Connect with us

Islamik

Inilah 7 Punca Rumah Kita Tidak Dikunjungi Malaikat Rahmat

Published

on

Inilah di antara kebaikan atau faedah rumah yang dimasuki Malaikat Rahmat. Oleh itu setiap orang mukmin hendaklah sentiasa memelihara tiap-tiap perkara yang boleh mendekatkan dan memudahkan Malaikat Rahmat sentiasa memasuki rumah kita.

Sebaliknya, apabila malaikat tidak masuk ke dalam rumah kita, maka ditakuti pula syaitan akan mengambil tempat memasukinya. Apabila syaitan berada pada suatu tempat disebabkan terdapat maksiat yang dilakukan, maka malaikat tidak akan masuk ke tempat tersebut kerana syaitan itu adalah musuh malaikat.

Muslimin yang dirahmati Allah,

Perlu diketahui, ada banyak kriteria rumah atau tempat kediaman yang tidak dimasuki oleh Malaikat Rahmat, di antaranya ialah :

Pertama : Rumah orang yang memutuskan tali persaudaraan. Sesungguhnya menghubungkan silaturahim adalah wajib manakala memutuskannya pula adalah satu maksiat dan berdosa besar.

Kedua : Rumah orang yang menderhaka kepada kedua ibu bapa. Kewajipan anak terhadap ibu bapa ialah berbuat baik, taat dan menghormati mereka. Adapun derhaka terhadap kedua ibu bapa itu adalah sebesar-besar dosa selepas syirik kepada Allah Subhanahu Wata’ala.

Sesungguhnya keredaan Allah Subhanahu Wata’ala adalah terletak pada keredaan kedua ibu bapa terhadap anaknya dan kemurkaan Allah Subhanahu Wata’ala adalah terletak pada kebencian kedua ibu bapa terhadap anaknya.

Ketiga : Rumah orang yang memakan harta anak yatim. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda maksudnya :

“Dari Abi Hurairah Radiallahuanhu, dari Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam Baginda bersabda : Sebaik-baik rumah orang Islam ialah rumah yang tinggal di dalamnya anak yatim yang diberi layanan yang baik terhadapnya. Dan seburuk-buruk rumah orang Islam ialah rumah yang tinggal di dalamnya anak yatim yang dianiaya”. (Riwayat Al-Imam Ibnu Maajah)

Keempat : Rumah yang mempunyai anjing. Islam adalah agama yang menitikberatkan soal kebersihan dan kesucian. Adanya anjing dalam rumah seorang Muslim memungkinkan terdapatnya najis pada sekeliling atau persekitaran rumah disebabkan jilatan dan kencing anjing ataupun seumpamanya.

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda maksudnya :

“Dari Abi Talhah katanya : Aku telah mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : Tidak akan masuk malaikat ke dalam rumah yang terdapat di dalamnya anjing dan tidak pula masuk ke dalam rumah yang terdapat di dalamnya rupa patung-patungan”. (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari)

Kelima : Rumah yang mengadakan suatu majlis yang tiada di dalamnya mengingati Allah. Adapun sesuatu majlis yang tidak diisi dengan zikirullah seperti bertasbih, bertahmid, bertakbir dan sebagainya dan tidak juga diisi dengan ucapan selawat dan salam ke atas Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam.

Ia disifatkan sebagai kelalaian, kerugian dan penyesalan disebabkan hilangnya kebajikan, tidak mendapat apa-apa ganjaran atau pahala, jauh daripada Malaikat Rahmat dan bertapaknya pula syaitan dalam majlis tersebut.

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda maksudnya :

“Dari Abi Hurairah Radiallahuanhu telah berkata : Telah bersabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam : Tidaklah suatu kaum duduk dalam satu majlis di mana mereka tidak berzikir kepada Allah Subhanahu Wata’ala melainkan ditimpakan ke atas mereka pengurangan pahala”. (Riwayat Al-Imam Ahmad)

Keenam : Rumah yang banyak kedengaran di dalamnya caci maki. Contohnya mencaci maki sesama Muslim, mencaci maki orang yang telah meninggal dunia, kejadian alam, penyakit dan sebagainya. Bagi setiap Muslim dan Muslimah mestilah sentiasa memelihara atau menjaga lidahnya daripada setiap kata atau ucapan melainkan yang jelas ada manfaatnya.

