Connect with us

Luahan

Dah Macam Pengemis Bila Isteri Kena Minta Duit Kat Laki Sendiri

Published

on

Dah Macam Pengemis Bila Isteri Kena Minta Duit Kat Laki Sendiri

Nak minta duit pun serba salah, tetapi kalau diam si dia buat tak tahu. Itu belum lagi nak guna duit untuk keperluan sendiri, cuma duit nak beli keperluan dapur. Nak kenyangkan perut keluarga juga. Memang payah!

Ada segelintirnya Dah macam pengemis pula bila mintak duit kat suami sendiri. Lebih sedih kalau isteri itu ada dalam situasi cerita seorang hamba Allah ini.

Bila meletakkan dia di rumah, itu tandanya kita mampu. Mampu untuk menanggung isteri yang tiada punca pendapatan. Mampu untuk memberi isteri apa yang dimintanya, mampu untuk memenuhi apa yang dihajati oleh seorang isteri.

Tuntutan Isteri Itu Sederhana

Dia tak pernah mintak sesuatu yang melebihi kemampuan suaminya. Dia juga sama seperti isteri-isteri yang lain di luar sana, yang teringin nak beli sesuatu untuk dirinya sendiri. Alat mekap, pakaian, perhiasan, makanan or kelengkapan-kelengkapan lain yang dia nak guna ataupun nak makan.

Kalau Suami Tak Hulur, Mana Dapat Penuhkan Keinginan

Bukan membazir, bukan mengada-ngada. Tapi dia tiada pendapatan, tiada duit, tiada apa-apa dalam handbag melainkan jika suami hulur or bagi duit kepadanya dan bila suami bagi, dia akan mengutamakan keperluan keluarganya dahulu tapi itu tidak bermakna dia melupakan apa keinginannya.

Dia tetap nak, cuma dia tak ingin bersuara takut-takut suami kata tak bersyukur dengan pemberian suami. Kalau kerja pun kita tak bagi, nak berniaga pun tiada modal, jadi ejen atau dropship pun kita larang, maka bila la agak-agaknya dia dapat beli apa yang dia nak, apa yang dia hajati, apa yang dia teringin.

Hulur lebih atau tanya isteri apa yang diingininya. Jika ianya terlalu sukar untuk dipenuhi, maka terangkan pada dia, fahamkan dia. Jika ianya mudah untuk dipenuhi, maka tunaikan keinginan si isteri sekadar kemampuan yang ada.

InsyaAllah, tak akan miskin suami yang tak berkira dengan si isteri.

Luahan

“Ada hikmah kenapa perkahwinan ini dibatalkan. Allah nak tunjuk siapa diri kita sebenarnya terhadap pasangan”

Published

on

“Ada hikmah kenapa perkahwinan ini dibatalkan. Allah nak tunjuk siapa diri kita sebenarnya terhadap pasangan”

Kuala Lumpur: “Ada hikmah kenapa perkahwinan ini dibatalkan. Allah nak tunjuk siapa diri kita sebenarnya terhadap pasangan. Terima kasih Allah.”

Itu kata penyanyi dan pelakon, Nonny Nadirah mengenai keputusannya membatalkan perkahwinan bersama pelakon, Niezam Zaidi pada Isnin lalu.

Nonny, 31, atau nama sebenarnya Nonny Nadirah Zainuddin berkata, dia dan Niezam sudah lama membuat keputusan itu iaitu selepas mereka mengikuti kursus kahwin pada September lalu.

“Saya anggap apa yang berlaku sudah tiada jodoh. Kalau nak paksa pun, bimbang nanti ia hanya memudaratkan. Takkan saya perlu melalui fasa perceraian sekali lagi. Jadi, saya reda dengan ketentuan ini.

“Sebenarnya, keputusan ini dibuat sudah lama. Cuma, saya tidak mahu kongsikan. Apa boleh dikatakan, mungkin saya belum cukup baik. Jadi, saya perlu perbaiki diri untuk menjadi pasangan yang lebih baik untuk pasangan saya.

“Apa yang penting, buat masa sekarang saya nak gembirakan diri sendiri dan keluarga. Tidak ada istilah serik, cuma apa dirasakan sekarang adalah, solo lagi bagus,” katanya.

Ditanya mengenai reaksi ibunya, Nonny berkata ibunya sentiasa menghormati keputusan yang dibuat.

“Mak saya boleh cakap, santai saja di posisi. Sebab dia pun cakap jangan terlalu mencari kesempurnaan. Dia hanya mahu tengok saya bahagia dan tak lagi saya bersedih. Dia selalu sokong apa saya buat.

“Kalau selepas bercerai dulu saya memang meratap. Tapi, untuk kali ini saya lebih tenang. Malah lebih gembira. Bagi saya, Allah sudah atur segalanya. Apa yang penting, kena sabar dengan ketentuan diberikan,” katanya.

Terdahulu, Nonny mengumumkan pembatalan perkahwinan mereka menerusi hantaran di Instagram yang turut mengucapkan hari jadi kepada Niezam.

