family mertua isteri boleh cakap laki aku ni tak adela sedap mata memandang sedangkan saya ada depan dia

family mertua isteri boleh cakap laki aku ni takdelah sedap mata memandang sedangkan saya ada depan dia

Salam admin. Saya guna fake profile ni. Saya ada masalah hubungan dengan isteri. Kami dah berkahwin lebih kurang 3 tahun dan dikurniakan seorang anak alhamdulillah. Saya nak luahkan. Saya sebagai suami kecik hati dan kecewa dengan isteri, awal perkahwinan isteri begitu bersungguh nak kan anak. macam2 cara isteri goda saya. Pakai seksi2, selalu manja2 dengan saya, selalu minta dilayan. Saya bahagia sangat2 waktu tu.

Tapi lepas kami dah dapat anak, sekarang anak dah umur 1 tahun 6 bulan. Isteri dah macam bersikap dingin dengan saya, awal2 perkahwinan kami duduk rumah family lagi. Jadi saya fikir mungkin sebab kurang selesa menyebabkan isteri dingin dengan saya, saya pun menyewa di luar. Ingatkan boleh selesai masalah, maklumla bila dah menyewa ni. Mungkin dah ada privasi, saya harap isteri dapatlah layan saya macam awal2 kahwin dulu.

Tapi lagi teruk, sampai kan waktu kami bersama pun dia boleh tidur, saya sebagai lelaki rasa down sangat2 bila isteri buat mcm tu. Nampak takde effort dalam hubungan bersama. Setiap kali saya nak ajak bersama. Isteri tolak dengan alasan ngantuk, malas nak mandi nanti, dah tgh malam la. Untuk pengetahuan semua, saya tak pernah culas nafkah zahir, kerja2 rumah semua saya buatkan, basuh pinggan, sidai kain, basuh baju, menyapu mop semua.

Apa yang buatkan saya kecewa sangat2 haritu depan family mertua isteri boleh cakap “laki aku ni tak adela sedap mata memandang” sedangkan saya ada depan dia, saya sengih je mcm kerang busuk. Dan baru2 ni isteri ada cakap dengan saya, dia takde nfsu dengan saya. Bayangkan betapa sedih hati saya sebagai suami bila isteri cakap mcm tu, rasa mcm saya ni tak guna langsung.

Saya sedar saya bukanlah ada rupa paras yang hensem pun, sebab tu saya buat kerja2 rumah semua supaya isteri rasa bahagia, tapi ini yg saya dapat

Saya pernah tanya, kenapa awal2 kahwin dulu selalu goda2 abang, dia cakap sebab nak kan anak je. Bila dah dapat. Dia layan saya acuh tak acuh

Saya rasa down sangat2 bila isteri tak bernfsu dengan saya, apa perlu saya buat?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*