“Ini Masanya Kita Lupakan Yg Lalu” Selepas Kerajaan Tumbang, Anuar Musa Mahu Kembali Ke Pangkuan Parti

Bekas Menteri Wilayah, Tan Sri Annuar Musa akan merujuk semula kepada pimpinan UMNO bagi memilih calon Perdana Menteri yang diminta oleh Yang Di Pertua Dewan Rakyat. “Saya baru terima surat YDP Dewan Rakyat, mengarahkan Ahli Parlimen menamakan seorang ahli sebagai calun PM ke 9, untuk di persembahkan kehadapan DYMM SPB YDPA.. Saya akan tunaikan tanggungjawab saya, setelah saya merujuk kepada pimpinan parti saya, serta kawan kawan dari parti sahabat.

“Yang pasti, saya berhasrat mencadangkan seorang pemimpin terkanan parti BN, dan mohon agar turut di sokong oleh kawan kawan ahli parlimen pelbagai parti yang lain.. Ini masanya kita lupakan yg lalu, pandang kehadapan dengan perkasakan semula perpaduan parti, serta perkukuhkan muafakat dan penyatuan Melayu, kaum bumiputera serta rakyat Malaysia berbilang bangsa dan agama.

“Doakan yg terbaik buat Malaysia,dan kita serahkan pada kebijaksanaan dan budibicara SPB YDP AGONG….Kepada Allah kita berserah. DAULAT TUANKU.” kata beliau. Sebelum ini, Annuar dan kumpulan Ahli Parlimen UMNO yang menyokong bekas Perdana Menteri Muhyiddin Yassin menganggap Majlis Tertinggi UMNO tidak sah kerana mendakwa parti tersebut gagal melakukan pemilihan parti seperti yang dicadangkan oleh RoS.

kredit tun carlos

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*