Inilah 11 Petua Paling Berkesan Untuk Menghilangkan Kulit Berminyak

Ikuti cara berikut untuk hilangkan kulit berminyak pada muka:

1. GUNA PEMBERSIH MUKA YANG LEMBUT

Pilih pembersih muka yang mengandungi benzoyl peroxide, salicylic acid, glycolic acid atau beta-hydroxy acid.

Kandungan ini sangat lembut dengan semua jenis kulit tambah lagi yang berminyak. Ia akan mengawal pengeluaran minyak berlebihan.

2. ELAK CUCI MUKA DENGAN BAHAN KASAR

Jika selama ini anda mencuci muka dengan kain, tuala atau span yang keras, hentikan!

Ia akan menyebabkan kulit menghasilkan lebih banyak minyak kerana menggantikan minyak semula jadi yang hilang akibat mengguna bahan-bahan tersebut.

3. CUCI MUKA PADA WAKTU SIANG DAN MALAM

Cuci muka sebaik bangun tidur dan sebelum tidur.

Ia akan menstabilkan kadar pengeluaran minyak semula jadi di kulit muka.

4. CUCI DENGAN AIR BERSUHU BILIK

Elakkan guna air panas untuk mencuci muka.

Ini adalah kerana, ia boleh menyebabkan kerosakan pada kulit dan membantu hilangkan kulit berminyak secara semula jadi pada muka.

5. GUNA TONER DI BAHAGIAN YANG BERMINYAK SAHAJA

Pastikan penggunaan toner hanya di bahagian yang berminyak sahaja.

6. BAWA ‘ASTRINGENT PAD’

Jika anda tiada kesempatan untuk mencuci muka pada waktu tertentu, guna astringent pad kerana ia dapat membantu hilangkan kulit berminyak dengan pantas.

7. PAKAI ‘CLAY MASK’

Amalkan penggunaan clay mask sebulan sekali.

Ia mengeringkan kulit muka secara tak langsung membantu mengawal penghasilan minyak berlebihan pada kulit muka.

8. ELAK MOISTURIZER YANG MENGANDUNGI PETROLEUM

Petroleum dan shea butter memang bagus untuk kulit yang kering tetapi bukan untuk yang berminyak.

Ini kerana ia akan menambahkan lagi pengeluaran minyak pada kulit muka.

Periksa label dulu sebelum membeli.

9. PILIH MOISTURIZER YANG MENGANDUNGI DIMETHICONE

Beli moisturizer yang oil-free dan mengandungi dimethicone.

Ia memberi penampilan matte effect yang menawan sekali gus dapat melindungi serta hilangkan kulit berminyak.

Cari juga yang berlabel non-comedogenic dan non-acnegenic kerana ia mengandungi bahan yang tidak akan menyebabkan jerawat.

10. ELAK MAKANAN YANG MENGHASILKAN MINYAK

Makanan yang tinggi lemak, gula dan garam penyumbang kepada muka berminyak, begitu juga produk tenusu.

Hadkan pengambilan makanan sebegini untuk elakkan muka berminyak.

11. AMBIL MAKANAN TINGGI FIBER

Seperti buah-buahan dan sayur-sayuran. Buah-buahan sitrus terutamanya sangat bagus untuk mengurangkan penghasilan minyak berlebihan.

Sebaiknya makan sayur-sayuran yang direbus atau dikukus.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*