Connect with us

Islamik

Jangan Sesekali Biarkan Diri Anda Dihurung Syaitan!

Published

on

KETIKA berada di dapur, tiba-tiba anda dapati beberapa ekor lalat bebas berterbangan mengelilingi tong sampah. Apa yang terbayang pada fikiran anda? Pasti ada sesuatu dalam tong sampah itu yang menjadi ‘magnet kotor’ penarik sang lalat.

Itulah hukum alam yang kita lihat saban hari. Radar sang lalat sangat sensitif dengan sampah, najis atau sesuatu yang busuk. Itu kisah sang lalat, apa pula daya tarikan syaitan? Ayuh kita perhati apa kata Allah:

“Dan sesiapa yang tidak endahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu syaitan itu menjadi temannya yang tidak renggang daripadanya. Dan sesungguhnya syaitan itu tetap menghalangi mereka dari jalan yang benar, sedang mereka sangka bahawa mereka orang yang mendapat hidayah petunjuk,” (al-Zukhruf [43:36-37]).

Dalam ayat lain Allah tegaskan perkara yang sama:

“Dan Kami wujudkan untuk mereka teman rapat (daripada jin dan manusia), lalu teman itu menghiaskan kepada mereka (fahaman sesat) mengenai perkara dunia yang ada di hadapan mereka serta perkara akhirat yang ada di belakang mereka; dan (dengan sebab itu) tetaplah hukuman (azab) atas mereka bersama umat (yang sesat) daripada jin dan manusia yang terdahulu daripada mereka. Sesungguhnya mereka semua adalah golongan yang rugi (bawaan hidupnya),” (Fussilat [41:25]).

Juga firman Allah:

“Tidakkah engkau mengetahui (Wahai Muhammad) bahawa Kami telah menghantarkan syaitan kepada orang kafir untuk menggalakkan mereka mengerjakan perbuatan kufur dan maksiat dengan bersungguh-sungguh?,” (Maryam [19:83]).

JAHAT KERANA ALLAH?

Berbeza dengan sang lalat, sesungut dan deria hidu syaitan lebih cepat mengesan bau busuk hati jantung manusia yang sakit. Manusia yang cantik penuh haruman boleh sahaja dihinggapi atau dihurung si syaitan apabila bau busuk jiwanya terlepas keluar dan menyentuh radar si syaitan.

Setelah melihat firman Allah dalam ayat di atas, mungkin ada yang cuba bermain helah takdir dengan berkata: “Bukan salah saya jika saya jadi jahat. Allah yang menghantar syaitan untuk menghasut saya.”

Jawapannya:

Dampingan syaitan yang disebut ayat di atas berpunca daripada kegemaran anda yang suka benda kotor! Syaitan umpama lalat! Jika bertemu yang kotor segeralah dihurungnya. Jika tegas menjaga kebersihan fizikal, pasti lalat hilang minatnya.

Samalah dengan hurungan syaitan, jika menjaga hati jantung daripada segala penyakitnya pasti syaitan tidak mampu mendekati. Syaitan sendiri mengaku betapa dia sangat alah kepada jiwa suci penuh iman dan takwa:

“Iblis berkata: “ Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelok segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya, “Kecuali antara zuriat Adam itu para hamba-Mu yang dibersihkan daripada sebarang syirik (dan dosa),” (al-Hijr [15:39-40]).

Jika hurungan sang lalat boleh mengundang kuman pembawa penyakit, dampingan atau hurungan syaitan jauh lebih bahaya impaknya. Mata hati orang yang dihurung syaitan akan mengalami rabun hidayah dan akhirat. Rabun ini menghalang seseorang daripada melihat kebenaran walaupun kebenaran itu berdiri tegak di depan mata zahirnya. Jika kanta mata hatinya terus dibiarkan rabun tanpa rawatan, ia boleh jadi sakit buta akhirat yang kronik. Apabila sudah buta, ubatnya hanyalah bakaran api neraka! Mohon dijauhkan oleh Allah.

