Beli 2 Air Lori Tangki Besar, Ustaz Ebit Lew Bertindak Pantas Bantu Rakyat Terputus Air

Beli 2 Air Lori Tangki Besar, Ustaz Ebit Lew Bertindak Pantas Bantu Rakyat Terputus Air

SEMALAM, ribuan penduduk di Lembah Kelang kembali mengeluh apabila sekali lagi dibebani gangguan bekalan air.

Mana tidaknya, keadaan bertambah perit ketika mana orang ramai kini perlu berdepan dengan pandemik Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dengan gangguan bekalan air.

Malah, ada sesetengah tempat di sekitar Shah Alam yang turut terbeban dengan bekalan elektrik yang sering terputus sejak empat hari lalu.

Terpanggil untuk membantu penduduk mendapatkan bekalan air, penceramah dan usahawan Ustaz Ebit Lew ke tempat kritikal yang terputus bekalan itu.

Kongsi beliau di Facebook miliknya sebentar tadi; Sayu hati rasa. Selangor tiada air. Saya beli air dua lori besar untuk diagihkan.

Dari 10 malam kami keluar rumah uruskan sampai Subuh dan sekarang masih belum selesai mengagihkan air di area pinggiran Batu Caves.

Bila saya tengok rumah saya tiada air. Saya cepat-cepat belikan air mineral untuk anak-anak. Saya fikir macam manalah orang di luar sana sekitar PPRT.

Ya Allah. Sekali tengok orang beratur. Paling sayu pakcik makcik tua-tua nak air. Ada yang saya minta pembantu saya bantu angkatkan.

Ada adik kecil-kecil sangat datang ambil air. Untuk masak dan minum agaknya

Ramai yang muda bantu yang tua. Pengerusi flat dan AJK semua kuat membantu bersama AJK surau.

Ya Allah. Bantulah semua negeri-negeri yang ada masalah air permudahkanlah ya Allah. Bukalah jalan buat kami semua.

Pohon doa ye. Ramai sangat yang minta tolong. Ada pusat dialisis dan klinik pun memerlukan. InsyaAllah doakan semuanya dimudahkan.

Alhamdulillah, sama-samalah kita mendoakan kesihatan dan dipermudahkan segala urusan Ustaz Ebit kerana banyak membantu rakyat.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*