Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Ingin Berpuasa Sunat, Adakah Isteri Perlu Minta Izin Suami?

“Isnin dengan khamis minggu depan kita puasa nak tak?”. Ini dialog biasa kita dengar kalangan wanita yang bekerja di pejabat.

Berpakat dengan rakan untuk berpuasa sunat terutama pada hari Isnin dan Khamis biasanya akan menjadikan kita lebih nekad.

Niat memang baik sekali tapi bagi wanita yang sudah berkahwin berpakat dengan rakan untuk berpuasa sunat tanpa meminta izin dari suami terlebih dahulu, tidak boleh dilakukan.

Kenapa?

Sabda Rasulullah saw;

Seorang wanita tidak boleh berpuasa walau pun satu hari dalam keadaan suaminya berada di rumah kecuali dengan izin suaminya. Melainkan pada bulan Ramadan. [Hadis riwayat Bukhari, Muslim dari Abu Hurairah.]

Keperluan mendapatkan izin

Imam Nawawi menjelaskan suami berhak mengajak isterinya jimak bila-bila masa dan pada hari apa sahaja, dan haknya itu wajib dipenuhi oleh isterinya ketika itu juga, dan tidak boleh ditangguhkan oleh kerana amalan sunat.

Dalam hal ini isteri perlu meminta izin terlebih dahulu bagi memastikan suami tidak berhasrat kepada isteri yang tentunya akan membatalkan puasa sunat jika suami meminta dilayani keperluan batinnya pada siang hari.

Selain itu keizinan untuk berpuasa sunat ini juga perlu sebagai satu bentuk penghormatan kepada suami sebagai ketua keluarga.

Add Comment