“Isteri Saya Bukan Melayu..” Ryzal Rimas Makcik Hajah Minta Maryam Berpantang Adat Melayu

Kuala Lumpur: Bintang YouTube dari saluran DurianKimchi, Ryzal Ibrahim meminta netizen supaya memberikan ruang kepada isterinya yang juga YouTuber serta pelawak, Maryam supaya menjalani tempoh berpantang selepas melahirkan anak mengikut budayanya sebagai warga Korea Selatan.

Photo of White Beach in Boracay, Philippines

Dalam hantaran di Facebook dan Instagram, Ryzal juga menegaskan bahawa Maryam atau nama sebenarnya You Narae memeluk Islam dan bukan menukar kaumnya.

“Isteri saya bukan Melayu, bukan Cina, bukan India dan budaya negara lain tidak diwajibkan untuk dia ikuti. Maryam masuk Islam, bukan masuk (tukar) kaum. Budaya dan warisan keluarga di Korea Selatan masih miliknya walaupun dia seorang Muslimah atau saudara baru.

“Saya minta Hajjah, Makcik, Akak serta semua di sini supaya berikan ruang kepada Maryam dan hormat budaya miliknya,” tulisnya.

Dalam hantaran sama, Ryzal juga turut berkongsi mengenai beberapa proses berpantang Melayu tradisional yang turut diikuti Maryam yang juga personaliti TV itu.

“Setakat ini, Maryam menjalani pantang cara tradisional dengan bertungku, mengurut, mandi herba dan makan makanan pantang dalam pemantauan saya dan pakar berpantang yang datang rumah kami. Itu sudah memadai bagi saya dia sanggup ikut walaupun bukan budaya dia.

“Kalau budaya pantang Melayu itu wajib untuk semua kaum, adakah orang Islam di Korea Selatan, Jepun, dan Eropah akan kena ikut juga?” tulisnya.

Terdahulu, ada beberapa komen daripada netizen yang mengkritik cara Maryam yang sedang berpantang yang dianggap tidak bersesuaian. Maryam selamat melahirkan cahaya mata pertama mereka pada 21 Oktober lalu dan bayi perempuan itu diberikan nama Rina.

kredit harian metro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*