Connect with us

Islamik

Inilah 7 Amalan Untuk Membantu Kita Bersedia Untuk Menghadapi Kema tian

Published

on

Sesiapa pun tidak dapat menduga bilakah saat kema tian mereka akan tiba. Sebab itu ramai yang masih leka dan tiada persediaan ‘menanti’ saat kema tian mereka.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Setiap yang hidup akan merasai ma ti, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu akan kembali.” (Surah al-Anbiyak ayat 35)

Hidup dizaman kemajuan ICT dan dunia tanpa sempadan, kejadian ma ti mengejut dan ma ti ditimpa musibah adalah sesuatu perkara biasa. Di negara kita sendiri kema tian disebabkan kemalangan jalan raya, ma ti disebabkan sakit jantung dan ma ti dibunuh (samaada kerana rompakan atau dendam) adalah beberapa kes kema tian mengejut yang sering berlaku setiap hari.

Soalannya, apakah persiapan kita bila ma ti datang mengejut? Adakah kita telah membuat persiapan sekiranya saat kema tian itu datang? Ketika itu apakah yang dapat kita bawa bersama sebagai teman setia yang akan membantu kita menghadapi saat getir di alam barzakh?

Terdapat tujuh amalan atau persiapan yg perlu kita lakukan sebelum ajal datang menjelma, maksudnya kita dah buat persiapan awal tanpa kita tunggu masa yg sesuai, selagi boleh kita buat kita terus buat.

Amalan Pertama : Setiap hari hendaklah bertaubat dan beristighfar.

Nabi SAW bersabda maksudnya, “Wahai sekalian manusia, bertaubatlah kepada Allah dan memohonlah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya aku bertaubat dalam sehari sebanyak 100 kali” (Hadis Riwayat Muslim).

Istighfar ertinya memohon ampun kepada Allah s.w.t. Islam mengajarkan kepada umatnya agar memperbanyak istighfar. Rasulallah SAW. sendiri sehari minima 70 kali mengucapkan Istighfar (Hadis Riwayat Bukhari).
Firman Allah SWT. yang bermaksud :

“Dan tidaklah Allah akan mengazab mereka, sedang mereka meminta ampun (istighfar)” (Surah Al-Anfal ayat 33)

Amalan Kedua : Betulkan solat kita dan cuba untuk khyusuk.

Jangan lambat-lambatkan solat bagi lelaki cuba solat berjemaah dimasjid. Solat adalah amalan yg pertama disemak jika solat diterima maka amalan lain juga akan diterima.

Daripada Abu Hurairah, katanya bahawa Rasulullah saw bersabda bermaksud: “Sesungguhnya amalan yang mula-mula sekali dihisabkan seseorang pada hari kiamat mengenainya ialah solatnya, jika solatnya diterima, maka sesungguhnya beruntung dan berjayalah ia. Jika solatnya tidak diterima, maka kecewa dan rugilah ia. Jika terkurang daripadanya solat fardu sesuatu. Allah berfirman: ‘Periksalah, adakah hambaku itu mempunyai solat-solat sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang daripada solat fardu. Demikianlah keadaan amalan lain. (Hadis Riwayat Tirmizi)

Firman Allah S.W.T. maksudnya : “Sesungguhnya beruntung orang-orang yang beriman, (iaitu) orang yang khusyuk dalam solatnya, dan orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tidak berguna, dan orang yang menunaikan zakat, dan orang yang memelihara kemaluannya kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau hamba sahaya yang mereka miliki maka sesungguhnya mereka tidak tercela. Tetapi sesiapa yang cari dibalik itu (zina dan sebagainya) maka mereka itulah orang-orang yang melampau batas. Dan (sungguh beruntung) orang yang memelihara amanat-amanat dan janjinya, serta orang yang memelihara solatnya. Mereka itulah orang yang akan mewarisi (yakni) yang akan mewarisi (syurga) Firdaus. Mereka kekal didalamnya.” (Surah al-Mukminun ayat 1-11)

Amalan Ketiga: Selesaikan Semua Hutang.

Roh seorang muslim yang beriman atau pun roh seorang syuhada’ akan tergantung diantara langit dan bumi kerana hutangnya yg belum diselesaikan. Jangan tanguh-tanguh untuk membayar hutang. Apabila mempunyai wang yang cukup terus membayarnya.