Continue Reading

Luahan

rumahtangga saya diuji dengan kecurangan saya bila saya dah terlanjur dengan suami orang menyesal tak terkata hanya allah saje yang tahu pada masa tu

Published

on

rumahtangga saya diuji dengan kecurangan saya bila saya dah terlanjur dengan suami orang menyesal tak terkata hanya allah saje yang tahu pada masa tu

Aslm min tolong hidekn acc fb saya.saya seorang isteri surirumah sepenuh masa. Anak dah 5 orang. Saya kwin dah lama bersama suami saya. Macam2 dugaan pahit manis susah senang bersama2. Bole dikatakn dari segi nafkah zahir dan batin suami seorang yang bertanggung jawab. segala perbelanjan semue saya yang urus. Duit2 semue saya yang control. Semue harta dibeli suami diletak kan di atas nama saya dan anak2.

Tak ade satu pon harta atas nama suami. masalahnye disini suami saya selalu ade perempuan. bile saya dapat tahu tentang perempuan tu. Suami saya just cakap saje suke2. dan suami saya putus kan hubungan dengan perempuan tu. Suami saya pernah luahkan hasrat kat saya agar saya ni jadi seorang isteri yang romantik. itu yang suami saya nak kan tapi sayag tak bole nak romantik kat suami saya dan saya tak pernah nak cube jadi seorang isteri yang romantik. hati saya jadi keras dan ego.

Sehingga lah rumahtangga saya diuji dengan kecurangan saya dengan suami orang. Saya dah terlanjur dengan suami orang. menyesal tak terkata hanya allah saje yang tahu pada masa tu. saya berdosa besar pada suami. saya sujud minta ampun pada suami dan merayu agar suami saya tak ceraikn saya dan saya rela bermadu menyuruh suami saya kawin lain tapi suami tak mau. Suami ampun kan saya demi anak2 dan terima saya kembali semula walau saya tahu bukan senang seorang lelaki dpt menerima nye. saya dpt merasakan yang suami kemurungan dan kesedihan pada masa tu. bertahun juge suami memendam rasa. dekat 10 tahun.

Saya tak henti berdoa agar allah ampuni dosa2 saya dan lembut kn hati suami alhamdulilah allah makbul kn doa saya. Kini rumah tangga saya diuji lg suami pula curang n terlanjur dengan perempuan. suami merayu2 dan menangis kat saya dan suami pastikn yang prempuan tu cuma nak perangkap jer dan suami berjanji tak akan ade sebarang hubungan lg dengan perempuan tu tapi hati saya dh tawar. Saya dh tak kuat nak hadap rumahtangga saya dengan suami. anak2 semue menyokong saya. dan menyalahkan ayahnye. saya mengadu kat anak2 semue diatas kecurangan ayahnye.

Sampai anak2 semue benci pd ayah dan saya failkn fasak kat mahkamah. kes masih lg berjln suami tetap tak akan melepaskan saya. Suami cakap akan berjuang sehabis daya untuk mempertahanakan rumahtangga. Suami tekan kat saya asal masa saya curang dulu saya tak failkn kes fasak? kenapa baru sekarang saya nak failkan fasak? itu yang suami saya tak bole terima. so saya nak tny bole ke kes kecurangan saya suami bangkit kembali kat mahkamah. segala bukti semue suami ade. Saya cadang nak sabit kan suami dengan orang ketiga. Suami dh banyak kali pujuk agar menarik balik kes fasak. disini saya nak minta pendapat dan nasihat yang bernas bukan kecam berjemahaan ye.. zalim tak saya buat ni pd suami. Saya pon dah kuar rumah tak bagi suami berjupe dengan anak yang kecil. perlu ke saya maafkan suami dan memberi peluang kepadanye.? Terima kasih qJiwa kacau.

Continue Reading

Luahan

“Sedih Sangat Bila Tengok Gambar Ni Satu Persatu” Tular Gambar Frontliner Kepenatan Lawan Covid19

Published

on

“Sedih Sangat Bila Tengok Gambar Ni Satu Persatu” Tular Gambar Frontliner Kepenatan Lawan Covid19

Penularan wabak COVID-19 ketika ini semakin meningkat dengan menyaksikan pertambahan kes positif di beberapa negeri, khasnya di Sabah. Ketika ramai sudah mula ‘penat’ untuk mengikut SOP yang ditetapkan, jangan pula kita lupa dengan pengorbanan petugas barisan hadapan negara dalam memastikan jangkitan wabak ini dapat diputuskan.

Menerusi laman Facebook Majlis Keselamatan Negara Negeri Sabah, tular beberapa foto menunjukkan riak wajah frontliner yang jelas kepenatan dalam memastikan keselamatan kita semua terjaga.

“Di sebalik angka angka kes positif yang kita lihat setiap hari, ada golongan yang tetap terus bekerja bekerja dan bekerja.

Hero yang tidak pernah lelah berjuang demi Malaysia tercinta.

Titipkan doa buat barisan hadapan kita agar terus kuat menghadapi gelombang ketiga ini,” tulis laman Facebook MKN Sabah sampi diiringi doa dan harapan rakyat Malaysia agar wabak ini dapat diputuskan dengan segera.

Continue Reading

Trending