Di antara rahsia di sebalik menjaga lidah itu ialah memudahkan Malaikat Rahmat mendekatkan diri kita dan datang berkunjung ke dalam rumah kita. Orang yang celupar lidahnya, suka memaki hamun, mencela dan mengutuk tidaklah disifatkan sebagai orang yang beriman sebagaimana hadis Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam maksudnya :

“Dari Abdullah telah berkata : Telah bersabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam : Seorang yang beriman itu bukanlah orang yang suka mencela, suka mengutuk, suka berbuat jahat dan bukan pula yang kotor lidahnya”. (Riwayat Al-Imam At-Termidzi)

Ketujuh : Rumah orang-orang yang dilaknat. Di antara golongan yang dimaksudkan itu ialah orang yang terlibat dengan arak dan rasuah, orang yang merubah ciptaan Allah seperti membuat tatu pada tubuh badan, mencukur atau menipis alis mata, lelaki yang menyerupai perempuan dan perempuan yang menyerupai lelaki.

Muslimin yang dirahmati Allah,

Untuk menjadikan rumah kita sentiasa dikunjungi oleh Malaikat Rahmat hendaklah kita menjauhi perkara-perkara yang dilarang dalam agama kita. Biarlah segala yang makruf itu dijadikan sebagai prinsip dan syiar dalam kehidupan kita seharian.

Sama-samalah kita berdoa mudah-mudahan Malaikat Rahmat akan sentiasa mengunjungi rumah kita dengan membawa berkat dan mendoakan kebaikan serta keselamatan terhadap diri dan keluarga kita. Amin Ya Rabbal’alamin.

Firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam Surah Al Ahzab ayat 43 tafsirnya :

“Dialah yang memberi rahmat kepada kamu dan malaikat-Nya pula berdoa bagi kamu untuk mengeluarkan kamu dari gelap-gelita (kufur dan maksiat) kepada cahaya yang terang-benderang (iman dan taat). Dan adalah Ia sentiasa melimpah-limpah rahmat-Nya kepada orang-orang yang beriman di dunia dan di akhirat”.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Islamik

Allahuakbar! Cuaca Panas Tapi Ada Segumpal Awan Melindungi J3nazah Beliau

Published

on

Allahuakbar! Cuaca Panas Tapi Ada Segumpal Awan Melindungi J3nazah Beliau

Bismillah, Pemergian tokoh pendakwah tanah air Tuan Guru Dato’ Ismail Kamus mendapat liputan meluas media perdana dan dikongsi warganet di laman sosial. Apatah pmergiannya begitu baik sekali, meninggI pada hari Jumaat, penghulu segala hari dan di bulan ramadan, sebaik-baik bulan.

Sementara itu, seorang individu bernama Ustaz Halim Din telah menceritakan pengalaman luar biasa ketika menghadiri pengebvmian almarhum Dato’ Ustaz Ismail Kamus. Berikut perkongsian beliau;

Belum Terlambat rasanya untuk menceritakan sedikit pengalaman semasa hadir ke pengkebvmian Murabbi Ummah.. Almarhum Dato’ Ustaz Ismail Kamus pagi tadi. Selama ini saya hanya membaca dan mendengar cerita tentang arwah Tuan Guru Nik Aziz dan Tuan Guru Haron Din. Tapi harini, bersaksi mata kepala sendiri.

Suasana redup dari awal pagi sehingga lah solat jnzah yang hanya dibenarkan ahli keluarga untuk solatkan jnzah Almarhum Ustaz Ismail Kamus. Semasa di tanah perkubvran pula, matahari mula memancarkan teriknya..sehinggalah van jnzah tiba.. kelihatan satu ketulan awan yang menutupi panas matahari mengiringi jnzah Almarhum…

Awan tersebut terus melindungi cahaya matahari sehinggalah jnzah diturunkan ke Iiang Iahad dan kedengaran tukang gali kubvr meminta untuk dihulurkan papan untuk menutupi Iiang Iahad, kemudian barulah awan tersebut beredar membiarkan terik matahari memancar ke bumi.