Salah satu perkara yang sangat menakutkan apabila hutang itu tidak dapat diselesaikan ialah bilamana orang yang masih menanggung hutang itu ma ti atau meninggal dunia dalam keadaan hutang yang belum habis diselesaikan.

Anak-anak ,isteri dan waris-watis pula tidak tahu ataupun tidak mahu bertanggungjawab untuk menyelesaikan hutang si ma ti di mana mengikut Hadis orang yang ma ti sedangkan ia masih berhutang maka rohnya terapung-apung dilangit dan semua amalannya tergantung.

“Dari Abi Hurairah Radiallahuanhu katanya: Telah bersabda Rasulullah saw:” Roh seseorang mukmin itu tergantung-gantung (dihalang daripada tempat yang mulia) dengan sebab hutangnya sehinggalah hutangnya itu dilunaskan.”
(Riwayat Al-Imam Al-Tarmizi).

Oleh itu tulislah satu surat wasiat menyenaraikan semua hutang-hutang yang ada lengkap dengan jumlah dan nama dan alamat orang yang memberi hutang, serahkan kepada waris terdekat apabila ma ti minta warisnya tolong selesaikan supaya rohnya kembali kepada Allah SWT. dalam keadaan tenang tidak tergantung.

Kebaikan untuk orang yang menagguhkan hutang bagi yang belum mampu akan mendapat perlindungan Arasy.

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

مَنْ أَنْظَرَ مُعْسِرًا أَوْ وَضَعَ عَنْهُ أَظَلَّهُ اللَّهُ فِى ظِلِّهِ

“Barangsiapa memberi ruang waktu bagi orang yang berada dalam kesulitan untuk melunasi hutang atau bahkan membebaskan hutangnya, maka dia akan mendapat naungan Allah.” (HR. Muslim no. 3006)

Amalan Keempat :Banyakkan Bersedakah Jariyah.

Menurut istilah ulama syara’ amal jariyah juga di sebut sebagai wakaf yaitu menahan sesuatu yang boleh dimanfaatkan bagi tujuan kemaslahatan serta kekal zatnya sebagai ( taqarrub) pendekatan diri terhadap Allah.
Hukum melakukannya adalah sunat.

Firman Allah Ta’ala yang berbunyi :

لن تنالوا البر حتى تنفقوا مما تحبون وما تنفقوا من شيء فإن الله به عليم

Maksudnya : Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan (yang sempurna), sebelum kamu menafkahkan sebahagian harta yang kamu cintai. Dan apa saja yang kamu nafkahkan, maka sesungguhnya Allah mengetahuinya. (Surah Ali ‘Imran, ayat 92)

Amal jariyah merupakan amalan yang terpuji disisi Allah antaranya ialah membangun masjid , sekolah agama, maahad tahfiz, rumah anak-anak yatim, mewakafkan kitab-kitab bermanfaat kepada masjid dan lain-lain lagi. Perkara ini ada disebutkan dalam hadith, riwayat Ibn Majah bahawa Rasulullah SAW bersabda yang kira-kira bermaksud:

”Sesungguhnya amal dan kebaikan yang terus mengiringi seseorang ketika meninggal dunia adalah ilmu yang bermanfaat, anak yang dididik agar menjadi orang soleh, mewakafkan Al-Quran, masjid, membangun tempat penginapan bagi para musafir, membuat irigasi, dan bersedekah.” (HR Ibn Majah).

Berikut disenaraikan antara fadilat-fadilat amal jariyah berbentuk sedekah ialah :

Bersedekah merupakan jalan kepada pintu-pintu kebaikan dan menutup pintu-pintu kejahatan.
Ikhlasnya bersedekah dapat meringankan kesusahan seseorang.
Harta orang yang bersedekah tidak akan berkurangan malah ianya akan bertambah.
Dengan bersedekah, kita akan terhindar dari bala dan umur juga diberkati serta menjadi panjang.
Merahsiakan sedekah memadam kemurkaan Allah manakala sedekah secara terang-terangan pendinding api neraka.
Amalan Kelima : Sebarkan Ilmu Yang Bermanfaat

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah bersabda maksudnya: “Barang siapa yang berjalan disitu ia mencari ilmu maka Allah akan memudahkan baginya jalan ke syurga. (Hadith Riwayat Muslim)

