Ibu Muda Sanggup Tinggalkan Bayi Selama 6 Hari Hingga M4ti Kelaparan Gara-Gara Pergi Parti

Seorang ibu muda tidak dapat menahan emosi apabila dia telah dijatuhkan hukuman penjara selama sembilan tahun selepas didapati bersalah membiarkan bayinya m4ti kelaparan di rumah. Menurut Daily Mail, gadis yang kini berusia 19 tahun itu meninggalkan anaknya di rumah dalam tempoh enam hari untuk berparti dan menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-18 bersama teman lelaki.

Anaknya yang berusia 20 bulan telah ditinggalkan bersendirian di dalam sebuah rumah flat di Brighton, lebih 50 batu jauh dari tempat yang ditujunya. Menerusi laporan siasatan yang dibentangkan oleh pendakwa di mahkamah, bayi itu meningg4l dunia dalam keadaan yang sangat tragis iaitu akibat selesema dan kelaparan setelah dibiarkan selama enam hari.

Setelah dia pulang ke rumah pada 11 Disember 2019, dia melihat anaknya itu sudah terbaring kaku. Mahkamah Lewes Crown telah menjatuhkan hukuman terhadap gadis itu pada Jumaat setelah dia mengakui bersalah atas ‘pembunuh4n’ itu.

Ketika dibawa keluar oleh kakitangan mahkamah, dia kelihatan menangis kerana bakal dipenjara selama sembilan tahun. Hakim di perbicaraan tersebut mengatakan bayi itu telah mengalami penderitaan yang sangat sukar untuk dibayangkan dan meningg4l dunia tanpa sesiapa pun di sisi.

kredit siakap keli

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*