Connect with us

Islamik

Hebatnya Cara Farah Lee Ajar Anak Hafal Surah, Para Ibu Bapa Cuba Tiru Ye!

Published

on

Permata hati Farah Lee, Maream Asabel yang baru menyambut ulang tahun kelahiran ketiganya baru-baru ini memang comel dan bijak. Melihat keletahnya di instagram Farah Lee sangat mencuit hati semua.

Maream bukan hanya pandai cakap Korea bahkan pandai mengaji, mengalunkan Al Fatihah dan surah 3 Qul dengan lancar walaupun kata Farah Lee umurnya ketika itu baru setahun lebih. Hebatnya!

Perkongsian sebuah video oleh Farah Lee di facebooknya Julai lalu mendapat perhatian ramai. Ramai memuji kehebatan malah menyanjung wanita ini dalam mendidik anaknya seorang diri. Apa Farah buat hinggakan Maream pandai menghafal?

Baca perkongsiannya :

Esok exam hafazan be like..

Since last year lagi ramai tanya omma macam mana train Maream hafaz al-Fatihah, 3 Qul, doa walaupun baru setahun lebih. Terbaru Maream hafaz surah Taha 1 hingga 6. Hmm.. Sorry tau macam ignore soalan korang selama ni haha sebab nak share tapi takut orang cakap pepoyo pulak mengajar tu ni. Anak baru sorang, kecik lagi pulak tu. Long way to go, nanti besar anak entah jadi apa. And all the negative thoughts.

Then fikir balik, alah kalau ikhlas nak share supaya bermanfaat pada yang nak memanfaatkan, why not kan? Yang penting pandangan Allah, yang lain persetankan, kan? Hiks. Jadi inilah dia. Omma share apa yang omma buat je. Ini bukan mengajar, ini bukan tips. Omma tak layak pun. Just apa yang omma amalkan pada Maream (she is now 2 years 11 months old). If rasa berguna boleh dipraktikkan, kalau tak, boleh dipersetankan muahaha

But please bear in mind, lain budak lain perkembangan, lain environment kehidupan, lain character. Boleh cuba but no pressure. Go slow and easy, for them and for yourself as well. Omma memang bercita-cita nak dedahkan anak2 dengan Quran dari kecil so before kahwin lagi selalu baca tips2 parents. Ni kira omma buat experiment jugak lah, melalui pemerhatian, pembacaan, keinginan dan logik akal. Ok muqaddimah yang panjang macam biasa. So basically :

1. Masa pregnant omma selalu baca surah Maryam, Taha, Yusuf dan Ar-Rahman. Then masa tidur omma akan pasang audio ayat Quran. Dorang boleh dengar dunia luar kan even dalam perut so since dalam perut lagi omma dah biasakan dia dengan alunan Quran.

2. Since Maream baby, sebelum tidur omma akan dodoikan Maream dengan ayat2 ni : Al-Fatihah, Ayat Qursi (terang hati), Taha 1-6 (lembut hati) , Al-Hasyr 21-24 (ruqyah), Ar-Rahman 1-5 (disayangi menyayangi), An-Naba 1-10 (omma kekonon nak hafaz juzuk 30 tapi ini je yang lekat dalam kepala muahaha), Al-Inshirah (kemudahan hidup), 3 Qul (ruqyah) + mana-mana ayat yang omma sedang hafaz. So mungkin sebab ulang-ulang dengar, dia pun dapat hafaz secara tak langsung. Alah, macam anak-anak selalu dengar lagu Didi & Friends, kejap je mulut dah ‘Semut berkawad satu satu horaa horeyy’ tak? Sama lah macam ayat Quran jugak. Cuma mungkin susah sikit sebab bahasa tak biasa. Tapi dah besar ni kadang dia request taknak omma dodoikan mengaji, nak lagu Boboiboy Bebaskan Kuasamu.

3. Then bila dia dah besar sikit, dalam kereta or time lepak-lepak omma selalu buat test. Baca, then minta dia sambung. Yang pelat-pelat boleh stresskan ajar bacaan yang betul. Tapi takyah nak expect kita sedang buat oral test budak SPM. Dalam 10 kali, bernasib baik kalau 1 kali dia respon dengan jayanya. Kids being kids, but us adult should be an adult too. Keep cuba dengan cara yang berbeza dan menarik, disamping kesabaran maksima disisi.

4. In between Maghrib dan Isya’ kalau takde hal, omma akan peruntukkan masa tu untuk baca Quran dan spend quality time dengan Maream ; sembang dengan dia. So time ni kalau mood dia dan omma ok, omma akan ajar dia mengaji. Ajar mana sangat lah budak 2 tahun pun haha tapi just untuk dia biasakan yang interval tu should diperuntukkan untuk hal kerohanian dan family quality time.

