Connect with us

Islamik

Jangan Hanya Peralatkan Solat Istikharah Bila Hanya Sedang Dihanyut Cinta Yang Tak Berapa Suci

Published

on

Umat Islam disuruh mengerjakan solat sunat Istikharah bagi menyelesaikan jalan buntu atau untuk membuat suatu pilihan atau keputusan dalam segala urusan kehidupan. Tapi jika dilihat dalam masyarakat kita kini solat Istikharah kebanyakkan hanya dilakukan ketika ingin memilih pasangan yang betul untuk dikahwini. Dunia hiburan kita pernah dikejutkan dengan kenyataan seorang pengarah yang sanggup menceraikan isterinya yang merupakan seorang penyanyi dan bercinta dengan orang lain selepas perempuan itu muncul dalam Istikharah.

Perlakuan berkenaan dilihat agak keterlaluan menggunakan nama agama untuk menghalalkan apa yang tidak sepatutnya dilakukan. Seorang lelaki bernama Muhammad Rusydi telah tampil membuat teguran mengenai tingkah laku akhir zaman ini yang disifatkannya sebagai penunggang agama.

ISTIKHARAH CINTA YANG MENYIMPANG

Melalui mafhum hadis Nabi s.a.w., ”…tidak sia-sia orang yang beristikharah dan tak menyesal orang yang bermusyawarah (berbincang).”

Di zaman couple terhangat ni, di zaman A***Cenel mengangkat ikon-ikon couple untuk dicontohi ke persada viral — printscreen sweet, gaduh, rajuk pui, gambar-gambar kapel di IG — padahal semuanya belum nikah.

Maka, istikharah yang asal tujuannya suci — iaitu memohon petunjuk Ilahi, serah segala kepada-Nya. Allah penentu baik dan buruk. — tiba-tiba telah disalahgunakan para mereka yang hanyut bercinta.

Mari semak kesalahan istikharah cinta kita.

1. Mabuk cinta.

Dia buat istikharah dalam keadaan dia mabuk dilamun cinta pada seseorang itu dan seseorang itu juga berperasaan yang serupa. Kemudian, istikharah minta nama orang dicintainya.

Dia tidur dalam keadaan dia gila bayang pada si fulan itu. Resultnya, majoriti nampak orang yang diingini.

Dia mimpi nampak orang yang dia suka dalam tidurnya. Dia kata orang tu rindu dia kononlah. Padahal otak dia yang ligat fikir benda yang sama. Pasti imej itu terawang-awang dalam kepalanya.

2. Istikharah sebagai cara mengurat.

“Assalamualaikum awak. Saya istikharah dan nampak awak dalam tidur saya. Dah sebulan saya istikharah.”

Tetttt!

Kamu penunggang agama. Sebab gambar dia papar tu lawa, so dengan mainkan agama, kamu nak pancing dia. Cara kuno bro. Cuba lagi. Zaman forum iluvislam bolehlah kot.

3. Istikharah sebagai jalan berpisah.

“Saya dah istikharah dan saya nampak orang lain.”

Dah bercouple lebih setahun. Dah keluar dating dah semua. Tiba-tiba, istikharah sebagai solusi move on?

Nope.

Istikharah bersama nafsu syaitan. Dan ya, syaitan win dalam mimpimu. Nak berpisah, jangan libatkan istikharah. Bertanggungjawablah bro.

4. Cancel perkahwinan, pertunangan kerana istikharah.

Ini juga salah satu cabang syaitan. Persiapan semua dah buat. Bercinta pun sudah. Tiba-tiba di saat-saat akhir, nak cuba buat istikharah dan dalam mimpi tak nampak petanda. Buat lagi dan nampak orang lain pula.

Maka, cancel sebab istikharah.
Tak valid istikharah tu.

Teruskan saja pernikahan. Jangan hancurkan hati orang lain dan menyusahkan seluruh keluarga orang dan keluarga kita dengan mainan mimpi semata.

Sebab, tak pasti lagi mimpi itu sahih atau tidak. Utamakan realiti sebelum mimpi.Kita pendosa dan tak mustahil syaitan berupa apa saja dalam mimpi.

AKHIR KALAM

Buatlah istikharah dalam keadaan:

hati tenang
bersih dari dosa kecil dan besar
memang betul-betul harap keredhaan
tidak condong kepada mana-mana perasaan
tidak dipengaruhi keinginan hati
Istikharah adalah alternatif. Yang lebih utama adalah tindakan, usaha, tanggungjawab, amanah, akhlak, dan adakah kita sediakan diri dari sudut agama semantap mungkin ke alam perkahwinan.

Kita ada otak yang rasional. Jangan terus condong kepada mimpi yang sekali dua kita buat sedangkan dalam masa yang sama hati kita sendiri tidak suci, tindakan kita juga tidak selari dengan agama.

You syok kapel dah, tiba-tiba nak istikharah — selari celah mana?

