru dapat anak, saya tapaukan lauk luar atau makan luar. Dia buat makanan kat anak je. Selang setahun, dapat lagi seorang, so bila dah ada dua orang, kecil-kecil pula tu, jarak dekat-dekat lagi lah tak sempat nak masuk dapur. Kena keeja lagi pula.

Kadang-kadang tu dah seminggu ayam dalam peti ais, ikan pun sama, sayur dah kecut, dah tak fresh. Beli sebab nak masak, tapi tak sempat masak.

So tuntutan saya sederhana, preferred beli lauk siap dah atau bungkus luar. Kami sama-sama boleh habiskan masa selepas balik kerja tu, main dengan anak-anak. Hari minggu pun, boleh rehat-rehat smbil jaga anak.

Bab lauk pauk, makanan, memang kedai yang “tolong masakkan”.

Tapi bila dapat no 3, wife pun dah berenti kerja, dia mula aktif di dapur. Mula belek-belek resepi online, tulis-tulis resepi dan mula buat… “Try and error”. Ada yang jadi, ada yang tak jadi. Yang paling hancus ialah ayam masak butter sebab rasa macam makan butter ja, tak rasa ada ayam dalam tu.

Bila dia cakap, hari ni dia ada try masak resepi baru, dalam hati saya kata, “habislah aku satgi.” Pernah dia buat saya cirit birit ulang alik ke tandas sampai 8 kali, siap dapat MC lah hari tu.

Lauk atau makanan yang saya puji, yang saya kata sedap, terus dia selalu buat, selalu masak bagi saya makan dan lama-lama dia semakin mahir. Lauk yang gagal, kadang-kadang dia buat dan ada la sedikit improvement. Anak dah 3 pun, masak masih “try n error” lagi.

Soal terer memasak atau tidak ni, atas individu itu sendiri. Ada pompuan yang banyak masa di dapur, maka dia terer memasak. Ada perempuan yang kurang masa di dapur, maka dia kurang terer memasak. Kalau dapat isteri lengkap pandai serba serbi, bonuslah. Kalau ada terkurang sana sini, itu biasa.

Nak kata tak bahagia sebab bini tak pandai masak? Mengarut je la… tuntutan kita sebagai suami tu perlu sederhana berdasarkan kemampuan isteri kita.

Isteri mana yang tak nak masak untuk suaminya? Semua nak… cumanya antara sedap atau tak sahaja. Yang penting, bagi galakan dan semangat untuk dia terus memperbaiki masakannya.

MW: Untungnya kalau dapat suami yang memahami, tak sedap pun tetap jaga hati. Tak makan banyak, makan sedikit. Janji dia sentuh.

Continue Reading

Luahan

Asyik Bagi Ma1n Ph0ne Lama Sangat, Anak Disangka $awan Rupanya Str0k Kecil

Published

on

Asyik Bagi Ma1n Ph0ne Lama Sangat, Anak Disangka $awan Rupanya Str0k Kecil

Pended4han gajet terhadap anak-anak pada zaman sekarang membuatkan mereka semakin bijak mengendaIikan sendiri telefon b1mbit milik orang dewasa.

Tldak dinaf1kan cara itu boleh membuat anak-anak duduk diam serta terkawal. Namun, s1fat Ieka sesetengah ibu bapa boleh mendatangkan kebvrukan kepada kanak-kanak. Oleh yang demikian, perk0ngsian seorang ibu ini mungkin mampu menjadi peringatan bersama.

Anak lelaki tiba-tiba mvntah, anggota badan mula her0t ke sebelah kiri.

Tvlar di Facebook, sebuah perkongsian daripada seorang wanita bernama Nor Syafiqqah mengenai saat get1r apabila anak lelakinya telah mendapat str0k kecil. Secara tiba-tiba anggota badan budak lelaki tersebut mula her0t ke sebelah kiri selain tldak dapat bercakap selepas mvntah.

Panlk dengan kejadian berkenaan, kedua-dua suami isteri itu bergeg4s membawa anak mereka ke pusat pervbatan bagi menerima rwatan kecemas4n.

Dapat str0k kecil sebab geIombang 0tak aktif sangat, Banyak tengok skrin tv atau telefon.

Hampir terduduk dan menyaIahkan diri sendiri apabila mendengar masaIah str0k tersebut disebabkan oleh geIombang 0tak anaknya bergerak dengan terIampau aktif.

Semuanya terjadi kerana ‘si kecil’ itu terlalu ker4p melihat skrin ak1bat daripada penggunaan gajet yang tldak terkawaI.

Sepanjang dirwat juga, Wildan tldak dibenarkan untuk bermain dengan smartphone sama sekali. Mengenang kembali kejadian tersebut, ia seperti satu t4mparan hebat buatnya dan dikongsi sebagai pengajaran buat ibu bapa lain.

Sumber: Facebook Nor Syafiqqah, kd

Continue Reading

Luahan

Menyesal pun tak guna dah. “Ayah, bagilah balik tangan Ita”. Tangan ank terpksa dptong

Published

on

Menyesal pun tak guna dah. “Ayah, bagilah balik tangan Ita”. Tangan ank terpksa dptong

Anak anak kecil kebiasaannya mempunyai tahap keinginan yang tinggi. Sifat ingin tahu mereka kadangkala tidak dapat membezakan samada tindakan itu salah atau pun betul.