5. Dan kat rumah audio ayat Quran omma akan on 24/7 non stop. Omma perasan, walaupun omma mengaji biasa, ada ayat yang Maream boleh guess dan sambungkan. Maybe sebab dia repeatly dengar from that audio. So rasanya, after this bila anak dah besar, nak ajar Quran pun mudah sebab ayat-ayat tu dia dah biasa dengar. Tinggal nak diajar properly je.

6. Oh ya, pemakanan pun mainkan peranan kot, “You are what you eat”. Masa pregnant omma memang jaga makan. Fast food, caffein memang avoid. Banyak makan makanan sunnah dan fish oil (neurogain). Maream pun masa bawah setahun memang fully on breastmilk dan makan homemade food sahaja. Sekarang, gula2, jajan dan fastfood omma hadkan. Dia banyak makan proper food, vege and fruits. Dan gadget pun dikawal ketat.

7. Just to let you know, Maream belum kenal pun arabic alphabet, apatah lagi tajwid. Proper schedule mengajar pun omma takde. I will keep it this way since dia pun kecil lagi. Taknak pressure dia sangat. Biar dia sayang Quran dengan kemahuan sendiri (with my effort of course)

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Islamik

Aster0id Setinggi Burj KhaIifa Dijangka Melintasi Bumi Ahad Ini

Published

on

Aster0id Setinggi Burj KhaIifa Dijangka Melintasi Bumi Ahad Ini

TuIar baru-baru ini am@ran daripada pihak N4SA yang mengatakan bahawa sebuah aster0id gerg@si dijangka bakal ‘terb@ng’ meIintasi bumi pada hujung minggu ini.

Lap0r The Sun, batu gerg@si tersebut bergerak dengan kelajuan lebih daripada 90,000 kph.

Lebih besar dari Burj Khalifa 

 

Bukan itu sahaja, saiz aster0id gerg@si itu juga adalah berukuran 820 meter panjang yang bersamaan dengan 2,690 kaki lebih besar daripada saiz bangunan tertinggi di dunia iaitu Burj Khalifa!

Fulamak, besar tu! 

Menurut pihak pengesan N4SA, asteroid yang diberi nama sebagai 2000 W0107 itu dijngka bakal bergerak melintasi bumi pada Ahad ini.

Tak hent@m bumi, jarak 4.2 juta km dari bumi

Walau bagaimanapun, ia diramalkan tidak akan menghent4m pIanet bumi sebaliknya hanya bergerak melintasinya pada jarak yang selamat iaitu pada jarak 4.2 juta kilometer.

Walaupun jarak itu dikatakan sejauh 11 kali jarak antara bumi dengan bulan, namun ia sebenarnya berada dalam keadaan yang agak dekat menurut istilah jarak dalam ruang angkasa.

N4SA telah mendedahkan bahawa apa-apa sahaja ‘objek’ yang melepasi planet bumi pada jarak antara 190 juta kilometer, maka ia dikelaskan sebagai ‘Near Earth Object’ (NEO).

Ditemui 20 tahun yang lalu

Asteroid ini telah berjaya dijejaki oleh ahli astronomi di New Mexico pada 29 November 2000 iaitu kira-kira 20 tahun yang lalu.

Pihak N4SA telah sentiasa mengesan keberadaannya di ruang angkasa sejak daripada awal penemuannya

Lintas bumi pada pagi Ahad, 29 November

 

Selain itu, batu angkasa itu juga dijangka bakal bergerak berhampiran dengan bumi kira-kira jam 10.09 pagi GMT pada 29 November ini.

Ini bermakna, lintasan batu gerg@si 2000 W0107 ini ‘jat0h’ pada tarikh yang sama penemuannya pada kali pertama iaitu kira-kira 20 tahun yang lalu.

Wah, dah boleh sambut anniversary yang ke-20 tahun. Nasib baik tak hent@m bumi, boleh kiamat kalau kena tu. 

Continue Reading

Islamik

10 Tahun Kaji Semua Agama, Lelaki Ateis dan Isteri Akhirnya Masuk Islam

Published

on

10 Tahun Kaji Semua Agama, Lelaki Ateis dan Isteri Akhirnya Masuk Islam

TIDAK dapat dinafikan lagi kehadiran golongan ateis di atas muka Bumi ini. Mereka bukan sahaja tidak mengakui kewujudan Tuhan, malah hanya berpegang kepada logik semata-mata.

Namun bagi Cedric Lim, dia yang dahulunya pernah menjadi seorang anti-agama menemui jalan penyelesaian terhadap segala kekusutan dengan mengambil keputusan untuk memeluk agama Islam baru-baru ini.

