Buat Yang Masih Berusaha Untuk Hamil, Bersabarlah.. Alhamdulillah.. Allah Bagi saya Honeymoon 10 Tahun..

Adam Corrie dan isteri, Fazema Fuad mendirikan rumah tangga selepas hanya tiga kali bertemu. Jodoh berkekalan sehingga kini, pasangan itu dikhabarkan bakal bergelar ibu bapa tidak lama lagi selepas Fazema disahkan hamil.

Berita gembira itu dikongsi oleh Adam sendiri di Facebook sebentar tadi dan rata-rata peminat turut menumpang gembira dan mendoakan isteri serta bayi dalam kandungan sihat dan selamat. Berkahwin pada 21 November 2008, penantian dan doa pasangan ini selama hampir 10 tahun akhirnya dimakbulkan Allah SWT.

“Alhamdulillah.. syukur ke hadrat ilahi atas kurniaanMu… Terima kasih juga kepada semua yang mendoakan kebahagian kami. Alhamdulillah…” Pengikut Adam di laman Facebook turut tidak melepaskan peluang mengucapkan tahniah selain berkongsi tips ibu hamil untuk isteri tercintanya itu. Malah, Adam sendiri juga melalui post itu sempat mendoakan pasangan-pasangan lain yang masih menanti zuriat.

Kisah pasangan ini pernah menarik perhatian ramai apabila Adam dan isteri berkongsi kisah melalui satu klip video mengenai apa yang dilalui mereka. Di dalam video itu, Adam Corrie akui telah menyampaikan hasratnya untuk berkahwin di hadapan makam Rasulullah SAW ketika mengerjakan umrah selepas lapan bulan memeluk agama Islam.

Dalam menikmati rasa bahagia dan kesyukuran atas kurniaanNya, Adam Corrie juga tak lupa mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan kebahagiaan dia dan isteri, “Alhamdulillah,” tuturnya. Doanya agar pasangan yang masih berusaha mendapatkan zuriat akan diberikan zuriat yang soleh dan solehah. Catatan doa ini begitu menyentuh hati.

“Ya Allah, semoga Engkau jadikan bayi ini sihat, sempurna, berakal cerdas dan mengerti dalam urusan agama. Ya Allah semoga Engkau memberi kepada bayi ini umur yang panjang, sihat jasmani dan rohani, bagus budi perangainya, fasih lisannya.

“Serta bagus suaranya untuk membaca dan Al Quran. Dan tinggikanlah darjat. Luaskanlah rezeki. Jadikanlah bagi manusia yang selamat di dunia dan akhirat dan taat pada agama dan Allah. .

Buat Yang Masih Berusaha Untuk Hamil, Bersabarlah..

Adam Corrie dan isteri tak pernah jemu berusaha, berdoa meminta pada Allah dikurniakan zuriat untuk mereka berdua. Namun apabila keduanya redha dan selalu bersangka baik dengan Allah tentulah yang baik-baik akan datang dalam kehidupan mereka.

Ini yang pernah dikongsikan oleh isteri Adam Corrie tak lama dulu. Tentang sabarnya pasangan ini menerima percaturan Allah dalam hidup mereka.

“Kami ok berdua.. jika belum masanya untuk kami timang cahaya mata mesti Allah ada perancangan yang terbaik untuk kami berdua.

“Allah dah bagi saya merasa hamil 3 kali, itupun sudah saya rasa syukur Alhamdulillah.

“Setiap kali mendengar khabar berita orang sekeliling hamil , saya mesti menangis kerana gembira. . Hingga sekarang kami masih berusaha, yang pasti kami masih tidak berputus asa dan kecewa. Kerana Allah dah beri banyak nikmat yang perlu saya rasa bersyukur.

“Iaitu mendapat seorang suami yang baik dan penyayang serta keluarga yang memahami dan sentiasa beri sokongan di kala susah dan senang.

Setiap perkara yang berlaku mesti ada hikmahnya.

Yang penting kami berdua bahagia.. masih rasa seperti baru mendirikan rumahtangga walaupun sudah 9 tahun berkahwin.

Teruskan mengharap dengan Allah tanpa putus asa. .

Hikmahnya 3 org zuriat kami iaitu Amin, Alif dan Idris sudah menunggu di sana. Yang penting usaha, doa dan tawakal.

Jadi isteri yang masih menanti hadirnya zuriat, kuatkanlah hati, lapangkanlah emosi. Allah tak beri lagi kerana bersebab. Bila Allah dah beri juga bersebab. Kerana hidup di dunia ini adalah satu ujian. Begitu juga anak-anak mereka juga satu ujian.

Sumber/Foto : Instagram Adam Corrie Lee

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*