Alhamdulillah, Allah berikan peluang untuk melihat kebesaranNYA bagi balasan kepada hamba2 yang sentiasa patuh dan mulut yg sentiasa menitipkan nama kebesaranNYA, berjuang diatas jalanNYA, dan berdakwah menyebarkan agama yang suci..

Subhanallah.. tak henti2 mulut ini bertasbih memuji kebesaran sang pencipta.. Hampir juga menitis air mata mengenang bagaimana pula jika waktu kita tiba kelak.. Allaaaahuuakhbar!!

Berikut 10 mutiara kata Tuan Guru Ustaz Ismail Kamus untuk pedoman semua. Dikumpulkan oleh : Zaim Zin.

  1. “Jangan jadi macam burung unta. Burung bukan, unta pun bukan. Sama macam manusia, nak kata islam pun bukan, bukan islam pun bukan. Waktu nikah islam, m4ti pun ikut islam. Tapi, masa hidup tak nak ikut islam”
  2. “Bila kita tidur, jantung kita jalan. Bila kita berlari, jantung kita jalan. Bila kita berhenti, jantung kita jalan. Bila jantung kita berhenti, kita jalan”
  3. “Azan bermula dengan Allahuakhbar untuk menyatakan pada kita bahawa yang sebenarnya Allah lah yang Maha Besar. Diikuti dengan pengakuan tuhan yang wajib disembah ialah Allah dan akui nabi Muhammad sebagai nabi Allah. Lepas tu baru laungan ajak solat”
  4. “Ketika azan subuh kedengaran, berapa ramai yang hatinya tersentak untuk solat berjemaah? Berapa ramai yang melihat jemputan bilal tu sebagai jemputan akhirat?”
  5. “Solat adalah kerehatan. Pasal ketika solat sepatutnya kita lupakan ker3sahan, kerisauan dan kepenatan dunia ni”
  6. “Barangsiapa menanam padi, lalang akan tumbuh. Barangsiapa menanam lalang, padi tak akan tumbuh. Kalau cari akhirat, dunia akan dapat tetapi kalau cari dunia, akhirat tak akan dapat”
  7. “Ibadat jangan tunggu masa lapang. Kita yang melapangkan masa untuk ibadat”11) “Amalkan setiap hari, solat berserta solat sunat. Baca AlQuran (pagi Yasin, malam pula AlMulk, AsSajadah, dan AlWaqiah). Zikir Allah (100 kali), tahlil (300 kali), selawat (100-1000 kali), istighfar (100 kali) dan sedekah”
  8. “Sebenarnya duit yg kita derma itulah bahagian kita punya. Yang simpan dlm poket tu belum tentu lagi. Boleh jadi pomen punya, boleh jadi klinik punya, yg semestinya waris punya. Kita punya yg mana? Yg kita sedekah itulah yg kita punya”
  9. “Naik sampan kecil pun laut berombak, naik kapal besar pun tetap laut itu berombak. Adakah kita mengelak ombak Tuan-tuan? Tidak, kita tetap belayar lautan berombak itu. Begitulah juga dalam perkahwinan, ada masalah jangan lari, lalui ombak yang tetap berombak itu”
  10. “Beruk atas pokok, kalau angin ribut kencang lagi kuat dia peluk pokok tu. Tapi kalau angin sepoi-sepoi, boleh tertidur dan silap-silap jatuh beruk dari atas pokok. Dalam perkahwinan, jangan keras-keras, cakap kena lemah lembut. Para suami, ingat falsafah beruk ni”
Continue Reading

Islamik

Allahyarhamah Nurul Huda, Pelajar Malaysia Pertama Disemadikan Di Maqam Para Auliya Mesir

Published

on

Allahyarhamah Nurul Huda, Pelajar Malaysia Pertama Disemadikan Di Maqam Para Auliya Mesir

Terpanggil untuk menulis. Kemat1an kali ini sungguh istimewa bagi semua, bagai dibaratkan sepasang ibu bapa melepaskan anak pergi menghadap Syurga. Itulah yang terpapar daripada kisahnya begitu halus Allah atur. Indah tak terkata. Terkejut pun ada, hingga kata kata terakhir adalah macam tak percaya.