CONTOH KRITERIA MANUSIA DIHURUNG SYAITAN

Dalam sejarah manusia, sudah banyak orang yang tersesat jauh setelah dihurung oleh syaitan. Mereka dicontohkan Allah dalam firman-Nya:

“Dan bacakan kepada mereka (wahai Muhammad), khabar berita seorang yang kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat (Kitab) Kami. Kemudian dia menjadikan dirinya terkeluar daripada mematuhinya, lalu dia diikuti syaitan (dengan godaannya), maka jadilah dia daripada orang yang sesat,” (al-A’raf [7:175]).

Ulama Tafsir menyebut lelaki berilmu yang menjual agamanya dalam ayat ini adalah Bal’am bin Abar atau Bal’am bin Ba’ura’ iaitu seorang ilmuwan Bani Israel daripada umat Nabi Musa a.s.

Pada mulanya dia dihantar kepada kerajaan Madyan sebagai utusan dakwah Nabi Musa. Setelah disogok dengan habuan dunia, Bal’am langsung belot dan meninggalkan agamanya. (Tafsir Ibn Kathir). Ternyata pembelotannya itu menjadi sebab dia dihurung oleh syaitan yang membawanya lebih jauh daripada jalan Allah. 

l Selain Bal’am, Imam Ibn Kathir turut menamakan lelaki yang dicela dalam ayat ini sebagai Ummayah bin Abi al-Salt.

Dia antara orang Mekah yang banyak mengetahui ilmu agama daripada kitab terdahulu. Bukan itu sahaja, dia banyak menulis syair ketuhanan yang sangat bagus sehingga mengundang pujian Baginda SAW: “Hampir sahaja Umayyah bin Abi al-Salt itu Islam,” – Sahih Bukhari.

Walaupun mengetahui kebenaran Rasulullah SAW, Umayyah enggan beriman kerana tidak mahu tunduk kepada seorang Rasul yang bukan berasal dari kabilahnya.

Ini adalah ego dan sifat sombong yang menjadi punca dirinya dihurung oleh syaitan.

PEDOMAN

Apa yang perlu dibuat bagi mengelakkan jiwa daripada dihurung oleh syaitan? Ikutilah panduan agama dan sentiasa siap siaga menepis serangan syaitan dengan ilmu dan doa kepada Allah. Ketika mentafsirkan perkataan al-Khannas dalam Surah al-Nas, Abdullah ibn Abbas berkata:

“Syaitan senantiasa mencangkung pada hati anak Adam, apabila manusia lupa dan lalai, dia akan membisikkan kejahatan, apabila manusia mengingati Allah syaitan akan tenggelam,” (Tafsir al-Tabari)

Marilah kita berusaha menenggelamkan syaitan yang mencangkung dalam jiwa kita. Bersihkan hati jantung kita dengan sabun taubat. Semburlah ia dengan semburan pewangi iman dan takwa. Mudah-mudahan semburan itu berfungsi mengusir syaitan dan menarik cinta Allah.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Islamik

Ini Sebab Rasulullah Menyuruh Kita Bersihkan Tempat Tidur Sebelum Duduk Atau Baring

Published

on

Ini Sebab Rasulullah Menyuruh Kita Bersihkan Tempat Tidur Sebelum Duduk Atau Baring

Sudahkah kita membiasakan diri mengibaskan tempat tidur dengan kain atau sarung sebelum kita duduk dan tidur di atas katil kita? Tentunya sambil mengucapkan BISMILLAH.

Ternyata ada fakta saintifik di sebaliknya sunnah bersihkan tempat tidur yang tentu sahaja pada kesihatan tubuh kita. Juga apakah ada rahsia lain yang berkaitan dengan alam ghaib mengenai hal ini?

Oleh sebab itu jangan sampai kita meremehkan sunnah bersihkan tempat tidur sebelum tidur ya Dari sahabat Abu Hurairah ra Rasulullah Shallahu ‘alaihi wasallam bersabda

“Apabila salah seorang dari kalian hendak berbaring di tempat tidurnya hendaklah ia kibas-kibas tempat tidurnya itu dengan sarungnya. Kerana dia tidak tahu apa yang terjadi pada tempat tidurnya setelah ia tinggalkan sebelumnya.”

