Connect with us

Islamik

Inilah Tempat Yang Disukai Oleh Masyarakat Jin.. Berhati-Hati…

Published

on

Rasulullah S.A.W. pernah memberitahu bahawa tempat yang paling disukai para jin adalah laut, bilik mandi, tempat yang kotor atau sampah dan sebagainya. Tandas adalah salah satu tempat di muka bumi ini yang paling digemari oleh jin, oleh sebab itu Rasulullah S.A.W. memerintahkan umatnya supaya memohon perlindungan kepada Allah dari jin, dengan membaca, “allahumma inni a’udzu bika minal khubutsi wal khaba’its” (ya, Allah,aku memohon perlindungan dari gangguan jin lelaki dan jin wanita).

Rasullullah S.A.W. telah bersabda: “Sesungguhnya pada tiap-tiap tempat pembuangan kotoran ada didatangi jin, kerana itu bila salah seorang kamu datang ke tandas maka hendaklah dia mengucapkan doa: ”Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadamu dari jin lelaki dan perempuan” (Hadith Riwayat Abu Dawud)

Para ulama’ Islam juga banyak berpendapat tentang tempat yang paling di sukai oleh jin, seperti: Quraish Shibab menjelaskan bahawa padang pasir, pergunungan, pasar dan atap rumah juga di sebut-sebut dalam banyak riyawat tempat yang paling disukai jin. Menurut Syekh Abdul Mu’nim Ibrahim, tempat hidupnya jin adalah tempat yang sepi, tetapi ada pula beberapa jin yang hidup di pulau-pulau tengah laut, padang pasir, tempat sampah atau tempat yang rosak dan di antara mereka ada juga yang hidup bersama manusia.

Dari ibnu jabir r.a mengatakan, Rasulullah S.A.W. pernah bersabda, “pada awal malam atau pada awal kalian memasuki waktu petang, lindungi anak-anak kalian kerana syaitan masuk pada waktu itu. Apabila awal malam telah berlalu, biarkan mereka dan tutuplah pintu serta sebutlah nama Allah, kerana syaitan tidak mampu terhadap pintu yang tertutup (jika di sebut dengan nama Allah ketika di tutup).” (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

Bangsa jin itu memang suka tinggal di dalam gua, laut, bukit, gunung dan hutan, atau tempat-tempat terpencil lainnya. Namun jangan terkejut, mereka juga boleh tinggal serumah dengan anda. Berikut adalah beberapa riwayat yang menjelaskan mengenai tempat tinggal jin. Tentu saja agar kita tidak mengganggu mereka dan mereka pun tidak mengganggu kita.

1 – Abu Muhammad di dalam kitabnya Al-Uzmah menceritakan satu bab khusus tentang jin dan kejadiannya. Beliau meriwayatkan satu hadist yang bersumber dari Bilal bin Al-Haris. Demikian Bilal meriwayatkan:

“Kami pernah pergi bersama Rasulullah S.A.W. dan beristirehat di suatu tempat untuk buang air. Lalu aku (Bilal bin Al-Haris) membawakan satu baldi air dan ku letakkan berdekatannya. Tiba-tiba aku mendengar suara gemuruh, iaitu suara pertempuran yang belum pernah ku dengar sebelumnya. Demikian pula bahasa yang mereka pergunakan. Setelah Rasulullah S.A.W. mengetahui kalau aku pun mendengar apa yang baginda dengar, maka sabdanya, “Jin Muslim dan Jin Musyrik sedang bertempur. Mereka bermohon kepadaku untuk mendamaikan mereka. Maka jin yang Muslim saya tempatkan di kawasan yang bernama Jalis, dan jin yang Musyrik saya tempatkan di kawasan yang bernama Ghour.”

Apakah Jalis dan Ghour itu? Ibnu Katsir menjelaskan bahawa Jalis adalah suatu tempat yang terletak di kawasan pergunungan, sedang Ghour adalah tempat antara gunung dan lautan. Ibnu Katsir seterusnya berkata, orang yang diganggu jin di Jalis kebanyakannya selamat, sedangkan yang diganggu jin di Ghour jarang sekali yang selamat.

