Connect with us

Islamik

Jangan Gatal Nak Kahwin Jika Anda Masih Ada Perangai Sebegini

Published

on

Bagi yang akan berkahwin mahupun bertunang, tahniah diucapkan. Usaha untuk menghalalkan hubungan amatlah dipuji, tapi please…

1. RAJIN-RAJINKAN BANGUN PAGI DAN SOLAT SUBUH

Bagi yg selalu bangun lambat tu, dah tiba masanya korang training diri korang untuk bangun awal. Lepas solat subuh, jangan tidur. Teruskan jadi orang yg produktif. Yg tak bangun solat tu, masa ni la nak berubah. Buat kaum lelaki, kalau korang tak solat, macam mana nak pimpin keluarga? Ni aku tengok sepupu aku masa balik raya ni, subuh entah ke mana. Pukul 8-9 pagi baru nak celik mata. Nak tegur susah, masing-masing dah besar. Lelaki perempuan sama je. Nanti bila sembang pasal kahwin, mula la nak tergedik gedik.

2. RAJIN-RAJINKANLAH MENGEMAS RUMAH

Rajin-rajinkan la buat kerja rumah. Lelaki pun tak terkecuali. Kau tak payah nak sembang perempuan je yg kena buat kerja rumah, kau pun kena. Zaman mak bapak atuk nenek kita ni lain, dulu memang lelaki je yg cari rezeki, perempuan duduk rumah jaga anak. Ini apa hanat nya zaman sekarang ni kalau perempuan dah la kena kerja, balik rumah kena masak cuci pinggan mangkuk basuh baju jaga anak semua? Orang laki nak goyang telur je? Come on, at least tau yg basic. Korang tolong basuh baju ke, cuci pinggan ke, gosok baju sendiri. Dah tau diri tu miskin sampai bini pun kena kerja, tolong sedar diri ye.

Yg perempuan pun jangan nak seronok lebih aku dok bash laki je. Perempuan macam mana pun kena masak. Takkan nak melantak mamak 24 jam? Ini potong sayur pun kekok, siang ikan pun tak reti, dah nak sembang pasal kahwin. Tak payah susah-susah pun, tau masak nasi dengan dua tuga lauk pun dah cukup. Lama-lama korang terer la masak.

3. PEROKOK, BELAJARLAH BERHENTI MEROKOK

Terutama yg lelaki ni, tolong la berhenti merokok. Yg perempuan, masa ni la korang nak suruh bakal imam korang berhenti. Kalau sebelum kahwin pun dia tak berhenti, alamatnya lepas kahwin nanti berasap je la rumah korang. Merokok dah la haram, membahayakan kesihatan, buang duit, apa lagi korang tunggu? Nak tunggu kena sakit jantung baru nak berhenti? Kalau jenis yg ada common sense,yg tak merokok dekat tempat awam tu, boleh diterima lagi. Ni yg merokok berdekatan budak kecik ibu mengandung, memang patut kena lempang sampai mampus je. Apa? Orang merokok ada hak? Kepala tengkorak korang. Orang tak merokok tak ada hak pulak?

4. JAGA PERGAULAN DAN AURAT KORANG

Dah tau batas pergaulan dan aurat. Bila balik raya, jaga la aurat tu. Aurat dengan sepupu korang dah sama macam aurat dengan orang awam. Yg laki, tak payah la pakai short pendek bebenor. Yg perempuan, pakai la tudung. Jangan nak buat ayat acah-acah islamik hipster “ala nanti I dah kahwin, I pakai la tudung”. Orang macam ni patut kena tanam je. Aurat ni satu, pergaulan ni satu. Dengan sepupu tak payah la nak tepuk bertampar bagai. Aku sempuk kau sekali baru tau. Bila korang dah kahwin, dah kena tau siapa yg boleh korang salam dan siapa yg tak boleh. Jangan main salam je semua makcik pakcik tu.

5. BERHENTILAH JADI PLAYBOY

Berhenti jadi playboy. Yg ni aku tak faham. Ada yg post acah-acah diabetes gitu, semoga raya tahun depan tak single lagi. Siap post gambar dengan bakal pasangan. Lepas tu pergi add jantan/minah entah dari mana. Apa kes? Kau ingat kau boleh kahwin 4? Kau cuba bagi tau bakal pasangan kau yg kau nak kahwin 4, mampus la kau tak kahwin.

6. BERHENTI JADI ATTENTION SEEKER, KURANGKAN BERSELFIE

Berhenti jadi attention seeker, terutama untuk perempuan. Ye la, muka cantik. Kulit flawless gitu, putih melepak pulak. Bila kau post selfie je, confirm jantan-jantan miang bajet ada chance ni like gambar kau. Fenomena ni aku perasan, orang bertudung litup pun sama. Dah la berpurdah, lepas tu mekap tebal dekat kening pulak. Apa tujuan kau nak berpurdah? Dah nak kahwin ni, tak payah la nak tunjuk selfie tu sangat. Simpan untuk bakal suami tu.

Tak larat nak tulis panjang-panjang dah ni, korang bukan baca pun. Pendek kata, kahwin ni bukan sekadar untuk puaskan nafsu je, tapi besar tanggungjawab nya. Semoga Allah permudahkan urusan korang. Maaf kalau terkasar bahasa.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Islamik

“Jika Kucing Selalu Ganggu Rumah Jiran, Jiran Boleh Buang Kucing Tersebut”

Published

on

“Jika Kucing Selalu Ganggu Rumah Jiran, Jiran Boleh Buang Kucing Tersebut”

Kucing sememangnya amat disukai oleh ramai orang yang membela dan memelihara binatang kesayangan Nabi ini dengan penuh kasih sayang sehinggakan mereka sanggup berhabis wang ringgit hanya semata-mata untuk memastikan haiwan comel ini dijaga dengan baik dan cukup makan segalanya.

