Connect with us

Islamik

Inilah Janji dan Sumpah Iblis Terhadap Wanita Yang Ramai Wanita Tidak Tahu!

Published

on

Iblis laknatullah membisikkan kepada para wanita bahawa apa jua pakaian termasuk hijab tidak ada kaitannya dengan agama, sebaliknya ia hanya sekadar pakaian atau gaya hiasan. Apabila seorang wanita masih bertahan dengan prinsip hijabnya, maka syaitan beralih dengan strategi yang lebih halus. Bagaimanakah caranya?

Membuka Bahagian Tangan

Kebiasaannya telapak tangan sudah terbuka, maka syaitan membisikkan kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan fesyen, iaitu membuka bahagia hasta (siku hingga telapak tangan). “Ah!Tidak apa-apa, kan masih pakai tudung dan pakai baju panjang.”Begitu bisikan syaitan. Akhirnya si wanita menampakkan tangannya dan ternyata para lelaki melihatnya juga seperti biasa. Maka syaitan berbisik, “Hah,tak apa-apa kan?”

Membuka Leher dan Dada

Setelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka datanglah syaitan untuk membisikkan perkara baru lagi. “Kini buka tangan sudah menjadi lumrah, maka perlu ada peningkatan fesyen yang lebih maju lagi, iaitu terbuka bahagian atas dada kamu, tetapi jangan sebut sebagai pakaian terbuka, hanya sedikit untuk mendapatkan hawa agar tidak panas. Cubalah! Orang pasti tidak akan peduli kerana sebahagian sahaja yang terbuka.” Maka dipakailah pakaian fesyen terbaru yang terbuka bahagian leher dan dadanya dari fesyen setengah lingkaran hingga fesyen berbentuk “V”.

Berpakaian tapi Telanjang

Syaitan berbisik lagi, “Pakaianmu hanya begitu-begitu saja, cubalah fesyen yang lebih bagus! Banyak kain yang agak tipis, lalu bentuknya dibuat agak ketat biar lebih indah dan cantik dipandang.” Maka tergodalah si wanita. “Mungkin tidak ada masalah, kan potongan pakaiannya masih panjang, hanya bahan dan fesyennya sahaja yang berbeza, agar nampak lebih feminin,” begitu syaitan menokok-nambah. Maka, jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi s.a.w sebagai kasiyat ‘ariyat (berpakaian tapi telanjang).

Agak Terbuka Sedikit

Setelah para muslimah mengenakan pakaian yang ketat, maka syaitan datang lagi. “Pakaian seperti ini membuat susah berjalan atau duduk, kerana sempit, kan lebih baik dibelah hingga lutut atau mendekati peha? Dengan itu kamu lebih selesa.” Lalu dicubalah idea baru itu, dan memang benar dengan dibelah mulai dari bahaian bawah hingga lutut atau mendekati peha ternyata lebih selesa dan mudah untuk duduk atau menaiki kenderaan.

Tudung Semakin Kecil

Kini syaitan melangkah dengan tipu daya lain yang lebih “power”. Tujuannya adalah agar para wanita menampakkan bahagian auratnya. “Oh, ada yang terlupa! Kalau kamu pakai baju sedemikian, maka tudung yang besar tidak sepadan lagi. Sekarang kamu cari tudung yang lebih kecil agar serasi dan sepadan. Orang tetap akan menamakannya tudung.”

Terdedah

Si wanita ternyata selesa dengan fesyen baru yang dipakainya seharian. Syaitan datang memberi idea lagi. “Rambutmu sangat cantik. Bukankah lebih selesa jika tudungmu dilepaskan. Kamu bebas mencuba fesyen rambut yang pelbagai. Malah, kamu boleh mewarnakan mengikut warna yang kamu suka supaya kelihatan lebih menawan.” Maka, sekali lagi syaitan berjaya mempengaruhi si wanita supaya mendedahkan rambutnya.

Membuka Seluruh

Syaitan kembali berbisik, “Kalau langkah kakimu masih kurang selesa, maka cubalah kamu cari fesyen yang lebih menarik. Bukankah kini banyak skirt separuh betis dijual di pasaran? Tidak usah terlalu terdedah, hanya kira-kira 10 sentimeter sahaja. Nanti kalau kamu sudah biasa, baru cari fesyen yang di atas paras lutut”

Benar-benar bisikan syaitan telah menjadi penasihat peribadinya. Maka terbiasalah dia memakai pakaian terdedah. Terkadang si wanita berfikir, apakah ini tidak bersalahan dengan agama? Namun bisikan syaitan menyahut, “Ah, jelas tidak bersalahan. Kan sekarang zaman sudah semakin moden. Kamu hanya mengikut arus fesyen masa kini.”

