Bergaduh dgn pasangan ni, limitnya cukup dgn sehari semalam…

Kalau lebih dari tu, itu EGO…

Bergaduh pagi, ptg baik balik…bergaduh ptg, mlm baik…bergaduh mlm, keesokan pagi kena baik…jgn dipanjangkan atau dibiarkan pergaduhan tu smpai berhari2…

Tak bercakap, bermasam muka, buat xtahu antara satu sama lain…

Siapa yg minta maaf dulu, siapa yg mula bercakap dulu, siapa yg dah buat mcm biasa balik, maka dia lah yg terbaik sbb dia bleh kawal dan rendahkan ego dia…siapa yg tgu org lain minta maaf, siapa yg tgu org lain mula bercakap dulu, maka dia lah yg PALING EGO dlm rumah tu…

Lelaki ada ego, perempuan ada ego…

Kena tahu ego ni kegunaannya utk apa…yg lelaki klu nk dihormati isteri, maka jgn guna ego sbb ego lelaki kebanyakannya akan memakan diri sendiri…akhlak, perangai, pertuturan, perbuatan, budi bahasa si lelaki tu yg menyebabkan isteri taat dan hormat suami…

Bukan kita kena EGO TINGGI, baru isteri hormat dan taat kpd kita…

Lama-kelamaan isteri akan menyampah, meluat, bosan bila kita asyik menggunakan EGO kita utk memenangi apa saja perbalahan, pergaduhan dan pertengkaran yg asalnya bermula akibat daripada kesilapan kita sendiri…

Trust me, hubungan yg bahagia, hubungan yg harmoni, pasangan yg gembira, kedua-dua suami dan isteri tolak ego ke tepi…siapa salah, dia mintak maaf…siapa yg silap, dialah yg perbetulkan…siapa yg sedar pasangan dia buat salah n silap, dialah yg kena bagi teguran dan nasihat…siapa yg kena tegur dan kena nasihat, dia lah yg kena

berlapang dada dan terbuka dgn teguran dan nasihat tersebut…

Simple…😊✌️
.
.
Sumber : firdaus syakirin

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*