
Cara Hilangkan Ketiak Hitam Dengan Cepat Dan Berkesan
1. KENTANG
Kentang adalah penyelamat nombor satu anda. Ianya bersifat mencerahkan, tetapi tidak menimbulkan kesan ruam atau kemerahan.
Caranya mudah. Hiris, parut, atau masukkan potongan kecil kentang ke dalam pengisar. Kemudian, lumurkan pada ketiak.
Percaya tak, anda akan nampak kesan pencerahan dan kelembutan serta-merta. cara hilangkan ketiak hitam
Selain itu, ketiak biasanya akan berasa gatal atau berpeluh disebabkan kesan pigmentasi. Dengan kentang lumur ini, semua rasa gatal akan dapat dihilangkan.
2. SODA PENAIK
Gunakan soda penaik atau ‘baking soda’ seperti anda memakai bedak pada ketiak. Selain memutihkan kulit, ia adalah cara semulajadi yang dapat menghilangkan bau, mengurangkan peluh berlebihan, dan menghalau rasa gatal.
3. KAYU CENDANA / KAYU MANIS
Kayu cendana mungkin orang kita tak biasa dengar. Tapi, istilah ‘sandalwood’ mungkin lebih familiar bagi peminat bedak atau wangian.
Inilah salah satu resipi dalam produk kecantikan. Ianya sangat sinonim dengan kulit yang lembut, cantik, wangi, dan licin. Jadi, daripada menggunakannya dalam produk, kenapa kita tak cuba terus dari sumber asalnya?
Caranya, jadikan kayu cendana sebagai pes dengan mencampurkannya dengan air mawar. Biarkan selama 10-15 minit sebelum melumurkannya pada bahagian bawah lengan yang gelap. cara hilangkan ketiak hitam
Kalau susah nak dapatkan ‘sandalwood’ atau kayu cendana, anda juga boleh gunakan kayu manis yang biasa digunakan dalam masakan di Malaysia.
4. MASKER
Eh, ingatkan muka saja boleh gunakan masker? Kalau nak hilangkan ketiak hitam pun boleh tau!
Seperti membuat masker, gunakan yogurt, secubit kunyit, dan sedikit jus lemon.
Bilaskannya apabila masker ini kering sepenuhnya. Kalau malas nak bersusah payah, beli saja yang dah siap di farmasi atau kedai aksesori kecantikan. Yang semulajadi atau organik, lebih baik! cara hilangkan ketiak hitam
5. VITAMIN E
Biasa kita dengar vitamin E digunakan dalam produk menghilangkan kesan cela atau luka berparut.
Ini kerana ia dapat merangsang pertumbuhan sel-sel kulit agar kulit baru yang tumbuh lebih baik dan sihat kerana membantu meremajakan kulit. Vitamin E boleh didapati dalam bentuk minyak ataupun losyen.
Jadi, manfaatkanlah kebaikan ini agar dapat hilangkan ketiak hitam.
6. MADU
Madu bertindak sebagai ‘toner’ semulajadi dan juga agen pencerah semulajadi. Campurkan madu, jus lemon, dan sedikit gula untuk hilangkan ketiak hitam. Ia juga membantu menyahkan bau badan.
Mesti baca: Tips Rawatan Madu Kelulut. Allahuakhbar Menakjubkan!
7. OREN / LEMON
Buah-buahan sitrus ini mempunyai kandungan asid sitrik yang memaksimakan proses pembaharuan sel-sel kulit dan memutihkan bahagian yang gelap.
Gunakan kulit oren atau lemon untuk membuat pes yang wangi dan segar! Pes ini boleeh digunakan sebagai ‘scrub’ untuk membuang semua kesan hitam pada bawah lengan dengan berkesan. cara hilangkan ketiak hitam
Untuk kesan yang lebih baik, campurkan parutan kulit lemon atau oren tadi dengan air mawar.
8. BATU APUNG
Tahukah anda, batu yang biasa kita gunakan untuk melicinkan kulit kaki ini boleh digunakan untuk bahagian ketiak. Sebenarnya, batuan ini telah digunakan sejak berzaman untuk mencantikkan kulit. Ia adalah sejenis batuan lava yang dikenali dengan istilah ‘pumice’ dalam Bahasa Inggeris.