(HR Bukhari Muslim) Hadis lain sebagai tambahan “Bagi orang yang bangun dari tempat tidurnya kemudian kembali lagi maka dianjurkan untuk mengibasinya kembali.” (Sebagaimana hadis riwayat Tirmidzi. 3410)

Sekurang-kurangnya ada dua alasan penting yang menyebabkan kita perlu bersihkan tempat tidur dengan mengibaskan kain sarung ke atas tilam yang akan kita tiduri:

1. Adanya kuman penyakit yang hinggap di tilam, bantal dan selimut yang kita gunakan Bahwa setiap orang tidur di atas tilam pastinya ada sel-sel mati di tubuhnya yang berjatuhan di tempat tidur dan pada saat seseorang itu terjaga dari tidurnya sel-sel tersebut tertinggal di situ.

Ketika orang tersebut kembali tidur tapi tidak terlebih dahulu membersihkan tilam yang akan diduduki kemungkinan besar ada kuman tak terlihat yang memakan sel-sel mati tersebut di atas tilam, selimut dan bantal yang kita gunakan.

Oleh sebab itu sangat penting untuk mengibas atas katil terlebih dahulu untuk memastikan kuman tersebut hilang.

2. Adanya makhluk ghaib yang tidur di atas katil tersebut, yakni jin jahat atau syaitan Tidak ada satu tilam pun yang terbentang di dalam suatu rumah yang tidak ditiduri oleh manusia, kecuali syaitan akan tidur di atas tilam tersebut.

Orang yang beriman kepada yang ghaib pasti menyedari bahawa kita hidup bersama dengan makhluk ciptaan Allah yang lain yang tak terlihat mata kasar. Oleh sebab itu melakukan sunah mengibas-ngibaskan tempat tidur dengan sarung sebelum tidur sambil membaca Bissmillah insyaaAllah mampu menghindarkan kita dari godaan syaitan yang terkutuk. Sunnah yang mudah namun berfadilat besar. Wallaahualam.

Sunnah sebelum tidur kita bersihkan tempat tidur:

Continue Reading

Islamik

Nikahi Seorang Pel4cur, Lelaki Ini Nak Merubahnya Jadi Baik Tapi “Saya Pulang Ke Rumah Dan Terdengar Suara Lelaki Dari Dalam Bilik Saya”

Published

on

Nikahi Seorang Pel4cur, Lelaki Ini Nak Merubahnya Jadi Baik Tapi “Saya Pulang Ke Rumah Dan Terdengar Suara Lelaki Dari Dalam Bilik Saya”

Jakarta: Bagaikan kisah dalam drama televisyen, seorang lelaki di Lumajang, Jawa Timur sanggup menikahi seorang pekerja s*ks.

Lelaki itu mengambil keputusan sedemikian kerana percaya wanita dicintainya itu bakal berubah menjadi individu yang lebih baik.

Namun, impiannya musnah dalam sekelip mata selepas menyaksikan kecurangan isteri di hadapan matanya sendiri.

Tribun News melaporkan semuanya terbongkar selepas lelaki itu menemui isteri dan teman lelaki wanita itu dalam bilik rumah mereka.

Ketika itu, isterinya dalam keadaan tanpa seurat benang. Berang dengan apa yang dilihatnya menyebabkan lelaki terbabit bertindak menghayunkan sabit yang ada bersamanya ke arah teman lelaki isterinya.

“Selesai menebas rumput, saya pulang ke rumah dan terdengar suara lelaki dari dalam bilik saya.

“Saya masuk ke bilik untuk memeriksa dan menemui isteri bersama lelaki lain tanpa berpakaian.

“Tanpa berfikir panjang, saya terus hayunkan sabit kepada lelaki terbabit hingga terkena kepalanya ,” kata lelaki itu.

