Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Inilah Tanda-Tanda Dirahmati Allah atau DilaknatiNya. Subhanallah!

Antara tanda-tanda manusia dalam rahmat Allah:

1. Menjauhkan diri dari urusan dunia dan senang kepada urusan akhirat
2. Kemahuan kuat terhadap ibadat dan membaca Al Quran
3. Sedikit bicara terhadap apa yang tidak diperlukan
4. Sangat memelihara solat lima waktu
5. Menjaga diri dari yang haram dan syubhat sama ada sedikit atau banyak
6. Bersahabat dengan orang-orang soleh dan baik
7. Rendah diri
8. Bersifat dermawan yang ikhlas
9. Belas kasihan terhadap makhluk2 Allah yang lain
10. Bermanfaat kepada orang lain
11. Selalu ingat mati dan bersiap sedia menghadapinya
12. Fihrasat dan gerak hati selalunya tepat
13. Setiap tindakannya mampu mempengaruhi orang lain ke arah kebaikan
14. Sentiasa mendapat ujian Allah
15. Merasa gelisah andai melakukan kesilapan kepada Allah

Tanda-tanda manusia dalam laknat Allah:

1. Rakus terhadap harta dunia
2. Kemahuan nafsu yang kuat dan cenderung kepada kelazatan dunia
3. Perkataan yang kotor dan banyak ghibah (menceritakan cela orang lain)
4. Menganggap enteng solat lima waktu
5. Bersahabat dengan orang fasik
6. Buruk perilakunya
7. Sombong dan bangga diri
8. Enggan memberi kebaikan kepada orang lain
9. Sedikit kasih sayang terhadap orang yang beriman
10. Pengecut
11. Lupa terhadap mati
12. Tindakan selalu terpesong (iblis / syaitan) menyusahkan hidup orang lain
13. Hatinya yang kotor , fihrasatnya selalu silap
14. Tidak mendapat hidayah daripada Allah
15. Dendam (PETIKAN DARIPADA BUKU ‘KENAPA ALLAH MURKA’)

Subhanallah! Semoga kita dijauhkan dari sifat-sifat yang boleh menyebabkan Allah benci kepada kita kerana akan sukar untuk mendapatkan syurgaNya. Justeru, haruslah kita sentiasa meningkatkan ketaqwaan dan keimanan kita kepada Allah agar menjadi hamba yang lebih cemerlang dan dicintaiNya. In Shaa Allah, dengan berkat tawaduk dan kesabaran, ianya akan dibalas ganjaran syurga kelak. Sudah baca? Tunggu apa lagi? Kongsikan kepada rakan taulan. Semoga bermanfaat.

Add Comment