2 – Imam Za Maksyari di dalam kitabnya Rabiul Abrar menjelaskan, bahawa masyarakat di sebuah dusun bercerita kepadanya, “Kami pernah singgah di suatu kawasan di mana terdapat ramai orang dan ada beberapa khemah. Tetapi tiba-tiba orang ramai dan khemah-khemah tersebut hilang dari pandangan kami. Kami merasa yakin bahawa orang-orang itu adalah jin, sedangkan khemah-khemah itu adalah tempat tinggal mereka.”

Beliau kemudian menegaskan, “Tidak ada satu keluarga Muslim, kecuali pada atap rumahnya terdapat jin yang Muslim pula. Bila keluarga Muslim itu telah menyiapkan makanan pagi, jin itu pun turun dan ikut makan bersama, dan bila mereka makan petang, jin itu turun dan makan petang bersama mereka. Dengan jin itu Allah Ta’ala menjaga keluarga yang Allah berkenan kepadanya.”

Dengan demikian jelas bahawa adakalanya jin itu dapat dilihat oleh manusia. Ini terjadi kerana seseorang memiliki ilmu ghaib, atau kerana jin-jin itu yang memang menyamar sebagai manusia.

3. Imam Malik dalam kitab Al-Muwattha’ meriwayatkan, bahawa ada sebuah berita yang sampai kepadanya, iaitu ketika Umar bin Khattab r.a hendak pergi ke Iraq. Ketika itu Ka’bul Akhbar berseru kepada Umar, “Wahai Amirul Mukminin, janganlah engkau pergi ke sana, sebab di Iraq terdapat banyak sihir dan banyak jin-jin yang jahat dan fasik, serta penyakit yang sukar diubati.”

Kerajaan-kerajaan jin di atas air dan lautan

Kita tinggal di atas Bumi yang merupakan 71% adalah permukaan air manakala hanya 28% daratan. Secara terangnya kita hanya menghuni hanya 1/3 dari kawasan Bumi (walaupun kita tidak menghuni secara padat). Iblis dan jin pula telah Allah ciptakan beribu-ribu tahun terlebih dahulu dari Allah mencipta Nabi Adam a.s sebagai khalifah di muka bumi ini. Menunjukkan betapa mereka sudah tersangat maju dalam sains dan teknologi sehinggakan tempat tinggal mereka berada di mana-mana termasuk di atas air.

Maka tidak hairanlah apabila kita melihat sekarang ada manusia pun yang dapat berjalan atas air, walaupun dia bukannya seorang Islam yang warak. Tidak lain dan tidak bukan semua itu adalah dengan bantuan para jin.

Dalam hadis Jabir r.a. berkata: Bersabda Rasulullah s.a.w: “Sesungguhnya iblis meletakkan singgahsananya di atas lautan (dalam riwayat lain di atar air) dan kemudian dia pun mengutus pasukannya.” (Hadith Riwayat Muslim (2813))

Perkuburan

Para jin juga ada yang suka tinggal di perkuburan. Ketahuilah, kebiasaan hantu-hantu yang dijumpai di kawasan kubur adalah jin-jin yang menyamar, bukannya roh ahli-ahli kubur tersebut. Mungkin jin-jin yang menyamar itu mahu memberi kepercayaan karut kepada manusia bahawa roh manusia berkeliaran di kubur.

Telah datang dari hadis Abu Said Al Khudri r.a. bahawa Rasulullah s.a.w, bersabda: “Permukaan bumi itu semuanya masjid (boleh dijadikan tempat untuk bersolat) kecuali perkuburan dan bilik mandi.” (Hadith Riwayat Ahmad (3/83), Abu Daud (492), Tirmidzi (317), Ibnu Hibban (1699), Al Hakim (1/251))

Berkata Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah sebagaimana yang disebutkan di dalam “Majmu Fatawa” (19/41) ketika berbicara tentang tempat-tempat jin: “Pada perkuburan itu terdapat sarana menuju kesyirikan …. Para syaitan menuntut orang yang hendak menjadi tukang sihir untuk selalu tinggal di perkuburan. Dan di sanalah para syaitan turun mendatanginya dan tukang sihir itu berulang-alik ke tempat ini. Para syaitan menuntutnya untuk memakan sebahagian orang-orang mati.”