Menuntut ilmu adalah amat digalakkan tidak kiralah ilmu pengetahuan itu berbentuk keagamaan mahupun saintifik atau ekonomi. Apa jua ilmu bermanfaat yang telah kita pelajari sewajarnya kita aplikasikan dalam kehidupan seharian. Dan amat beruntung lagi jika ilmu sedemikian disebarkan dan diajarkan dengan meluasnya kepada orang ramai bersesuaian dengan sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam :

بلغوا عني ولو ءاية
Bermaksud : “Sampaikanlah dariku walau sepotong ayat.”
(Hadis Riwayat Ibnu Majah daripada Abu Hurairah)

“Pelajarilah oleh kamu ilmu faraidh itu, kerana ia adalah sebahagian daripada agama dan ia adalah setengah daripada ilmu. Ia juga adalah ilmu yang pertama dicabut daripada umatku”
Firman Allah Subhanahu Wataala :

قال فإن اتبعتنى فلا تسألنى عن شيء حتى أحدث لك منه ذكرا

Ertinya : Dia berkata (selaku guru), jika kamu ingin ikutiku maka jangan kamu bertanya apa-apa sehinggalah aku menceritakannya kepadamu.” ( Surah Al-Kahfi, ayat 70)

Ayat ini tidak bermaksud kita sebagai murid tidak boleh bertanya semasa waktu pembelajaran, namun adab yang dimaksudkan di sini hendaklah dengan cara meminta izin terlebih dahulu.

Hadith Riwayat Abu Daud dan at-Tirmidzi ada mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Sesiapa yang ditanya tentang ilmu lalu dia menyembunyikannya akan diikat mulutnya (meletakkan kekang di mulutnya seperti kuda) dengan kekang dari api neraka pada Hari Kiamat.”

Sekiranya mempunyai ilmu, perlulah ilmu tersebut diajarkan dan disebarkan kepada umat Islam supaya ilmu tersebut boleh dimanfaatkan. Penyebaran ilmu boleh dibuat melalui internet, ceramah, penulisan buku atau risalah dan pengajian di sekolah-sekolah dan masjid-masjid.

Amalan Keenam : Mendidikkan Anak-anak Yang Soleh.

Ibu bapa mempunyai amanah yang besar dalam mendidik anak-anak mereka. Jika baik tarbiyahnya maka solehlah anak tersebut namun jika sebaliknya, akan mendatangkan kerugian kepada diri mereka sendiri.
Diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari, dari Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu, Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda, maksudnya:

“Setiap anak dilahirkan atas fitrah, maka kedua ibu bapanyalah yang meyahudikannya atau menasranikannya atau memajusikannya”.

Anak merupakan amanah Allah yang amat bernilai kepada kita bagi mencorak dan melahirkan generasi yang bakal menjelajahi dunia yang penuh cobaan. Didikan agama yang betul adalah amat dititik beratkan. Insyaallah anak yang soleh, baik budi pekerti dan agamanya bukan sahaja menjadi harapan bangsa dan masyarakat Islam malah kepentingannya kembali kepada orang tuanya itu sendiri. Dengan ini, tidak rugilah mereka yang mempunyai anak yang soleh dan solehah kerna mereka lah yang akan sentiasa mendoakan orang tuanya setelah mereka meninggal dunia dan berikutan ini bertambahlah pahala orang tua tersebut hanya kerana sebuah doa dari anaknya.
Didiklah anak-anak kita semuanya supaya menjadi anak-anak yang soleh dan solehah yang akan mendoakan kita sekiranya kita telah berada dialam barzakh.

Amalan Ketujuh : Meminta maaf kepada semua orang yang kita melakukan dosa kepada mereka.

Dari Abu Sa’id Al-Khudri r.a., bahawa Nabi S.A.W. bersabda: “Tidak ada seseorang yang melakukan sesuatu perbuatan aniaya terhadap orang lain di dunia dengan tidak menyerah dirinya kepada orang itu untuk membalasnya, niscaya Tuhan akan menyerahkannya kepada orang itu supaya membalasnya pada hari kiamat.” (Hadis Riwayat Baihaqi)

Tidak perlu menunggu Hari Raya. Dosa mengumpat, memfitnah, menyakiti hati orang dan mengambil hak mereka. Jika kita telah terambil hak atau barang-barang mereka maka pulangkanlah.