“Tetapi, apakah ini tidak menjadi fitnah bagi kaum lelaki?” hati si wanita curiga. “Fitnah? Ah, kalau kaum lelaki melihat bahagian tubuh wanita yang terbuka, malah senang dan mengatakan ooh atau wow, bukankah ini bererti sudah tidak ada fitnah lagi, kerana sama-sama suka?” syaitan menghasut.

Begitulah sesuatu yang seakan-akan mustahil untuk dilakukan. Namun syaitan tidak pernah berhenti membisikkan hasutan-hasutan jahat sehingga ke saat kematian seorang anak Adam itu. Hingga pada suatu ketika nanti akan muncul idea untuk mandi di kolam renang atau di pantai secara terbuka, di mana hanya dua bahagian sahaja yang ditutupi iaitu kemaluan dan buah dada!!!

Ingatlah, syaitan laknatullah hanya pandai menjanjikan kita dengan janji-janji palsu yang halus dan memikat, janji untuk keseronokan dunia, tetapi sebenarnya janji itu palsu dan racun yang mematikan! Nauzubillah…Peringatan Buat Wanita…

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Islamik

Wanita Dalam Tempoh ‘Iddah’, Ketahuilah Batasan Ini Dalam Memuliakan Wanita

Published

on

Wanita Dalam Tempoh ‘Iddah’, Ketahuilah Batasan Ini Dalam Memuliakan Wanita

Perkataan ‘iddah’ adalah sinonim dengan penceraian, sama ada cerai hidup atau cerai mati. Iddah hanya dikenakan kepada golongan wanita sahaja bagi tujuan memuliakan wanita Islam itu sendiri.

Iddah adalah bertujuan untuk mengelakkan percampuran benih antara suami dahulu dengan suami yang baharu (akan) dikahwininya.

Selain itu, iddah juga merupakan tempoh dalam memberi ruang kepada pasangan untuk berfikir dan menilai semula segala kesilapan serta tindakan mereka, seterusnya membuka peluang untuk mereka rujuk dan berbaik semula.

Sebab wajib iddah terbahagi kepada dua bahagian iaitu:

  1. Perceraian pasangan semasa hidup
  2. Kematian suami

Setiap bahagian iddah tersebut mempunyai pengiraan tersendiri yang akan menentukan tempoh iddah seseorang wanita tersebut. Pengiraan iddah terbahagi kepada tiga iaitu:

  • Iddah dengan kiraan suci (quru’)
  • Iddah dengan kiraan bulan
  • Iddah dengan kelahiran atau keguguran kandungan

1. Batasan Hukum Talak Raj’ie

Talak raj’e ialah talak yang memberi hak kepada suami untuk kembali rujuk kepada isterinya selagi dalam tempoh iddah

  • Tidak boleh menerima pinangan lelaki ajnabi. Hukumnya adalah haram.
  • haram berkahwin dengan lelaki ajnabi. Perkahwinan dalam tempoh tersebut adalah tidak sah.
  • Tidak dibenarkan keluar rumah kecuali diizinkan suami.
  • Tidak dibenarkan berpindah atau tinggal di rumah lain yang bukan menjadi kebiasaannya tinggal. Suami dilarang menghalau keluar isteri yang diceraikan kecuali jika terdapat kemudaratan. Suami juga wajib menanggung semua nafkah isteri termasuk tempat tinggal. Firman Allah s.w.t:

“JANGANLAH KAMU MENGELUARKAN MEREKA DARI RUMAH-RUMAH KEDIAMANNYA (SEHINGGA SELESAI IDDAHNYA), DAN JANGANLAH PULA (DIBENARKAN) MEREKA KELUAR (DARI SITU), KECUALI (JIKA) MEREKA MELAKUKAN PERBUATAN KEJI YANG NYATA.”
SURAH AL-TALAK:1

  • Tidak boleh berkabung. Sebaliknya dituntut untuk berhias kepada suaminya sebagai dorongan untuk rujuk semula.

2. Batasan Hukum Semasa Dalam Tempoh `Iddah Talak Ba’in

Talak ba’in adalah talak yang tidak memberi hak kepada suami untuk rujuk kepada isteri yang diceraikan kecuali dengan mahar dan akad yang baharu.