Tempat istirehat unta

Dari Abdullah bin Mughaffal r.a. berkata, bersabda Rasulullah s.a.w: “Solatlah kalian di tempat peristirehatan (kandang) kambing dan janganlah kalian solat di tempat peristirehatan (kandang) unta kerana sesungguhnya unta itu diciptakan dari syaitan.” [Hadith Riwayat Ahmad (4/85), Ibnu Majah (769) dan Ibnu Hibban (5657) dan selainnya)]

Berkata Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah sebagaimana yang disebutkan di dalam “Majmu Fatawa” (19/41) ketika menjelaskan tentang penyebab dilarangnya solat di tempat peristirehatan unta. Penyebab (dilarangnya solat) di bilik mandi, tempat peristirehatan unta dan yang seumpamanya adalah kerana itu adalah tempat-tempat para syaitan.

Tempat pembuangan sampah dan kotoran

Berkata Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah dalam “Majmu Fatawa” (19/41): “(Para syaitan) ditemukan di tempat-tempat bernajis seperti kamar mandi dan tandas, tempat sampah, kotoran serta perkuburan.”

Tempat yang telah rosak dan diabaikan

Diriwayatkan oleh Al-Bukhari dalam “Al Adab Al Mufrad” (579) dari Tsauban r.a. berkata: Rasulullah s.a.w berkata kepadaku: “Janganlah kamu tinggal di tempat yang jauh dari pemukiman kerana tinggal di tempat yang jauh dari pemukiman itu seperti tinggal di perkuburan.”

Hadis ini hasan. Berkata lebih dari satu ulama bahawa Al Kufuur adalah tempat yang jauh dari pemukiman manusia dan hampir tidak ada seorang pun yang lalu di situ. Berkata Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah sebagaimana yang disebutkan dalam “Majmu Fatawa” (19/40-41) ketika berbicara tentang jin: “Oleh kerana itu, (para syaitan) banyak ditemui di tempat yang telah rosak dan kosong.”

Di dalam lubang-lubang

Telah datang hadis Ibnu Sarjis r.a. dia berkata: Bersabda Rasulullah s.a.w: “Janganlah salah seorang di antara kalian kencing di lubang…”

Mereka berkata kepada Qatadah: “Apa yang menyebabkan dibencinya kencing di lubang?” Dia berkata: “Disebutkan bahawa itu adalah tempat tinggalnya jin”. Hadis ini dikeluarkan oleh Ahmad (5/82), Abu Daud (29), An-Nasai (34), Al-Hakim (1/186) dan Al-Baihaqi (1/99). Lebih dari satu ulama yang membenarkan bahawa Qatadah mendengar dari Abdullah bin Sarjis r.a. (Lihat kitab “Jami’ At Tahshiil.)

Tempat-tempat berlaku syirik, bid’ah dan maksiat

Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya malaikat tidak masuk ke dalam rumah yang di dalamnya terdapat anjing dan gambar.” [Hadith Riwayat Bukhari (3226) dan Muslim (2106) dari hadis Abu Thalhah dan Aisyah Radhiyallahu ‘anhuma dan datang pula dari para sahabat yang lain).

Jika malaikat tidak masuk ke dalam rumah, maka syaitanlah yang masuk kerana malaikat adalah tentera-tentera Allah s.w.t yang diutus untuk menjaga kaum mukminin dan menolak kemudharatan dari mereka. Termasuk kebodohan adalah jika seorang muslim mengusir malaikat dari rumahnya yang menyebabkan masuknya jin dan syaitan ke dalamnya. Maka makmurkanlah rumah itu dengan zikir kepada Allah s.w.t, ibadah serta membaca Al-Quran.

Rasulullah s.a.w bersabda: “Janganlah kalian menjadikan rumah-rumah kalian sebagai perkuburan kerana sesungguhnya syaitan itu lari dari rumah yang di dalamnya dibacakan Surah Al-Baqarah.” (Hadith Riwayat Muslim (780), Ahmad (2/337), Tirmidzi (2877) dan selainnya).