Kamu dan dia boleh berdua bersatu. Tapi maksiat dan ibadat tiada jalan bersatu. Usah peralatkan istikharah demi cinta kita yang tak berapa suci.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Islamik

Ini Sebab Rasulullah Menyuruh Kita Bersihkan Tempat Tidur Sebelum Duduk Atau Baring

Published

on

Ini Sebab Rasulullah Menyuruh Kita Bersihkan Tempat Tidur Sebelum Duduk Atau Baring

Sudahkah kita membiasakan diri mengibaskan tempat tidur dengan kain atau sarung sebelum kita duduk dan tidur di atas katil kita? Tentunya sambil mengucapkan BISMILLAH.

Ternyata ada fakta saintifik di sebaliknya sunnah bersihkan tempat tidur yang tentu sahaja pada kesihatan tubuh kita. Juga apakah ada rahsia lain yang berkaitan dengan alam ghaib mengenai hal ini?

Oleh sebab itu jangan sampai kita meremehkan sunnah bersihkan tempat tidur sebelum tidur ya Dari sahabat Abu Hurairah ra Rasulullah Shallahu ‘alaihi wasallam bersabda

“Apabila salah seorang dari kalian hendak berbaring di tempat tidurnya hendaklah ia kibas-kibas tempat tidurnya itu dengan sarungnya. Kerana dia tidak tahu apa yang terjadi pada tempat tidurnya setelah ia tinggalkan sebelumnya.”

(HR Bukhari Muslim) Hadis lain sebagai tambahan “Bagi orang yang bangun dari tempat tidurnya kemudian kembali lagi maka dianjurkan untuk mengibasinya kembali.” (Sebagaimana hadis riwayat Tirmidzi. 3410)

Sekurang-kurangnya ada dua alasan penting yang menyebabkan kita perlu bersihkan tempat tidur dengan mengibaskan kain sarung ke atas tilam yang akan kita tiduri:

1. Adanya kuman penyakit yang hinggap di tilam, bantal dan selimut yang kita gunakan Bahwa setiap orang tidur di atas tilam pastinya ada sel-sel mati di tubuhnya yang berjatuhan di tempat tidur dan pada saat seseorang itu terjaga dari tidurnya sel-sel tersebut tertinggal di situ.

Ketika orang tersebut kembali tidur tapi tidak terlebih dahulu membersihkan tilam yang akan diduduki kemungkinan besar ada kuman tak terlihat yang memakan sel-sel mati tersebut di atas tilam, selimut dan bantal yang kita gunakan.

Oleh sebab itu sangat penting untuk mengibas atas katil terlebih dahulu untuk memastikan kuman tersebut hilang.

2. Adanya makhluk ghaib yang tidur di atas katil tersebut, yakni jin jahat atau syaitan Tidak ada satu tilam pun yang terbentang di dalam suatu rumah yang tidak ditiduri oleh manusia, kecuali syaitan akan tidur di atas tilam tersebut.

Orang yang beriman kepada yang ghaib pasti menyedari bahawa kita hidup bersama dengan makhluk ciptaan Allah yang lain yang tak terlihat mata kasar. Oleh sebab itu melakukan sunah mengibas-ngibaskan tempat tidur dengan sarung sebelum tidur sambil membaca Bissmillah insyaaAllah mampu menghindarkan kita dari godaan syaitan yang terkutuk. Sunnah yang mudah namun berfadilat besar. Wallaahualam.

Sunnah sebelum tidur kita bersihkan tempat tidur:

Continue Reading

Islamik

Nikahi Seorang Pel4cur, Lelaki Ini Nak Merubahnya Jadi Baik Tapi “Saya Pulang Ke Rumah Dan Terdengar Suara Lelaki Dari Dalam Bilik Saya”

Published

on

Nikahi Seorang Pel4cur, Lelaki Ini Nak Merubahnya Jadi Baik Tapi “Saya Pulang Ke Rumah Dan Terdengar Suara Lelaki Dari Dalam Bilik Saya”

Jakarta: Bagaikan kisah dalam drama televisyen, seorang lelaki di Lumajang, Jawa Timur sanggup menikahi seorang pekerja s*ks.

Lelaki itu mengambil keputusan sedemikian kerana percaya wanita dicintainya itu bakal berubah menjadi individu yang lebih baik.

Namun, impiannya musnah dalam sekelip mata selepas menyaksikan kecurangan isteri di hadapan matanya sendiri.

Tribun News melaporkan semuanya terbongkar selepas lelaki itu menemui isteri dan teman lelaki wanita itu dalam bilik rumah mereka.

Ketika itu, isterinya dalam keadaan tanpa seurat benang. Berang dengan apa yang dilihatnya menyebabkan lelaki terbabit bertindak menghayunkan sabit yang ada bersamanya ke arah teman lelaki isterinya.

“Selesai menebas rumput, saya pulang ke rumah dan terdengar suara lelaki dari dalam bilik saya.