Jangan Bela Kucing Jika  Boleh Menyusahkan Orang

Ramai yang mempunyai hobi ini dengan memelihara kucing di rumah yang terkadang ada yang menganggap binatang ini adalah rakan atau sahabat mereka. Melalu kajian ia juga dikatakan mampu menghilangkan tekanan atau stress yang dihadapi oleh mereka yang membelanya.

Walau bagaimanapun, membela haiwan ini juga mempunyai cabaran kerana kini umat Islam telah dinasihatkan jangan sekali-kali membela kucing di rumah sekiranya hobi itu boleh menimbulkan sebarang masalah dalam sesebuah keluarga atau dalam hidup berjiran.

Kucing adalah binatang yang menjadi kesayangan Nabi

Menurut Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata menerusi laporan Berita Harian, pemilik kucing haruslah menjaga haiwan-haiwan peliharaan mereka dengan terurus serta jangan membiarkan ia bebas keluar pergi ke rumah jiran dan membuang najis di situ sehingga menyusahkan jiran tetangga.

Kita wajib memastikan si comel itu tidak akan membuang najisnya merata-rata dan sebaiknya menyediakan tempat pembuangan yang khas agar ia tidak melepas merata-rata di mana saja. Jika perkara itu berlaku mungkin akan terjadi perbalahan atau pertengkaran antara anda dan jiran.

Menurut Mufti Perlis itu lagi, jika kucing seseorang itu pergi dan membuang najis di rumah jiran TIDAK BERDOSA bagi seseorang jiran itu menangkap dan membuang kucing itu ke tempat lain. Ini bermakna tidak menjadi kesalahan bagi seorang jiran yang membuang haiwan peliharaan anda itu selagi mereka tidak menyeksakannya atau mencederakan kucing tersebut.

Mohd Asri juga berkata, tidak ada sebarang hadis yang menyebut Nabi Muhammad menyuruh umatnya memelihara kucing, tetapi baginda mengingatkan supaya jangan menyeksa dan menyakitkan kucing.

Oleh itu, sebagai pecinta kucing anda diwajibkan memeliharanya dengan baik dan perlu menitikberatkan kebersihan serta memastikan haiwan ini tidak akan menyusahkan orang lain terutamanya jiran-jiran yang berdekatan. Perkara pertama yang perlu difikirkan adalah tentang najisnya dan bagaimana cara untuk menghalang kucing anda itu berak merata-rata.

Continue Reading

Islamik

Ibu bukan musllim hadiahkan sebidang tanah kepada 2 anaknya yg Muslim utk buat surau

Published

on

Ibu bukan musllim hadiahkan sebidang tanah kepada 2 anaknya yg Muslim utk buat surau

Kasih ibu tiada tandingannya. Ini kisah hebat dari Kg Gorowot, Kuala Penyu, Sabah. Perbezaan agama tidak menghal4ng seorang ibu Puan Juslian binti Ungkim untuk menghadiahkan sebidang tanah kepada 2 anaknya yang sudah memeluk Islam untuk dijadikan tapak surau.

Surau tersebut yang diberi nama Saad Abi Waqas, diusahakan oleh 2 orang anak lelakinya yang telah memeluk Islam. Bahkan, dia dan suaminya turut membantu kerja-kerja membersih dan meratakan tapak surau.

Kesungguhan Encik Chong Kun Wah, ayah kepada 2 anak yang sudah bersyahadah tersebut bagaimanapun telah mengalami sedikit keceder4an – patah kaki ketika membuat kerja menebang pokok untuk tapak surau ini.

Tahniah! Kepada keluarga ini. Saya dan YADIM bertekad untuk membantu yang termampu agar pembangunan ini dapat direalisasikan. Mari kita sama-sama berdoa agar kedua ibu bapa muallaf ini dikurniakan hidayah oleh Allah suatu hari nanti…

Sumber: Samin Ongki

Continue Reading

Islamik

Innalillahi wainna ilaihiroji’uun… Dunia Islam hilang 9 ulama dalam masa 4 hari

Published

on

Innalillahi wainna ilaihiroji’uun… Dunia Islam hilang 9 ulama dalam masa 4 hari

Innalillahi wainna ilaihiroji’uun… Pada Jumaat lepas (13.11.2020) kita kehilangan 5 orang ulama al-hafizh dari Sudan yang telah men1nggal dunia ak1bat kemal4ngan. Dan semalam, kita kehilangan lagi 4 orang ulama :

  • Sheikh Shahal
  • Sheikh Miqdad
  • Sheikh Alama Ali Halabi
  • Sheikh Abdul Rahman Al Sahim

Sejak Ramadhan tahun ini sahaja kita sudah kehilangan hampir 100 orang ulama dari seluruh pelusuk dunia. Begitulah sunnatullah, semua ulamak ini umpama paku yang menjadi pasak bumi, bila mereka sudah dipanggil mengadap Allah, maka ketahuilah bahawa Qiyamat itu sudah hampir…

“Sesungguhnya Allah tidak mencabut ilmu sekali gus daripada hamba-Nya, tetapi Dia mencabut ilmu itu dengan memat1kan para ulama, sehingga tiada lagi ulama yang tinggal.

Pada saat itu, manusia akan mengangkat pemimpin daripada kalangan orang yang bod0h. Dan ketika pemimpin itu ditanya sesuatu, maka akan keluar daripadanya fatwa yang tidak berasaskan ilmu sehingga mereka tersesat dan menyesatkan.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Kredit; Yuhanis Azam

Continue Reading

Trending