Pasar-pasar

Telah datang dari Salman r.a., berkata: “Janganlah engkau menjadi orang pertama yang masuk ke pasar jika engkau mampu dan jangan pula menjadi orang paling terakhir yang keluar darinya kerana pasar itu adalah tempat peperangan para syaitan dan di sanalah ditancapkan benderanya.” (Hadith Riwayat Muslim (2451))

Di pasar atau bandar lah tempat syaitan cuba menghasut dan mengadu-domba manusia agar berbuat kejahatan dan segala macam maksiat.

Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w bersabda: “Tempat yang paling disukai oleh Allah adalah masjid dan tempat yang paling dibenci oleh Allah adalah pasar.” (Hadith Riwayat Muslim (671))

Maka untuk kita lebih disukai oleh Allah, hendaklah kita lebih suka pergi ke masjid daripada pergi ke pasar ataupun bandar. Jika terpaksa pergi ke bandar untuk membeli-belah pun, sebaik-baiknya cuba larikan diri seberapa segera yang mungkin, dan tidak terus duduk lepak-lepak di bandar kerana ianya sangat disukai oleh Syaitan.

Apa kesukaan jin dan kesukaan manusia?

Dan makhluk-makhluk halus yang terdiri dari unsur-unsur api, zarah-zarah mereka terdiri dari caj-caj elektrik, amat suka kepada tempat pertemuan antara panas dan sejuk. Dan tidak lupa jin-jin juga suka makan asap, kerana asap juga berasal dari unsur api. Seperti mana kita manusia yang sukakan minuman segar, makanan yang hangat, buah-buahan segar dan menghirup oksigen dan udara segar kerana kita ini terdiri dari 4 unsur iaitu air, api, tanah dan angin. Air pasangannya api manakala tanah pasangannya angin. Wallahu a’lam.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Islamik

Allahuakbar! Cuaca Panas Tapi Ada Segumpal Awan Melindungi J3nazah Beliau

Published

on

Allahuakbar! Cuaca Panas Tapi Ada Segumpal Awan Melindungi J3nazah Beliau

Bismillah, Pemergian tokoh pendakwah tanah air Tuan Guru Dato’ Ismail Kamus mendapat liputan meluas media perdana dan dikongsi warganet di laman sosial. Apatah pmergiannya begitu baik sekali, meninggI pada hari Jumaat, penghulu segala hari dan di bulan ramadan, sebaik-baik bulan.

Sementara itu, seorang individu bernama Ustaz Halim Din telah menceritakan pengalaman luar biasa ketika menghadiri pengebvmian almarhum Dato’ Ustaz Ismail Kamus. Berikut perkongsian beliau;

Belum Terlambat rasanya untuk menceritakan sedikit pengalaman semasa hadir ke pengkebvmian Murabbi Ummah.. Almarhum Dato’ Ustaz Ismail Kamus pagi tadi. Selama ini saya hanya membaca dan mendengar cerita tentang arwah Tuan Guru Nik Aziz dan Tuan Guru Haron Din. Tapi harini, bersaksi mata kepala sendiri.

Suasana redup dari awal pagi sehingga lah solat jnzah yang hanya dibenarkan ahli keluarga untuk solatkan jnzah Almarhum Ustaz Ismail Kamus. Semasa di tanah perkubvran pula, matahari mula memancarkan teriknya..sehinggalah van jnzah tiba.. kelihatan satu ketulan awan yang menutupi panas matahari mengiringi jnzah Almarhum…

Awan tersebut terus melindungi cahaya matahari sehinggalah jnzah diturunkan ke Iiang Iahad dan kedengaran tukang gali kubvr meminta untuk dihulurkan papan untuk menutupi Iiang Iahad, kemudian barulah awan tersebut beredar membiarkan terik matahari memancar ke bumi.

Alhamdulillah, Allah berikan peluang untuk melihat kebesaranNYA bagi balasan kepada hamba2 yang sentiasa patuh dan mulut yg sentiasa menitipkan nama kebesaranNYA, berjuang diatas jalanNYA, dan berdakwah menyebarkan agama yang suci..