Apabila baru sehari kembali berpijak langkah untuk meneruskan baki pengajiannya di Mesir. Dia disahkan men1nggal dunia. Selepas mengadu sedikit sesak nafas. Mungkin itulah aj4lnya. Namun bagi ibu bapa sudah pasti merelakan perpisahan itu dibaratkan melepaskan anak mereka untuk ke Syurga. Syurga ilmu. Syurga mujahadah.

Setelah hampir 6 bulan bersama cuti di Malaysia. Rindu sudah pasti sedikit terubat setelah 2 tahun tidak balik ke Malaysia. Melepaskan anaknya di airport baru ini mungkin amat mengujakan. Gembira sudah pastinya. Anak nak sambung pengajiannya. Nak jadi alimah.

Tapi itulah janji Allah saat ajal sudah tiba. Allah menjemputnya dengan sangat teliti. Ibarat menyambut kedatangan jasad arw4h dengan sangat baik. Disemadikan di bumi Para Ambi’ak. Malah paling istimewa arw4h dikembumikan di sekitar maqam para auliyak. Masyaallah.

Apa yang dilihat, amalan arw4h sangat luar biasa. Amalan Sunatnya dia jaga rapi. Apatahlagi amalan wajib sudah semestinya lebih lagi.

Melalui pengalaman kami bermusafir ke Kelantan selepas berkuarant1n di Hotel Ibis KL. Sepanjang perjalanan itu saya diberi kesempatan berada di seat sebaris dengan arw4h. Dia duduk ‘double seat’
Saya seat single ditengah dikosongkan untuk sosial distancing. Apa yang dilihat amalannya sungguh menakjubkan.

1) Melazimi Ratib Al-Haddad.
2) Suka berqasidah sepanjang perjalanan.
3) Tasbih sentiasa di tangan.

Paling terkejut apabila tahu dari status cerita kawan kawannya, arw4h merupakan seorang yang sangat suka LAZIMI TAHAJJUD. Jarang miss.
4) Suka berdamping dengan al-Quran.
5) Solat awal waktu berjemaah di Surau Wisma.

Maka tidak dinafikan pemergiannya ada satu rahmat kepada keluarganya. Mendapat sinar gembira anaknya dimasukkan ke Syurga. Itulah yang disebutkan oleh Rasulullah;
من عاش على الشيء مات عليه
Siapa yang hidup di atas sesuatu kebaikan, mat1nya di atas kebaikan yang dia suka lakukan.

وكفى بالموت واعظة
Cukuplah kemat1an itu pengajaran kepada kita.
من خرج في طالب العلم كان في سبيل الله حتى يرجع
Sesiapa yang keluar dalam menuntut ilmu maka dia berada dalam jalan Allah sehingga dia pulang.

من أحب الشيء بعث عليه
Sesiapa yang menyukai sesuatu dia akan dibangkitkan dengan kesukaannya.
عليكم بقيام الليل فإنه من دأب صالحين من قبلكم
Wajib (sunat muakkad) ke atas kamu berqiamullail. Sesungguhnya Qiamullail itu jejak langkah orang soleh sebelum kamu.

Kata ulamak, siapa yang suka berkhidmat untuk agama dan apa yang kita suka itulah kita akan mat1. Kita akan mat1 di mana kita suka berulang alik. Kalau berulang alik ke masjid di tengah tengah tu kita akan mat1. Kalau ke tempat mengaji begitulah juga.

Begitulah kisah Sahabat Nabi SAW, Saidaina Umar mat1 dibun0h ketika solat. Saidina Othman, mat1 ketika membaca Al-Quran. Kerana amalan yang paling mereka suka buat itulah membentuk kemat1an yang mereka ukir.

Bukti kemat1annya dicem.burui ramai…

Meninggal di pagi Jumaat. Dikebumikan di sekitar maqam auliyak yang mana tidak pernah lagi pelajar Malaysia di kebum1kan di situ. Men1nggal semasa berkelana sedang bermusafir mencari ilmu di bumi Ambi’ak.

Berdasarkan hadis Nabi,
مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَمُوْتُ يَوْمَ الْجُمُعَةِ أَو لَيْلَةَ الْجُمُعَةِ إلَّا وَقَاهُ اللَّهُ فِتْنَةَ القَبْرِ
“Tidak ada seorang muslim yang mati1pada hari Jumaat atau malam Jumaat melainkan dibebaskan oleh Allah SWT daripada f1tnah (az4b) kub0r”.

