Ibu Nak Buang Kucing, Anaknya Cepat-Cepat Bagi Anak Kucing Itu Tupperware

Kebiasannya setiap kucing yang dipelihara akan diberikan nama oleh pemiliknya seperti Comel, Oyen, Putih dan lain-lain berdasarkan ciri yang ada pada kucing tersebut. Namun berbeza dengan seorang kanak-kanak dari negara seberang ini apabila sanggup memberikan nama ‘Tupperware’ kepada anak kucing yang ditemuinya gara-gara takut dibuang oleh ibunya.

Memetik hantaran dari Suara.com, anak kecil itu beranggapan dengan memberikan nama tersebut, si ibu pasti tidak membuangnya kerana tupperware adalah sinonim dengan barang kesayangan ibu-ibu di rumah.

Foto yang dimuatnaik ibunya jelas menunjukkan betapa anaknya bernama Aji cukup sayang kepada Tupperware hingga kisahnya tular di media sosial.

Rata-rata warganet yang membaca kisah anak kecil ini memberi komen yang agak lucu kepadanya.

  • “Aji lucu banget eh pintas kasih nama,” ujar Sri Purwanti.
  • “Bagus ji, jenius memang Aji ini,” kata @nanaradiashanty.
  • “Sekalian ji kasih namanya IPhone biar nggak dibuang,” ujar @yuniirtika.
  • “Pintar Aji, dibuang nggak, kasih pinjam tetangga boleh,” ucap @ellyt.

kredit syok

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*