Subhanallah.. tak henti2 mulut ini bertasbih memuji kebesaran sang pencipta.. Hampir juga menitis air mata mengenang bagaimana pula jika waktu kita tiba kelak.. Allaaaahuuakhbar!!

Berikut 10 mutiara kata Tuan Guru Ustaz Ismail Kamus untuk pedoman semua. Dikumpulkan oleh : Zaim Zin.

  1. “Jangan jadi macam burung unta. Burung bukan, unta pun bukan. Sama macam manusia, nak kata islam pun bukan, bukan islam pun bukan. Waktu nikah islam, m4ti pun ikut islam. Tapi, masa hidup tak nak ikut islam”
  2. “Bila kita tidur, jantung kita jalan. Bila kita berlari, jantung kita jalan. Bila kita berhenti, jantung kita jalan. Bila jantung kita berhenti, kita jalan”
  3. “Azan bermula dengan Allahuakhbar untuk menyatakan pada kita bahawa yang sebenarnya Allah lah yang Maha Besar. Diikuti dengan pengakuan tuhan yang wajib disembah ialah Allah dan akui nabi Muhammad sebagai nabi Allah. Lepas tu baru laungan ajak solat”
  4. “Ketika azan subuh kedengaran, berapa ramai yang hatinya tersentak untuk solat berjemaah? Berapa ramai yang melihat jemputan bilal tu sebagai jemputan akhirat?”
  5. “Solat adalah kerehatan. Pasal ketika solat sepatutnya kita lupakan ker3sahan, kerisauan dan kepenatan dunia ni”
  6. “Barangsiapa menanam padi, lalang akan tumbuh. Barangsiapa menanam lalang, padi tak akan tumbuh. Kalau cari akhirat, dunia akan dapat tetapi kalau cari dunia, akhirat tak akan dapat”
  7. “Ibadat jangan tunggu masa lapang. Kita yang melapangkan masa untuk ibadat”11) “Amalkan setiap hari, solat berserta solat sunat. Baca AlQuran (pagi Yasin, malam pula AlMulk, AsSajadah, dan AlWaqiah). Zikir Allah (100 kali), tahlil (300 kali), selawat (100-1000 kali), istighfar (100 kali) dan sedekah”
  8. “Sebenarnya duit yg kita derma itulah bahagian kita punya. Yang simpan dlm poket tu belum tentu lagi. Boleh jadi pomen punya, boleh jadi klinik punya, yg semestinya waris punya. Kita punya yg mana? Yg kita sedekah itulah yg kita punya”
  9. “Naik sampan kecil pun laut berombak, naik kapal besar pun tetap laut itu berombak. Adakah kita mengelak ombak Tuan-tuan? Tidak, kita tetap belayar lautan berombak itu. Begitulah juga dalam perkahwinan, ada masalah jangan lari, lalui ombak yang tetap berombak itu”
  10. “Beruk atas pokok, kalau angin ribut kencang lagi kuat dia peluk pokok tu. Tapi kalau angin sepoi-sepoi, boleh tertidur dan silap-silap jatuh beruk dari atas pokok. Dalam perkahwinan, jangan keras-keras, cakap kena lemah lembut. Para suami, ingat falsafah beruk ni”
Continue Reading

Islamik

Allahyarhamah Nurul Huda, Pelajar Malaysia Pertama Disemadikan Di Maqam Para Auliya Mesir

Published

on

Allahyarhamah Nurul Huda, Pelajar Malaysia Pertama Disemadikan Di Maqam Para Auliya Mesir

Terpanggil untuk menulis. Kemat1an kali ini sungguh istimewa bagi semua, bagai dibaratkan sepasang ibu bapa melepaskan anak pergi menghadap Syurga. Itulah yang terpapar daripada kisahnya begitu halus Allah atur. Indah tak terkata. Terkejut pun ada, hingga kata kata terakhir adalah macam tak percaya.

Apabila baru sehari kembali berpijak langkah untuk meneruskan baki pengajiannya di Mesir. Dia disahkan men1nggal dunia. Selepas mengadu sedikit sesak nafas. Mungkin itulah aj4lnya. Namun bagi ibu bapa sudah pasti merelakan perpisahan itu dibaratkan melepaskan anak mereka untuk ke Syurga. Syurga ilmu. Syurga mujahadah.

