Ini Cara Rawat Kebas Anggota Badan Dengan Pantas, Guna Petua Orang Lama

Kadangkala apabila kita berada di kampung, jika perlu makan bersila kita terpaksa mengelak. Bukan kerana sombong, tetapi sekiranya kita terpaksa duduk lama, kaki kita akan cepat rasa kebas. Betul tak? Natijahnya, makan pun rasa tak selesa gara-gara kaki terpaksa dialih ke kanan atau ke kiri.

Itu cerita kalau duduk bersila, kalau dalam tandas pula, lagilah. Kalau tiada tandas duduk, alamatnya tersangatlan seksa semasa hendak bangun sebab kaki cepat kebas. Apa yang pasti, masalah tersebut sebenarnya boleh terjadi pada mana-mana bahagian badan kita. Namun, menurut healthline.com, ia selalu berlaku pada bahagian tangan, jari dan kaki.

“Kebas adalah keadaan seseorang itu mengalami rasa sensation. Keadaan ini kebiasaaannya disebabkan oleh iritasi saraf. Seperti penyakit lain, kebas juga menimbulkan ketidakselesaan kepada mereka yang aktif dan bekerja setiap hari,” beritahu mereka.

Jadi, hari ini, SinarPlus ingin kongsikan tiga bahan asas yang boleh digunakan untuk merawat masalah kebas. Menurut telegram Petua dan Kesihatan, tiga bahan itu ialah halba, halia dan serai.

  • Cara pembikinannya adalah seperti berikut:
  1. i) Rebus kesemua bahan tersebut sehingga mendidih.
  2. ii) Kemudian, apabila sudah mendidih, angkat dan campurkan dengan sedikit air asam jawa dan kacau sebati.
  3. iii) Amalkan minum air itu setiap malam iaitu sebelum waktu untuk tidur.

“Paling disarankan minum air rebusan itu ketika waktu panas atau sedikit suam. Esok paginya, badan akan jadi lebih segar selepas bangun daripada tidur,” beritahunya. Mudah bukan?

Jadi, anda bolehlah mencuba petua yang dikongsikan untuk merawat kaki dan tangan yang kebas. Sekiranya kaki kita tidak kebas, boleh juga tolong buatkan untuk ibu atau ayah kita yang sering mengalami masalah itu. Mereka pasti senyum gembira. Semoga bermanfaat!

kredit sinarplus

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*