Ayuh Amalkan Petua Kesihatan Oleh Imam Syafie

Orang-orang tua dulu-dulu cukup banyak petuanya. Segalanya di kutip hasil dari pengalaman dan kejadian. Kini ianya menjadi rujukan dan panduan dalam kehidupan kita. Ada yang mempunyai maksud tersurat dan ada yang tersirat.

Para ulama juga tidak terkecuali dalam memberi petua buat kita. Ianya adalah hasil dari ilmu mereka yang begitu arif dan pakar mendalami agama Islam. Ianya menjadi ingatan dan panduan buat kita agar tidak tergelincir dari landasan kebenaran. Mendidik kita agar menjadi insan yang kamil dan soleh/solehah.

Imam Syafie ada menggariskan beberapa panduan untuk kita amalkan bagi mendapatkan tubuh badan yang sihat.

Empat perkara untuk menyihatkan badan:

Perbanyakkan memakan daging
Sering memakai haruman pada badan
Kerap mandi untuk memastikan diri sentiasa bersih
Berpakaian material yang diperbuat daripada kapas

Empat perkara yang melemahkan badan:

Kerap melakukan persetubuhan
Terlalu banyak perasaan cemas dan risau
Kerap meminum air ketika makan
Banyak memakan makanan yang masam

Empat perkara yang menajamkan penglihatan:

Duduk menghadap kiblat
Mengenakan celak sebelum tidur
Memandang benda-benda yang hijau seperti pemandangan rumput dan gunung ganang
Sentiasa berpakaian bersih

Empat perkara yang merosakkan mata:

Banyak melihat benda-benda najis
Banyak melihat orang dibunuh
Banyak melihat kemaluan
Membelakangi kiblat

Empat perkara yang menajamkan fikiran:

Tidak banyak berbual kosong (lebih banyak berdiam diri kerana berfikir)
Rajin bersugi (gosok gigi)
Banyak berbual dengan orang yang soleh
Bergaul dengan golongan para ulama

Begitulah antara petua dan nasihat daripada Imam Syafie untuk kita jadikan panduan untuk mendapatkan tubuh yang sihat. Semoga petua-petua ini menjadi amalan kita dan sampaikanlah dan saling mengingati sesama kita, kerana kita ini hanyalah insan yang lemah, mudah terleka, terlupa dan terlalai.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*