Setelah hampir 6 bulan bersama cuti di Malaysia. Rindu sudah pasti sedikit terubat setelah 2 tahun tidak balik ke Malaysia. Melepaskan anaknya di airport baru ini mungkin amat mengujakan. Gembira sudah pastinya. Anak nak sambung pengajiannya. Nak jadi alimah.

Tapi itulah janji Allah saat ajal sudah tiba. Allah menjemputnya dengan sangat teliti. Ibarat menyambut kedatangan jasad arw4h dengan sangat baik. Disemadikan di bumi Para Ambi’ak. Malah paling istimewa arw4h dikembumikan di sekitar maqam para auliyak. Masyaallah.

Apa yang dilihat, amalan arw4h sangat luar biasa. Amalan Sunatnya dia jaga rapi. Apatahlagi amalan wajib sudah semestinya lebih lagi.

Melalui pengalaman kami bermusafir ke Kelantan selepas berkuarant1n di Hotel Ibis KL. Sepanjang perjalanan itu saya diberi kesempatan berada di seat sebaris dengan arw4h. Dia duduk ‘double seat’
Saya seat single ditengah dikosongkan untuk sosial distancing. Apa yang dilihat amalannya sungguh menakjubkan.

1) Melazimi Ratib Al-Haddad.
2) Suka berqasidah sepanjang perjalanan.
3) Tasbih sentiasa di tangan.

Paling terkejut apabila tahu dari status cerita kawan kawannya, arw4h merupakan seorang yang sangat suka LAZIMI TAHAJJUD. Jarang miss.
4) Suka berdamping dengan al-Quran.
5) Solat awal waktu berjemaah di Surau Wisma.

Maka tidak dinafikan pemergiannya ada satu rahmat kepada keluarganya. Mendapat sinar gembira anaknya dimasukkan ke Syurga. Itulah yang disebutkan oleh Rasulullah;
من عاش على الشيء مات عليه
Siapa yang hidup di atas sesuatu kebaikan, mat1nya di atas kebaikan yang dia suka lakukan.

وكفى بالموت واعظة
Cukuplah kemat1an itu pengajaran kepada kita.
من خرج في طالب العلم كان في سبيل الله حتى يرجع
Sesiapa yang keluar dalam menuntut ilmu maka dia berada dalam jalan Allah sehingga dia pulang.

من أحب الشيء بعث عليه
Sesiapa yang menyukai sesuatu dia akan dibangkitkan dengan kesukaannya.
عليكم بقيام الليل فإنه من دأب صالحين من قبلكم
Wajib (sunat muakkad) ke atas kamu berqiamullail. Sesungguhnya Qiamullail itu jejak langkah orang soleh sebelum kamu.

Kata ulamak, siapa yang suka berkhidmat untuk agama dan apa yang kita suka itulah kita akan mat1. Kita akan mat1 di mana kita suka berulang alik. Kalau berulang alik ke masjid di tengah tengah tu kita akan mat1. Kalau ke tempat mengaji begitulah juga.

Begitulah kisah Sahabat Nabi SAW, Saidaina Umar mat1 dibun0h ketika solat. Saidina Othman, mat1 ketika membaca Al-Quran. Kerana amalan yang paling mereka suka buat itulah membentuk kemat1an yang mereka ukir.

Bukti kemat1annya dicem.burui ramai…

Meninggal di pagi Jumaat. Dikebumikan di sekitar maqam auliyak yang mana tidak pernah lagi pelajar Malaysia di kebum1kan di situ. Men1nggal semasa berkelana sedang bermusafir mencari ilmu di bumi Ambi’ak.

Berdasarkan hadis Nabi,
مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَمُوْتُ يَوْمَ الْجُمُعَةِ أَو لَيْلَةَ الْجُمُعَةِ إلَّا وَقَاهُ اللَّهُ فِتْنَةَ القَبْرِ
“Tidak ada seorang muslim yang mati1pada hari Jumaat atau malam Jumaat melainkan dibebaskan oleh Allah SWT daripada f1tnah (az4b) kub0r”.