Cuba gosokkan batuan ini pada bawah ketiak anda dengan perlahan-lahan. Ia membantu membuang lapisan gelap pada kulit tersebut.
Batu ini boleh didapati di farmasi atau kedai aksesori kecantikan. Baca label sebelum menggunakannya supaya anda dapat membeli yang asli.
9. ‘EPILATOR’ ATAU ‘WAX’
Sebenarnya, salah satu punca utama bawah lengan yang gelap ialah cara mencukur atau mencabut bulu ketiak yang tidak berkesan.
Dengan menggunakan kedua-dua alat ini, ia mencegah dan hilangkan ketiak hitam dengan 2 cara ini:
tidak menyebabkan pertumbuhan bulu
menyingkirkan sel mati dengan meratakan kulit, serta melembutkan permukaannya
Kalau tak berkesan juga, anda bolehlah cuba menjalani rawatan laser untuk mendapatkan kesan yang sama.
10. GUNA KAPUR SIREH DAN SEBIJI LIMAU NIPIS
Ini petua menghilangkan ketiak hitam yang pertama. Campurkan kapur dengan perahan limau nipis hingga sebati dalam satu bekas atau piring. Sapukan campuran tadi di kawasan ketiak anda. Biarkannya lebih kurang dalam 15 minit. Lakukannya selepas mandi dan amalkan setiap hari selama seminggu. Ulang selang sehari minggu berikutnya.
Bukan setakat yang hitam itu kurang, ketiak juga sudah tida berbau lagi. Boleh juga sapukan di leher dan celah paha. Pastikan kalau ada rasa pedih, luka atau melecet, berhenti serta-merta dan bilas dengan air.
11. GUNA BUAH BETIK
Ini antara cara menghilangkan ketiak hitam yang diambil dari majalah Mingguan Wanita. Katanya, parut buah betik yang hampir masak sehingga halus. Letakkan ramuan ini di ketiak selepas anda mandi dan biarkan selama beberapa minit. Bilas dengan air, lakukan secara kerap. Anda pasti berpuas hati dengan hasilnya.
12. GUNA SIREH DAN BERAS
Juga dari Mingguan Wanita. Kisar segenggam beras sehingga halus. Kemudian tumbuk beberapa helai daun sirih sehingga lumat. Campurkan kedua-dua bahan tadi dan kacau sehingga sebati. Sebelum mandi, lumurkan dahulu campuran sirih dan beras tadi ke seluruh tubuh badan terutama di bahagian ketiak dan celah paha.
Kemudian gosok-gosokkan ia dengan perlahan sehingga semua bahan yang telah dilumur tanggal dari badan. Petua ini bukan sahaja menjadikan kulit badan anda halus, malahan ia juga akan membantu menanggalkan daki dan kesan hitam.
KETIAK HITAM KETIKA MENGANDUNG
Bagaimana pula kalau ketiak hitam saat hamil? Adakah ini normal, ditambah lagi dengan rasa gatal dan berbau? Ada orang kata, kalau ketiak hitam, tandanya anak lelaki? Benarkah?
Mengikut pengalaman beberapa orang yang sudah mengandung beberapa kali, mereka biarkan sahaja. Ketiak hitam terjadi kerana perubahan hormon. Tidak ada petua khusus untuk menghilangkan ketiak hitam untuk ibu mengandung.
Walaupun nampak bagaikan ada jalur lipatan, tidak perlu buat apa-apa. Nanti, selepas bersalin, ketiak hitam akan hilang dengan sendiri. Biasanya, mengambil masa lebih kurang 2-3 bulan selepas habis pantang. Sekali lagi diingatkan, tidak perlu risau kerana ia adalah normal. Juga, tidak perlu bazirkan beli sabun yang macam-macam ada dipasaran. Ia tidak akan hilang!
Malu? Tidak perlu. Doktor dan jururawat juga tidak hairan dengan ketiak anda yang hitam itu. Suami pula mesti positif, jangan jauhkan diri dari isteri semata-mata ketiak hitam!
Kredit: SirapLimau
Be the first to comment