Dikejarkan Ke Hospital Gara-Gara Masalah Oksigen, Video Siti Sarah Peluk Anak-Anak Undang Sebak

Penyanyi Siti Sarah Raisuddin yang dijangkiti COVID-19 dikejarkan ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM (HCTM) selepas tahap oksigen menurun, petang semalam. Siti Sarah yang sedang sarat mengandung tujuh bulan itu telah disahkan positif COVID-19 bersama Shuib Sepahtu dan tiga cahaya matanya.

Menerusi hantaran di Instagram Shuib, dia berkongsi keadaan isterinya itu dengan video berdurasi 14 saat. Siti Sarah dilihat sedang duduk atas kerusi roda sambil memakai oksigen dan dipeluk oleh tiga cahaya mata sebelum dibawa menaiki ambulans.

“Assalamualaikum, saya memohon doakan isteri, Siti Sarah Raisuddin. Doakan semoga Sarah dan anak dalam kandungan diberi kesihatan kembali serta dipermudahkan segala urusan,” tulis Shuib.

Menurut kenyataan syarikat pengurusan, Indigital Music, penyanyi itu dikatakan perlu memotong gelang ‘pink’ kuarantin tetapi dia mengalami batuk dan mengadu tidak selesa sejak kelmarin.

“Siti Sarah dibawa dengan ambulans kira-kira jam 6.30 petang semalam untuk mendapatkan rawatan. Sepatutnya sudah memotong gelang kuarantin, tetapi keadaan kesihatannya kurang memuaskan.

“Tahap oksigen semakin menurun menyebabkannya terpaksa dikejarkan ke HCTM,” ujar pengurusnya, Nana Mohd Rom. Sebelum ini, pembantu rumah mereka disahkan positif wabak itu pada 25 Julai lalu dan Siti Sarah sekeluarga menjalani ujian saringan sebelum disahkan positif.

kredit era

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*