Bomoh Datang Rumah Dakwa Makhluk Halus Terjatuh Atas Bumbung, Rupanya Nak Rembat Barang Kemas Bernilai RM45 Ribu

Bomoh Datang Rumah Dakwa Makhluk Halus Terjatuh Atas Bumbung, Rupanya Nak Rembat Barang Kemas Bernilai RM45 Ribu

ALOR SETAR – Gara-gara percayakan cakap bomoh, seorang kerani wanita kerugi4n RM45,000 apabila sebahagian barang kemasnya dilarikan lelaki yang dikenalinya ketika sus pek melakukan ritual kononnya untuk menghalau makhluk halus di rumahnya baru-baru ini.

Kejadian di Padang Sanai, Padang Terap dekat sini itu, berlaku pada Januari lalu apabila sus pek berusia dalam lingkungan 50-an mendakwa terdapat makhluk halus telah terjatuh di atas bumbung rumahnya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kedah, Supe­rintendan Elias Omar berkata, untuk menakutkan m4ngsa, sus pek mengatakan semua barang kemas di dalam rumah tersebut mendatangkan mudarat lalu meminta m4ngsa menyerahkan kepadanya.

Katanya, barang itu kemudian telah dibalut dengan kain putih dan disimpan di dalam almari di bilik m4ngsa yang sudah berkahwin itu.

“Sus pek kemudian mengarahkan m4ngsa untuk tidak me­nyentuh bungkusan kain tersebut melainkan hanya dirinya sahaja.

“Selepas tujuh hari, sus pek datang semula ke rumah ­m4ngsa dan berpura-pura membuat ritual ketika memeriksa balutan kain itu tanpa dilihat wanita tersebut sebelum menyerahkan tiga bentuk cincin yang boleh dipakai semula,” katanya dalam satu kenya­taan di sini semalam.

Tambahnya, m4ngsa yang tidak mengesyaki apa-apa kemudian telah memakai cincin itu dan penipu4n itu hanya terbongkar selepas m4ngsa mengetahui­nya daripada orang kampung pada 8 September lalu.

Menurut Elias, orang kampung mend4kwa lelaki dikenalinya itu ialah bomoh p4lsu dan pen curi barang kemas.

“M4ngsa kemudian telah membuka balutan kain putih itu dan alangkah terkejutnya dia apabila mendapati barang kemasnya te­lah digantikan dengan rantai ta­ngan disyaki palsu,” katanya.

Ujar Elias, m4ngsa kemudian membuat lapor4n di Balai Polis Padang Sanai pada 25 Oktober lalu dan polis kini sedang giat memburu sus pek bagi mem­bantu siasatan mengikut Seksyen­ 420 K4nun Keseks4an.

“Semakan mendapati terdapat empat kes lain melibatkan wanita yang disyaki dilakukan oleh sus pek berdasarkan modus operandi yang sama. Kesemua kes itu dilaporkan di balai polis berkenaan,” katanya.

Menurut Elias, polis menasihatkan kepada orang ramai supaya tidak mudah terpedaya de­ngan penipuan bomoh tersebut.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*