Anak segeralah memohon ampun kepada kedua ibu bapa.
Isteri hendaklah segera memohon ampun kepada suami.
Murid hendaklah memohon kemaafan kepada guru-guru.
Kita hendaklah memohon maaf kepada saudara-mara, jiran tetangga, sahabat handai, rakan sekerja dan sesiapa saja yang kita rasa telah melakukan dosa kerana Allah SWT tidak akan mengampunkan dosa yang dibuat sesama manusia.
Kesimpulannya :
Amalkanlah tujuh perkara tersebut sebagai usaha-usaha kita semasa di dunia ini supaya apabila kita bertemu Allah SWT di alam barzakh dan hari akhirat nanti kita telah membuat sesuatu yang dapat membantu kita dan menyelamatkan kita daripada halangan dan gangguan untuk mendapat keampunan di sisi Allah SWT.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Islamik

Wanita Dalam Tempoh ‘Iddah’, Ketahuilah Batasan Ini Dalam Memuliakan Wanita

Published

on

Wanita Dalam Tempoh ‘Iddah’, Ketahuilah Batasan Ini Dalam Memuliakan Wanita

Perkataan ‘iddah’ adalah sinonim dengan penceraian, sama ada cerai hidup atau cerai mati. Iddah hanya dikenakan kepada golongan wanita sahaja bagi tujuan memuliakan wanita Islam itu sendiri.

Iddah adalah bertujuan untuk mengelakkan percampuran benih antara suami dahulu dengan suami yang baharu (akan) dikahwininya.

Selain itu, iddah juga merupakan tempoh dalam memberi ruang kepada pasangan untuk berfikir dan menilai semula segala kesilapan serta tindakan mereka, seterusnya membuka peluang untuk mereka rujuk dan berbaik semula.

Sebab wajib iddah terbahagi kepada dua bahagian iaitu:

  1. Perceraian pasangan semasa hidup
  2. Kematian suami

Setiap bahagian iddah tersebut mempunyai pengiraan tersendiri yang akan menentukan tempoh iddah seseorang wanita tersebut. Pengiraan iddah terbahagi kepada tiga iaitu:

  • Iddah dengan kiraan suci (quru’)
  • Iddah dengan kiraan bulan
  • Iddah dengan kelahiran atau keguguran kandungan

1. Batasan Hukum Talak Raj’ie

Talak raj’e ialah talak yang memberi hak kepada suami untuk kembali rujuk kepada isterinya selagi dalam tempoh iddah

  • Tidak boleh menerima pinangan lelaki ajnabi. Hukumnya adalah haram.
  • haram berkahwin dengan lelaki ajnabi. Perkahwinan dalam tempoh tersebut adalah tidak sah.
  • Tidak dibenarkan keluar rumah kecuali diizinkan suami.
  • Tidak dibenarkan berpindah atau tinggal di rumah lain yang bukan menjadi kebiasaannya tinggal. Suami dilarang menghalau keluar isteri yang diceraikan kecuali jika terdapat kemudaratan. Suami juga wajib menanggung semua nafkah isteri termasuk tempat tinggal. Firman Allah s.w.t:

“JANGANLAH KAMU MENGELUARKAN MEREKA DARI RUMAH-RUMAH KEDIAMANNYA (SEHINGGA SELESAI IDDAHNYA), DAN JANGANLAH PULA (DIBENARKAN) MEREKA KELUAR (DARI SITU), KECUALI (JIKA) MEREKA MELAKUKAN PERBUATAN KEJI YANG NYATA.”
SURAH AL-TALAK:1

  • Tidak boleh berkabung. Sebaliknya dituntut untuk berhias kepada suaminya sebagai dorongan untuk rujuk semula.

2. Batasan Hukum Semasa Dalam Tempoh `Iddah Talak Ba’in

Talak ba’in adalah talak yang tidak memberi hak kepada suami untuk rujuk kepada isteri yang diceraikan kecuali dengan mahar dan akad yang baharu.

  • Haram menerima pinangan lelaki ajnabi.
  • Haram berkahwin dengan lelaki ajnabi. Perkahwinan dalam tempoh tersebut adalah tidak sah.
  • Tidak dibenarkan keluar rumah kecuali dalam batas yang diperlukan sahaja. Seperti bekerja, mendapatkan rawatan atau keperluan yang mendesak sahaja. Menunaikan haji dan bermusafir juga adalah perbuatan yang dilarang.
  • Tidak dibenarkan berpindah atau tinggal di rumah lain yang bukan menjadi kebiasaannya. Sepanjang tempoh iddah dengan talak ba’in, bekas suami masih wajib menyediakan tempat tinggal dan dilarang menghalau isteri (yang diceraikan) kecuali jika terdapat bahaya dan kemudaratan.
  • Disunatkan berkabung dan tidak berhias kerana dibimbangi mendorong kepada maksiat dan fitnah.