  • Haram menerima pinangan lelaki ajnabi.
  • Haram berkahwin dengan lelaki ajnabi. Perkahwinan dalam tempoh tersebut adalah tidak sah.
  • Tidak dibenarkan keluar rumah kecuali dalam batas yang diperlukan sahaja. Seperti bekerja, mendapatkan rawatan atau keperluan yang mendesak sahaja. Menunaikan haji dan bermusafir juga adalah perbuatan yang dilarang.
  • Tidak dibenarkan berpindah atau tinggal di rumah lain yang bukan menjadi kebiasaannya. Sepanjang tempoh iddah dengan talak ba’in, bekas suami masih wajib menyediakan tempat tinggal dan dilarang menghalau isteri (yang diceraikan) kecuali jika terdapat bahaya dan kemudaratan.
  • Disunatkan berkabung dan tidak berhias kerana dibimbangi mendorong kepada maksiat dan fitnah.

3. Batasan Hukum Semasa Dalam Iddah Kematian Suami

  • Haram menerima pinangan lelaki ajnabi.
  • Haram berkahwin dengan lelaki ajnabi. Perkahwinan dalam tempoh tersebut adalah tidak sah.
  • Tidak dibenarkan keluar rumah termasuk untuk bermusafir, kecuali dalam had yang diperlukan sahaja.
  • Antara keperluan penting yang dibolehkan adalah untuk bekerja, mendapatkan rawatan, membeli barangan asasi (sekiranya tidak orang lain yang boleh melakukannya) dan keperluan mendesak lain, dengan syarat menjaga peraturan yang disyariatkan Islam. Waktu untuk keluar pula adalah pada siang hari, kecuali terpaksa.
  • Berpindah atau tinggal di rumah lain yang bukan menjadi kebiasaannya sepanjang tempoh perkahwinan, kecuali terdapat bahaya dan mudarat seperti kebakaran dan tanah runtuh.
  • Wajib berkabung sepanjang tempoh iddah, iaitu wajib meninggalkan semua perkara yang berhias, seperti:
  1. Berpakaian terang atau berwarna-warni dan menarik perhatian
  2. Mengenakan barangan kemas (walau sebentuk cincin, rantai, gelang dan perhiasan yang diperbuat daripada emas, perak dan permata)
  3. Memakai wangian pada badan, rambut dan pakaian.
  4. Bersolek (memakai celak, berinai dan memakai minyak rambut) serta perbuatan berhias lain pada pandangan masyarakat terdekat.

*Perintah berkabung ini hanya dikhususkan kepada suruhan meninggalkan hiasan pada tubuh badan dan pakaian sahaja, tidak termasuk tempat tinggal, bilik tidur dan sebagainya. Ini juga tidak bermakna berkabung dengan mengabaikan kebersihan dan kesihatan diri serta ahli keluarga.

HAK-HAK ISTERI YANG DICERAIKAN

Isteri yang berada dalam iddah Raj’ie berhak mendapat nafkah dan tempat tinggal selama tempoh iddah. Manakala Isteri yang berada dalam iddah Bain adalah seperti berikut :

  • Isteri yang tidak hamil hanya berhak mendapat tempat tinggal
  • Isteri yang hamil berhak mendapat tempat tinggal dan nafkah
  • Isteri yang kematian suami berhak mendapat tempat tinggal sebagaimana semasa kematian suaminya.
Continue Reading

Islamik

Ini Sebab Rasulullah Menyuruh Kita Bersihkan Tempat Tidur Sebelum Duduk Atau Baring

Published

on

Ini Sebab Rasulullah Menyuruh Kita Bersihkan Tempat Tidur Sebelum Duduk Atau Baring

Sudahkah kita membiasakan diri mengibaskan tempat tidur dengan kain atau sarung sebelum kita duduk dan tidur di atas katil kita? Tentunya sambil mengucapkan BISMILLAH.

Ternyata ada fakta saintifik di sebaliknya sunnah bersihkan tempat tidur yang tentu sahaja pada kesihatan tubuh kita. Juga apakah ada rahsia lain yang berkaitan dengan alam ghaib mengenai hal ini?

Oleh sebab itu jangan sampai kita meremehkan sunnah bersihkan tempat tidur sebelum tidur ya Dari sahabat Abu Hurairah ra Rasulullah Shallahu ‘alaihi wasallam bersabda

“Apabila salah seorang dari kalian hendak berbaring di tempat tidurnya hendaklah ia kibas-kibas tempat tidurnya itu dengan sarungnya. Kerana dia tidak tahu apa yang terjadi pada tempat tidurnya setelah ia tinggalkan sebelumnya.”