 

Menerusi Facebook, lelaki yang memilih nama Muhammad Daniel Lim itu berkongsi perjalanan hidup sehingga nekad untuk mengucap dua kalimah syahadah bersama isterinya, Siti Khairiyah Wang.

Menurut lelaki berasal dari Singapura itu, dia mengambil masa lebih 10 tahun bagi mengkaji dan mempelajari pelbagai agama dan kitab suci namun tidak dapat menerima amalan yang disusun serta dipraktikkan.

“Saya lebih suka hidup dalam penafian bagi mempercayai kewujudan Tuhan dan boleh lakukan tanpa sebarang agama pada ketika itu,” tulisnya.

Mahu dijadikan cerita, dia menyedari bahawa belum membuka dan membaca al-Quran sepanjang proses ‘pencarian’ itu ketika berbincang tentang keagamaan dengan salah seorang rakan Muslimnya.

“Kamu sudah separuh Muslim sekiranya mempercayai tiada Tuhan, kerana Muslim percaya tiada Tuhan selain Allah yang mencipta semua kewujudan.

“Dia adalah mutlak, tiada jantina, tiada ibu bapa atau anak dan tiada apa kamu boleh bayangkan,” kata rakannya itu.

Mula membaca al-Quran

Terjumpa banyak fakta saintifik

Dan akhirnya…

Kisah luar biasa itu tular dengan mendapat hampir 10,000 perkongsian dan 19,000 tanda suka di Facebook dimana rata-rata mengucapkan syukur atas petunjuk Allah SWT yang diberikan kepada pasangan tersebut.

 

Sumber: Cedric Lim

Alhamdulillah, tahniah dan selamat datang ke Islam. Umpama bayi baru lahir tanpa dosa. Hebat! Subhanallah!

Continue Reading

Islamik

“Jika Kucing Selalu Ganggu Rumah Jiran, Jiran Boleh Buang Kucing Tersebut”

Published

on

“Jika Kucing Selalu Ganggu Rumah Jiran, Jiran Boleh Buang Kucing Tersebut”

Kucing sememangnya amat disukai oleh ramai orang yang membela dan memelihara binatang kesayangan Nabi ini dengan penuh kasih sayang sehinggakan mereka sanggup berhabis wang ringgit hanya semata-mata untuk memastikan haiwan comel ini dijaga dengan baik dan cukup makan segalanya.

Jangan Bela Kucing Jika  Boleh Menyusahkan Orang

Ramai yang mempunyai hobi ini dengan memelihara kucing di rumah yang terkadang ada yang menganggap binatang ini adalah rakan atau sahabat mereka. Melalu kajian ia juga dikatakan mampu menghilangkan tekanan atau stress yang dihadapi oleh mereka yang membelanya.

Walau bagaimanapun, membela haiwan ini juga mempunyai cabaran kerana kini umat Islam telah dinasihatkan jangan sekali-kali membela kucing di rumah sekiranya hobi itu boleh menimbulkan sebarang masalah dalam sesebuah keluarga atau dalam hidup berjiran.

Kucing adalah binatang yang menjadi kesayangan Nabi

Menurut Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata menerusi laporan Berita Harian, pemilik kucing haruslah menjaga haiwan-haiwan peliharaan mereka dengan terurus serta jangan membiarkan ia bebas keluar pergi ke rumah jiran dan membuang najis di situ sehingga menyusahkan jiran tetangga.

Kita wajib memastikan si comel itu tidak akan membuang najisnya merata-rata dan sebaiknya menyediakan tempat pembuangan yang khas agar ia tidak melepas merata-rata di mana saja. Jika perkara itu berlaku mungkin akan terjadi perbalahan atau pertengkaran antara anda dan jiran.

Menurut Mufti Perlis itu lagi, jika kucing seseorang itu pergi dan membuang najis di rumah jiran TIDAK BERDOSA bagi seseorang jiran itu menangkap dan membuang kucing itu ke tempat lain. Ini bermakna tidak menjadi kesalahan bagi seorang jiran yang membuang haiwan peliharaan anda itu selagi mereka tidak menyeksakannya atau mencederakan kucing tersebut.

Mohd Asri juga berkata, tidak ada sebarang hadis yang menyebut Nabi Muhammad menyuruh umatnya memelihara kucing, tetapi baginda mengingatkan supaya jangan menyeksa dan menyakitkan kucing.

Oleh itu, sebagai pecinta kucing anda diwajibkan memeliharanya dengan baik dan perlu menitikberatkan kebersihan serta memastikan haiwan ini tidak akan menyusahkan orang lain terutamanya jiran-jiran yang berdekatan. Perkara pertama yang perlu difikirkan adalah tentang najisnya dan bagaimana cara untuk menghalang kucing anda itu berak merata-rata.

Continue Reading

Trending