3. Batasan Hukum Semasa Dalam Iddah Kematian Suami

  • Haram menerima pinangan lelaki ajnabi.
  • Haram berkahwin dengan lelaki ajnabi. Perkahwinan dalam tempoh tersebut adalah tidak sah.
  • Tidak dibenarkan keluar rumah termasuk untuk bermusafir, kecuali dalam had yang diperlukan sahaja.
  • Antara keperluan penting yang dibolehkan adalah untuk bekerja, mendapatkan rawatan, membeli barangan asasi (sekiranya tidak orang lain yang boleh melakukannya) dan keperluan mendesak lain, dengan syarat menjaga peraturan yang disyariatkan Islam. Waktu untuk keluar pula adalah pada siang hari, kecuali terpaksa.
  • Berpindah atau tinggal di rumah lain yang bukan menjadi kebiasaannya sepanjang tempoh perkahwinan, kecuali terdapat bahaya dan mudarat seperti kebakaran dan tanah runtuh.
  • Wajib berkabung sepanjang tempoh iddah, iaitu wajib meninggalkan semua perkara yang berhias, seperti:
  1. Berpakaian terang atau berwarna-warni dan menarik perhatian
  2. Mengenakan barangan kemas (walau sebentuk cincin, rantai, gelang dan perhiasan yang diperbuat daripada emas, perak dan permata)
  3. Memakai wangian pada badan, rambut dan pakaian.
  4. Bersolek (memakai celak, berinai dan memakai minyak rambut) serta perbuatan berhias lain pada pandangan masyarakat terdekat.

*Perintah berkabung ini hanya dikhususkan kepada suruhan meninggalkan hiasan pada tubuh badan dan pakaian sahaja, tidak termasuk tempat tinggal, bilik tidur dan sebagainya. Ini juga tidak bermakna berkabung dengan mengabaikan kebersihan dan kesihatan diri serta ahli keluarga.

HAK-HAK ISTERI YANG DICERAIKAN

Isteri yang berada dalam iddah Raj’ie berhak mendapat nafkah dan tempat tinggal selama tempoh iddah. Manakala Isteri yang berada dalam iddah Bain adalah seperti berikut :

  • Isteri yang tidak hamil hanya berhak mendapat tempat tinggal
  • Isteri yang hamil berhak mendapat tempat tinggal dan nafkah
  • Isteri yang kematian suami berhak mendapat tempat tinggal sebagaimana semasa kematian suaminya.
Continue Reading

Islamik

Ini Sebab Rasulullah Menyuruh Kita Bersihkan Tempat Tidur Sebelum Duduk Atau Baring

Published

on

Ini Sebab Rasulullah Menyuruh Kita Bersihkan Tempat Tidur Sebelum Duduk Atau Baring

Sudahkah kita membiasakan diri mengibaskan tempat tidur dengan kain atau sarung sebelum kita duduk dan tidur di atas katil kita? Tentunya sambil mengucapkan BISMILLAH.

Ternyata ada fakta saintifik di sebaliknya sunnah bersihkan tempat tidur yang tentu sahaja pada kesihatan tubuh kita. Juga apakah ada rahsia lain yang berkaitan dengan alam ghaib mengenai hal ini?

Oleh sebab itu jangan sampai kita meremehkan sunnah bersihkan tempat tidur sebelum tidur ya Dari sahabat Abu Hurairah ra Rasulullah Shallahu ‘alaihi wasallam bersabda

“Apabila salah seorang dari kalian hendak berbaring di tempat tidurnya hendaklah ia kibas-kibas tempat tidurnya itu dengan sarungnya. Kerana dia tidak tahu apa yang terjadi pada tempat tidurnya setelah ia tinggalkan sebelumnya.”