Ibu bapa menjadi pencorak kepada diri anak2. Yang baik di ajar, yang salah ditegur. Namun jika kes4lah itu diberikan hkuman, janganlah sehingga mendatangkan keced3raan kepada anak2.

Ita…. nama panggilannya sejak dari kecil. Ita sangat minat melukis. Ibu dan ayahnya juga suka melihat lukisan Ita.

Suatu hari, Ita terjumpa sebatang paku karat ketika bermain buaian. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi tidak kelihatan kerana diperbuat daripada marmar.

Ita tidak puas hati. Di cubanya pula pada kereta baru ayahnya. Ya, kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas. Apa lagi, kanak-kanak ini pun melakarlah dengan gembira dan melahirkan kreativitinya. Hari itu, ibu dan ayahnya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena hari perayaan Thaipusam.

Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tidak disedari pembantu rumahnya, Narti.

Petang itu, terkejut besar ibu dan ayah Ita melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran yang belum habis dibayar, berbatik-batik.

Si ayah yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, “siapa punya kerja ni?”

Narti yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar. Mukanya merah padam ket4kutan melihat wajah b3ngis tuannya.

Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, Narti menjawab perlahan “tak tahu… !Saya tak tahu Tuan”.

“Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?” herdik si isteri pula.

Ita yang sedang tidur dibiliknya terjaga mendengar suara kuat ibu dan ayahnya. Ita begitu gembira dan tidak sabar menunjukkan lukisan terbaru kepada ibu dan ayahnya.

Dia berlari keluar dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata “Ita buat ayahhh.. cantik kan?”. Ucapnya manja sambil terus menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu.

Dengan kasih murni seorang anak yang belum memahami apa-apa, menarik lembut poket seluar abahnya, manja.

Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya, terus dipuukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa melaung kes4kitan.

Puas memkul tapak tangan, si ayah memkul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan huukuman yang dikenakan. Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa, sungguh kesian dan teramat s3dih, namun dia juga sangat t4kut .

Si bapa cukup rakus memkul-mukl tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya. Selepas merasa puas, si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu. Narti segera memeluk Ita dengan penuh kasih sayang, cepat-cepat menggendong anak kecil itu dan membawanya ke bilik.

Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar. Menangis teresak-esak kedua-duanya di dalam bilik. Narti memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terj3rit-j3rit menahan kep3dihan sebaik kesan s3batan terkena air.

Narti kemudiannya menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama Narti. Rasa marahnya masih belum hilang.

Keesokan harinya, kedua-dua belah tangan Ita bengkak. Narti berasa bimbang dan mengadu kepada ayah Ita.

“Sapukan minyak gamat tu!” balas tuannya . Ibu dan ayah Ita bergegas ke pejabat tanpa menjenguk Ita di kamar.

Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik Narti. Si ayah kononnya mahu mengajar Ita.

Ita demam

Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu. Tanpa pengetahuan Ita, setiap hari ibu dan ayahnya akan bertanya kepada pembantu rumah.

“Ita demam…”. Jawab Narti ringkas.

“Bagi minum panadol dulu” balas si ibu.

Hati ibu Ita mula merindui gelak ketawa anaknya. Sebelum masuk bilik tidur pada malam itu, dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu. Dia menangis di luar bilik. Selalunya Ita akan mengadu dan tidur bersamanya apabila tidak sihat.

Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas.

“Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 kita pergi” kata majikannya itu.

Semakin tidak bermaya

Sampai waktunya, Ita sudah tidak bermaya. Ayahnya mulai risau dan terus membawa Ita ke klinik. Doktor mengarahkan supaya k3s tersebut dirujuk ke hospital kerana keadaan Ita sudah serius. Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu.

“Tiada pilihan..” kata doktor yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dip0tong kerana jangkitan sudah menjadi gangren sudah terlalu teruk.

“Tangan anak tuan sudah bernanah teruk, demi keselamatan dan nyawa anak tuan, tangan perlu dip0tong dari siku ke bawah” kata doktor.

Ibu mer4ung, ayah terketar2

Ayah dan ibu Ita bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu. Terasa dirinya tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan.

Si ibu mer4ung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si ayah terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pemb3dahan.

Keluar dari bilik pemb3dahan, selepas ubat bius yang dikenakan habis, si anak menangis keskitan. Dia juga terpinga-pinga, melihat kedua- dua tangannya berbalut putih.

Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumahnya, Kak Narti. Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis. Dalam sksaan menahan skit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata…

Ita sayang ayah,ibu

“Ayah.. ibu… Ita tak buat lagi. Ita tak mahu ayah pukul. Ita tak mahu jahat lagi. Ita sayang ayah.. sayang ibu”. Katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa.

“Ita juga sayang Kak Narti..” Katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti h1steria.

Tidak seorang pun yang melihat suasana itu tidak menangis…

“Ayah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan, macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi!” Katanya sambil men4ngis tersedu-sedan.

“Ibu, Ita nak melukis macam mana buuu….?”

Bagaikan guugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraunglah dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya..

Perkongsian di atas tular beberapa tahun lepas. Samada kisah yang dikongsikan ini berdasarkan kisah b3nar atau fiksyen semata mata tidak dapat kami pastikan. Namun terdapat beberapa nilai yang kita boleh jadikan ia sebagai pengajaran.

Tak salah menghkum anak dengan tujuan untuk memberi pengajaran. Tetapi biarlah berpada pada. Anak yang masih kecil, tidak mampu berfikiran sepertimana kita yang dewasa. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.

Continue Reading

Trending