(HR Bukhari Muslim) Hadis lain sebagai tambahan “Bagi orang yang bangun dari tempat tidurnya kemudian kembali lagi maka dianjurkan untuk mengibasinya kembali.” (Sebagaimana hadis riwayat Tirmidzi. 3410)

Sekurang-kurangnya ada dua alasan penting yang menyebabkan kita perlu bersihkan tempat tidur dengan mengibaskan kain sarung ke atas tilam yang akan kita tiduri:

1. Adanya kuman penyakit yang hinggap di tilam, bantal dan selimut yang kita gunakan Bahwa setiap orang tidur di atas tilam pastinya ada sel-sel mati di tubuhnya yang berjatuhan di tempat tidur dan pada saat seseorang itu terjaga dari tidurnya sel-sel tersebut tertinggal di situ.

Ketika orang tersebut kembali tidur tapi tidak terlebih dahulu membersihkan tilam yang akan diduduki kemungkinan besar ada kuman tak terlihat yang memakan sel-sel mati tersebut di atas tilam, selimut dan bantal yang kita gunakan.

Oleh sebab itu sangat penting untuk mengibas atas katil terlebih dahulu untuk memastikan kuman tersebut hilang.

2. Adanya makhluk ghaib yang tidur di atas katil tersebut, yakni jin jahat atau syaitan Tidak ada satu tilam pun yang terbentang di dalam suatu rumah yang tidak ditiduri oleh manusia, kecuali syaitan akan tidur di atas tilam tersebut.

Orang yang beriman kepada yang ghaib pasti menyedari bahawa kita hidup bersama dengan makhluk ciptaan Allah yang lain yang tak terlihat mata kasar. Oleh sebab itu melakukan sunah mengibas-ngibaskan tempat tidur dengan sarung sebelum tidur sambil membaca Bissmillah insyaaAllah mampu menghindarkan kita dari godaan syaitan yang terkutuk. Sunnah yang mudah namun berfadilat besar. Wallaahualam.

Sunnah sebelum tidur kita bersihkan tempat tidur:

Continue Reading

Islamik

Nikahi Seorang Pel4cur, Lelaki Ini Nak Merubahnya Jadi Baik Tapi “Saya Pulang Ke Rumah Dan Terdengar Suara Lelaki Dari Dalam Bilik Saya”

Published

on

Nikahi Seorang Pel4cur, Lelaki Ini Nak Merubahnya Jadi Baik Tapi “Saya Pulang Ke Rumah Dan Terdengar Suara Lelaki Dari Dalam Bilik Saya”

Jakarta: Bagaikan kisah dalam drama televisyen, seorang lelaki di Lumajang, Jawa Timur sanggup menikahi seorang pekerja s*ks.

Lelaki itu mengambil keputusan sedemikian kerana percaya wanita dicintainya itu bakal berubah menjadi individu yang lebih baik.

Namun, impiannya musnah dalam sekelip mata selepas menyaksikan kecurangan isteri di hadapan matanya sendiri.

Tribun News melaporkan semuanya terbongkar selepas lelaki itu menemui isteri dan teman lelaki wanita itu dalam bilik rumah mereka.

Ketika itu, isterinya dalam keadaan tanpa seurat benang. Berang dengan apa yang dilihatnya menyebabkan lelaki terbabit bertindak menghayunkan sabit yang ada bersamanya ke arah teman lelaki isterinya.

“Selesai menebas rumput, saya pulang ke rumah dan terdengar suara lelaki dari dalam bilik saya.

“Saya masuk ke bilik untuk memeriksa dan menemui isteri bersama lelaki lain tanpa berpakaian.

“Tanpa berfikir panjang, saya terus hayunkan sabit kepada lelaki terbabit hingga terkena kepalanya ,” kata lelaki itu.

Susulan kejadian, dia cuba melarikan diri, tetapi gagal apabila ditahan polis. Jurucakap Polis Lumajang, Masykur berkata, insiden itu menyebabkan mangsa cedera pada bahagian kepala dan tangan.

Keadaannya stabil dan dia dirawat di Hospital Bhayangkara.

“Siasatan awal mendapati suspek bertindak mengikut emosi dan dia ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya.

Beliau berkata, lelaki itu akan didakwa dan berdepan hukuman penjara maksimum lima tahun kerana menyebabkan kecederaan terhadap mangsa.

Dalam pada itu, Ketua Polis Kunit, Hariyono mengesahkan bahawa isteri suspek adalah bekas pekerja s*ks.

Continue Reading

Trending