مَنْ مَاتَ لَيْلَةَ الْجُمُعَةِ أَوْ يَوْمَ الْجُمُعَةِ أُجِيْرَ مِنْ عَذَابِ القَبْرِ وَجَاءَ يَوْمَ القيامةِ وَعَلَيْهِ طَابِعُ الشُّهَدَاءِ
“Barangsiapa yang mat1 pada malam Jumaat atau hari Jumaat akan dibebaskan daripada az4b kub0r dan akan datang di hari Qiyamat dan padanya tanda sebagai seorang yang syah1d”.

Siapa yang menyaksikan kemat1an di depan mata dan mengambilnya sebagai pengajaran dalam meneruskan kehidupan dirinya dan mengamalkan kebaikan yang disebutkan merekalah golongan yang beruntung.

Namun bagi siapa yang tahu kemat1an itu bakal tiba,tapi hanya sekadar tahu tidak berfikir untuk berubah jadi baik. Maka dia adalah orang yang paling bod0h sekali. Kerana disebutkan dalam Hadis Rasulullah saw…

“Orang yang cerdik adalah yang melawan n4fsunya dan beramal untuk kehidupan setelah kemat1an, sedangkan orang bod0h adalah yang mengikuti hawa n4fsunya dan berangan kepada Allah dengan pelbagai angan-angan.”

Continue Reading

Islamik

Aster0id Setinggi Burj KhaIifa Dijangka Melintasi Bumi Ahad Ini

Published

on

Aster0id Setinggi Burj KhaIifa Dijangka Melintasi Bumi Ahad Ini

TuIar baru-baru ini am@ran daripada pihak N4SA yang mengatakan bahawa sebuah aster0id gerg@si dijangka bakal ‘terb@ng’ meIintasi bumi pada hujung minggu ini.

Lap0r The Sun, batu gerg@si tersebut bergerak dengan kelajuan lebih daripada 90,000 kph.

Lebih besar dari Burj Khalifa 

 

Bukan itu sahaja, saiz aster0id gerg@si itu juga adalah berukuran 820 meter panjang yang bersamaan dengan 2,690 kaki lebih besar daripada saiz bangunan tertinggi di dunia iaitu Burj Khalifa!

Fulamak, besar tu! 

Menurut pihak pengesan N4SA, asteroid yang diberi nama sebagai 2000 W0107 itu dijngka bakal bergerak melintasi bumi pada Ahad ini.

Tak hent@m bumi, jarak 4.2 juta km dari bumi

Walau bagaimanapun, ia diramalkan tidak akan menghent4m pIanet bumi sebaliknya hanya bergerak melintasinya pada jarak yang selamat iaitu pada jarak 4.2 juta kilometer.

Walaupun jarak itu dikatakan sejauh 11 kali jarak antara bumi dengan bulan, namun ia sebenarnya berada dalam keadaan yang agak dekat menurut istilah jarak dalam ruang angkasa.

N4SA telah mendedahkan bahawa apa-apa sahaja ‘objek’ yang melepasi planet bumi pada jarak antara 190 juta kilometer, maka ia dikelaskan sebagai ‘Near Earth Object’ (NEO).

Ditemui 20 tahun yang lalu

Asteroid ini telah berjaya dijejaki oleh ahli astronomi di New Mexico pada 29 November 2000 iaitu kira-kira 20 tahun yang lalu.

Pihak N4SA telah sentiasa mengesan keberadaannya di ruang angkasa sejak daripada awal penemuannya

Lintas bumi pada pagi Ahad, 29 November

 

Selain itu, batu angkasa itu juga dijangka bakal bergerak berhampiran dengan bumi kira-kira jam 10.09 pagi GMT pada 29 November ini.

Ini bermakna, lintasan batu gerg@si 2000 W0107 ini ‘jat0h’ pada tarikh yang sama penemuannya pada kali pertama iaitu kira-kira 20 tahun yang lalu.

Wah, dah boleh sambut anniversary yang ke-20 tahun. Nasib baik tak hent@m bumi, boleh kiamat kalau kena tu. 

Continue Reading

Trending