Dit@ngkap, Disiks@ Sambil Dibelenggu Rantai Panas, Inilah Saat Paling Sedih Bangsa Syaiton Diatas Muka Bumi!

Apa khabar? Bagaimana persediaan anda nak sambut Ramadhan? Gembira atau Biasa saja? Penulis berharap agar semua pembaca sentiasa ternanti-nanti bulan paling mulia antara semua bulan ini. Penulis percaya, ramai di antara kita tertanya-tanya bagaimana keadaan syaitan dan iblis ketika umat Islam sedang berpuasa? Benarkah ada dakwaan khabar angin yang mengatakan bahawa syaitan dan iblis akan dirantai di perut bumi pada sepanjang bulan Ramadhan? Sebelum kita menyambut bulan Ramadhan yang penuh kemuliaan ini, marilah kita semua menghayati pertanyaan Rasulullah kepada Iblis mengenai puasa, dan mari kita lihat sendiri jawapan Iblis untuk pertanyaan Rasulullah s.a.w itu…

Sabda Rasulullah saw: Wahai Iblis, bagaimana keadaanmu apabila umatku mengerjakan puasa di bulan Ramadhan kerana Allah swt?

Berkata Iblis: Ya Nabi Allah, inilah satu bencana dan kesedihan yang teramat sangat kepadaku dan terhadap seluruh bala tenteraku atas sebab berikut:

  1. Apabila masuk sahaja awal bulan Ramadhan, maka memancarlah cahaya Arsy Rahman dan Kursyi, dan semua Malaikat menyambut kedatangan bulan Ramadhan dengan penuh kegembiraan.
  2. Bagi umat Islam yang berpuasa pula mereka mendapat satu kurnia yang sangat besar dari Allah swt dan dosa-dosa mereka diampuni, sama seperti dosa-dosa yang telah lalu diganti dengan pahala dari Allah berlipat ganda, semua kesalahan yang mereka lakukan tidak akan dicatat selama mereka berpuasa. Itu semua menyebabkan aku berduka cita yang amat sangat!
  3. Yang paling menyakitkan hati aku adalah seluruh isi langit dan bumi, bulan, bintang, malaikat, semua kehidupan di darat dan laut, bahkan burung yang terbang di udara dan semua makhluk bernyawa akan berdoa siang dan malam meminta pengampunan dari Tuhan mereka kepada orang-orang yang melakukan ibadah puasa.
  4. Satu perkara yang paling menyedihkan akan daku ialah setinggi-tinggi yang didapati orang yang berpuasa di bulan Ramadhan ialah Allah membebaskan mereka setiap hari dalam bulan Ramadhan 1000 kemerdekaan dari azab neraka, begitu juga pintu neraka ditutup dan pintu-pintu syurga akan terbuka dengan seluas-luasnya dan akan bertiuplah angin yang terdapat di bawah arsy yang sepoi-sepoi itu melalui syurga.
  5. Ketahuilah bahawa pada bulan Ramadan, ketika umat Islam berpuasa, para malaikat akan turun dengan perintah Allah SWT untuk menangkap kami dari bangsa Iblis dan juga syaitan, dan kemudian dibelengu dan dirantai dengan rantai besi yang sangat panas , kemudian dimasukkan kami semua ke bawah bumi yang paling bawah dan diseksa dengan siksaan yang dahsyat! Siksaan ini akan berterusan sehingga semua umat Islam selesai berpuasa, dan kemudian kita semua akan dibebaskan kembali.
  6. Semua ini dilakukan oleh Allah swt agar kami tidak mengacau dan mengganggu umatmu yang sedang berpuasa. Mereka akan gembira dan lega ketika melakukan ibadah puasa tanpa gangguan daripada kami, dan apabila mereka bangun pada tengah malam (pagi) untuk makan Sahur, mereka akan merasa senang dan ringan dari perasaan malas dan takut pada bulan-bulan lain.

p/s: Semoga di bulan yang penuh keberkatan yang bakal menemui kita nanti semua dosa-dosa kita yang lalu akan dihapuskan oleh Allah swt (insyallah). Jangan lupa untuk menggandakan ibadah kita kepada Allah swt. Solat Terawikh angan ditinggal ok. Sekiranya anda rasa tidak larat untuk bersolat di masjid, lakukanlah di rumah. Kejarlah malam lailatulqadar kerana malam lailatulqadar adalah malam mustajab untuk kita semua memohon doa. Semoga kita semua sentiasa berada di dalam perlindungan Allah swt. Jom berhijrah ke arah yang lebih baik!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*