مَنْ مَاتَ لَيْلَةَ الْجُمُعَةِ أَوْ يَوْمَ الْجُمُعَةِ أُجِيْرَ مِنْ عَذَابِ القَبْرِ وَجَاءَ يَوْمَ القيامةِ وَعَلَيْهِ طَابِعُ الشُّهَدَاءِ
“Barangsiapa yang mat1 pada malam Jumaat atau hari Jumaat akan dibebaskan daripada az4b kub0r dan akan datang di hari Qiyamat dan padanya tanda sebagai seorang yang syah1d”.

Siapa yang menyaksikan kemat1an di depan mata dan mengambilnya sebagai pengajaran dalam meneruskan kehidupan dirinya dan mengamalkan kebaikan yang disebutkan merekalah golongan yang beruntung.

Namun bagi siapa yang tahu kemat1an itu bakal tiba,tapi hanya sekadar tahu tidak berfikir untuk berubah jadi baik. Maka dia adalah orang yang paling bod0h sekali. Kerana disebutkan dalam Hadis Rasulullah saw…

“Orang yang cerdik adalah yang melawan n4fsunya dan beramal untuk kehidupan setelah kemat1an, sedangkan orang bod0h adalah yang mengikuti hawa n4fsunya dan berangan kepada Allah dengan pelbagai angan-angan.”

Continue Reading

Islamik

Aster0id Setinggi Burj KhaIifa Dijangka Melintasi Bumi Ahad Ini

Published

on

Aster0id Setinggi Burj KhaIifa Dijangka Melintasi Bumi Ahad Ini

TuIar baru-baru ini am@ran daripada pihak N4SA yang mengatakan bahawa sebuah aster0id gerg@si dijangka bakal ‘terb@ng’ meIintasi bumi pada hujung minggu ini.

Lap0r The Sun, batu gerg@si tersebut bergerak dengan kelajuan lebih daripada 90,000 kph.

Lebih besar dari Burj Khalifa 

 

Bukan itu sahaja, saiz aster0id gerg@si itu juga adalah berukuran 820 meter panjang yang bersamaan dengan 2,690 kaki lebih besar daripada saiz bangunan tertinggi di dunia iaitu Burj Khalifa!

Fulamak, besar tu! 

Menurut pihak pengesan N4SA, asteroid yang diberi nama sebagai 2000 W0107 itu dijngka bakal bergerak melintasi bumi pada Ahad ini.

Tak hent@m bumi, jarak 4.2 juta km dari bumi

Walau bagaimanapun, ia diramalkan tidak akan menghent4m pIanet bumi sebaliknya hanya bergerak melintasinya pada jarak yang selamat iaitu pada jarak 4.2 juta kilometer.

Walaupun jarak itu dikatakan sejauh 11 kali jarak antara bumi dengan bulan, namun ia sebenarnya berada dalam keadaan yang agak dekat menurut istilah jarak dalam ruang angkasa.

N4SA telah mendedahkan bahawa apa-apa sahaja ‘objek’ yang melepasi planet bumi pada jarak antara 190 juta kilometer, maka ia dikelaskan sebagai ‘Near Earth Object’ (NEO).

Ditemui 20 tahun yang lalu

Asteroid ini telah berjaya dijejaki oleh ahli astronomi di New Mexico pada 29 November 2000 iaitu kira-kira 20 tahun yang lalu.

Pihak N4SA telah sentiasa mengesan keberadaannya di ruang angkasa sejak daripada awal penemuannya

Lintas bumi pada pagi Ahad, 29 November

 

Selain itu, batu angkasa itu juga dijangka bakal bergerak berhampiran dengan bumi kira-kira jam 10.09 pagi GMT pada 29 November ini.

Ini bermakna, lintasan batu gerg@si 2000 W0107 ini ‘jat0h’ pada tarikh yang sama penemuannya pada kali pertama iaitu kira-kira 20 tahun yang lalu.

Wah, dah boleh sambut anniversary yang ke-20 tahun. Nasib baik tak hent@m bumi, boleh kiamat kalau kena tu. 

Continue Reading

Trending