(HR Bukhari Muslim) Hadis lain sebagai tambahan “Bagi orang yang bangun dari tempat tidurnya kemudian kembali lagi maka dianjurkan untuk mengibasinya kembali.” (Sebagaimana hadis riwayat Tirmidzi. 3410)

Sekurang-kurangnya ada dua alasan penting yang menyebabkan kita perlu bersihkan tempat tidur dengan mengibaskan kain sarung ke atas tilam yang akan kita tiduri:

1. Adanya kuman penyakit yang hinggap di tilam, bantal dan selimut yang kita gunakan Bahwa setiap orang tidur di atas tilam pastinya ada sel-sel mati di tubuhnya yang berjatuhan di tempat tidur dan pada saat seseorang itu terjaga dari tidurnya sel-sel tersebut tertinggal di situ.

Ketika orang tersebut kembali tidur tapi tidak terlebih dahulu membersihkan tilam yang akan diduduki kemungkinan besar ada kuman tak terlihat yang memakan sel-sel mati tersebut di atas tilam, selimut dan bantal yang kita gunakan.

Oleh sebab itu sangat penting untuk mengibas atas katil terlebih dahulu untuk memastikan kuman tersebut hilang.

2. Adanya makhluk ghaib yang tidur di atas katil tersebut, yakni jin jahat atau syaitan Tidak ada satu tilam pun yang terbentang di dalam suatu rumah yang tidak ditiduri oleh manusia, kecuali syaitan akan tidur di atas tilam tersebut.

Orang yang beriman kepada yang ghaib pasti menyedari bahawa kita hidup bersama dengan makhluk ciptaan Allah yang lain yang tak terlihat mata kasar. Oleh sebab itu melakukan sunah mengibas-ngibaskan tempat tidur dengan sarung sebelum tidur sambil membaca Bissmillah insyaaAllah mampu menghindarkan kita dari godaan syaitan yang terkutuk. Sunnah yang mudah namun berfadilat besar. Wallaahualam.

Sunnah sebelum tidur kita bersihkan tempat tidur:

Continue Reading

Islamik

Nikahi Seorang Pel4cur, Lelaki Ini Nak Merubahnya Jadi Baik Tapi “Saya Pulang Ke Rumah Dan Terdengar Suara Lelaki Dari Dalam Bilik Saya”

Published

on

Nikahi Seorang Pel4cur, Lelaki Ini Nak Merubahnya Jadi Baik Tapi “Saya Pulang Ke Rumah Dan Terdengar Suara Lelaki Dari Dalam Bilik Saya”

Jakarta: Bagaikan kisah dalam drama televisyen, seorang lelaki di Lumajang, Jawa Timur sanggup menikahi seorang pekerja s*ks.

Lelaki itu mengambil keputusan sedemikian kerana percaya wanita dicintainya itu bakal berubah menjadi individu yang lebih baik.

Namun, impiannya musnah dalam sekelip mata selepas menyaksikan kecurangan isteri di hadapan matanya sendiri.

Tribun News melaporkan semuanya terbongkar selepas lelaki itu menemui isteri dan teman lelaki wanita itu dalam bilik rumah mereka.

Ketika itu, isterinya dalam keadaan tanpa seurat benang. Berang dengan apa yang dilihatnya menyebabkan lelaki terbabit bertindak menghayunkan sabit yang ada bersamanya ke arah teman lelaki isterinya.

“Selesai menebas rumput, saya pulang ke rumah dan terdengar suara lelaki dari dalam bilik saya.

“Saya masuk ke bilik untuk memeriksa dan menemui isteri bersama lelaki lain tanpa berpakaian.

“Tanpa berfikir panjang, saya terus hayunkan sabit kepada lelaki terbabit hingga terkena kepalanya ,” kata lelaki itu.

Susulan kejadian, dia cuba melarikan diri, tetapi gagal apabila ditahan polis. Jurucakap Polis Lumajang, Masykur berkata, insiden itu menyebabkan mangsa cedera pada bahagian kepala dan tangan.

Keadaannya stabil dan dia dirawat di Hospital Bhayangkara.

“Siasatan awal mendapati suspek bertindak mengikut emosi dan dia ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya.

Beliau berkata, lelaki itu akan didakwa dan berdepan hukuman penjara maksimum lima tahun kerana menyebabkan kecederaan terhadap mangsa.

Dalam pada itu, Ketua Polis Kunit, Hariyono mengesahkan bahawa isteri suspek adalah bekas pekerja s*ks.

Continue Reading

Trending