“Saya masuk ke bilik untuk memeriksa dan menemui isteri bersama lelaki lain tanpa berpakaian.

“Tanpa berfikir panjang, saya terus hayunkan sabit kepada lelaki terbabit hingga terkena kepalanya ,” kata lelaki itu.

Susulan kejadian, dia cuba melarikan diri, tetapi gagal apabila ditahan polis. Jurucakap Polis Lumajang, Masykur berkata, insiden itu menyebabkan mangsa cedera pada bahagian kepala dan tangan.

Keadaannya stabil dan dia dirawat di Hospital Bhayangkara.

“Siasatan awal mendapati suspek bertindak mengikut emosi dan dia ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya.

Beliau berkata, lelaki itu akan didakwa dan berdepan hukuman penjara maksimum lima tahun kerana menyebabkan kecederaan terhadap mangsa.

Dalam pada itu, Ketua Polis Kunit, Hariyono mengesahkan bahawa isteri suspek adalah bekas pekerja s*ks.

Continue Reading

Islamik

“Eh, Ikut Neelofa Ke, Baguslah”Pakai Tudung Labuh, Ifa Raziah Nafi Sudah Berhijab

Published

on

“Eh, Ikut Neelofa Ke, Baguslah”Pakai Tudung Labuh, Ifa Raziah Nafi Sudah Berhijab

Selebriti versatil, Ifa Raziah berkongsi foto memakai niqab menerusi akaun Instagramnya Jumaat lalu. Hal itu membuat banyak pihak yang berpendapat Ifa sudah menukar penampilannya dengan menutup aurat.

Malah menerusi pemerhatian Gempak di ruangan komen entri berkenaan, ramai pengikut Ifa berasa gembira melihat ‘Diva’ kesayangan ramai itu menutup aurat dengan sempurna.

Pada masa yang sama, ada juga warganet yang menganggap Ifa mengikut jejak hos dan pelakon popular, Neelofa yang kini telah berniqab.

Meski demikian, setelah sempat memuat naik fotonya menggenakan niqab, Ifa kemudian kembali mempamerkan penampilannya seperti biasa.

Ketika dihubungi Gempak sebentar tadi, Ifa menjelaskan kekeliruan netizen mengenai penampilannya. Sambil memberitahu dirinya masih belum berpenampilan menutup aurat, Ifa menafikan perkongsiannya itu dipengaruhi oleh hijrah Neelofa.

Menurutnya, dia sering berkongsi foto menutup aurat pada setiap hari Jumaat dan berhijab sepanjang bulan Ramadhan.

“Perkongsian itu tidaklah mengikut Neelofa, tetapi kepada mereka yang mengikuti saya di media sosial, tentu mereka tahu yang saya selalu berkongsi foto menutup aurat setiap hari Jumaat.

“Selain itu, saya juga akan bertudung pada setiap bulan Ramadan hingga 10 Syawal, ataupun sepanjang saya pergi umrah, saya akan berhijab.

View this post on Instagram

Salam Jumaat Yg Barakah👍 . . Syukur Alhamdulillah🤲 Nikmat yang diberi, semoga Hari Jumaat yang Mulia ini menjadi hari yang penuh bermanfaat untuk kita dekatkan diri dengan Allah SWT . Jom kuruskan badan untuk beribadah kerana ia adalah HIJRAH. Lakukan amalan dan niat yang mulia, Semoga segala urusan kita pada hari ini dipermudahkan dan diberi kekuatan semangat untuk terus kurus😉 . Hanya amalkan 1 sachet SOLID MOLID setiap pagi semasa sarapan ya! . . 📲 WS no dibawah untuk pembelian wasap.my/60193722975 wasap.my/60193722975.. . . #ifaraziah #missdiva #serifabeauty #soliddiva #solidmolid #solidbeauty #solidberry #missdivaglow #diet #missdivashine #slimming #detox #stokistwanted #agentwanted #dropshipwanted #kuruscantiklentik #viral #fyp #malaysiaonlineshop #onlineshopping #Shopee #tiktok #ceo #trending #skincare #beautiful #pukpukpukk #malaysia #singapore

A post shared by MISS DIVA IFA RAZIAH (@ifa_raziah) on

“Walaupun saya belum berhijab sepenuhnya, tetapi sekurang-kurangnya saya menghormati hari Jumaat dan bulan Ramadan yang mulia,” katanya.

Dalam pada itu, Ifa juga mengatakan dirinya dalam proses untuk berubah ke arah yang lebih baik. Sebagai manusia biasa, tak ada orang yang tidak ingin berubah demi kebaikan, katanya.

“Sesiapa yang nak ikut perkara baik, baguslah, saya cuba berubah secara perlahan.

“Doakan yang baik-baik, bagi saya, apa jua yang kita lakukan, yang penting adalah nawaitu kita,” katanya lagi.

Continue Reading

Trending