Susulan kejadian, dia cuba melarikan diri, tetapi gagal apabila ditahan polis. Jurucakap Polis Lumajang, Masykur berkata, insiden itu menyebabkan mangsa cedera pada bahagian kepala dan tangan.

Keadaannya stabil dan dia dirawat di Hospital Bhayangkara.

“Siasatan awal mendapati suspek bertindak mengikut emosi dan dia ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya.

Beliau berkata, lelaki itu akan didakwa dan berdepan hukuman penjara maksimum lima tahun kerana menyebabkan kecederaan terhadap mangsa.

Dalam pada itu, Ketua Polis Kunit, Hariyono mengesahkan bahawa isteri suspek adalah bekas pekerja s*ks.

Continue Reading

Islamik

“Eh, Ikut Neelofa Ke, Baguslah”Pakai Tudung Labuh, Ifa Raziah Nafi Sudah Berhijab

Published

on

“Eh, Ikut Neelofa Ke, Baguslah”Pakai Tudung Labuh, Ifa Raziah Nafi Sudah Berhijab

Selebriti versatil, Ifa Raziah berkongsi foto memakai niqab menerusi akaun Instagramnya Jumaat lalu. Hal itu membuat banyak pihak yang berpendapat Ifa sudah menukar penampilannya dengan menutup aurat.

Malah menerusi pemerhatian Gempak di ruangan komen entri berkenaan, ramai pengikut Ifa berasa gembira melihat ‘Diva’ kesayangan ramai itu menutup aurat dengan sempurna.

Pada masa yang sama, ada juga warganet yang menganggap Ifa mengikut jejak hos dan pelakon popular, Neelofa yang kini telah berniqab.

Meski demikian, setelah sempat memuat naik fotonya menggenakan niqab, Ifa kemudian kembali mempamerkan penampilannya seperti biasa.

Ketika dihubungi Gempak sebentar tadi, Ifa menjelaskan kekeliruan netizen mengenai penampilannya. Sambil memberitahu dirinya masih belum berpenampilan menutup aurat, Ifa menafikan perkongsiannya itu dipengaruhi oleh hijrah Neelofa.

Menurutnya, dia sering berkongsi foto menutup aurat pada setiap hari Jumaat dan berhijab sepanjang bulan Ramadhan.

“Perkongsian itu tidaklah mengikut Neelofa, tetapi kepada mereka yang mengikuti saya di media sosial, tentu mereka tahu yang saya selalu berkongsi foto menutup aurat setiap hari Jumaat.

“Selain itu, saya juga akan bertudung pada setiap bulan Ramadan hingga 10 Syawal, ataupun sepanjang saya pergi umrah, saya akan berhijab.

View this post on Instagram

Salam Jumaat Yg Barakah👍 . . Syukur Alhamdulillah🤲 Nikmat yang diberi, semoga Hari Jumaat yang Mulia ini menjadi hari yang penuh bermanfaat untuk kita dekatkan diri dengan Allah SWT . Jom kuruskan badan untuk beribadah kerana ia adalah HIJRAH. Lakukan amalan dan niat yang mulia, Semoga segala urusan kita pada hari ini dipermudahkan dan diberi kekuatan semangat untuk terus kurus😉 . Hanya amalkan 1 sachet SOLID MOLID setiap pagi semasa sarapan ya! . . 📲 WS no dibawah untuk pembelian wasap.my/60193722975 wasap.my/60193722975.. . . #ifaraziah #missdiva #serifabeauty #soliddiva #solidmolid #solidbeauty #solidberry #missdivaglow #diet #missdivashine #slimming #detox #stokistwanted #agentwanted #dropshipwanted #kuruscantiklentik #viral #fyp #malaysiaonlineshop #onlineshopping #Shopee #tiktok #ceo #trending #skincare #beautiful #pukpukpukk #malaysia #singapore

A post shared by MISS DIVA IFA RAZIAH (@ifa_raziah) on

“Walaupun saya belum berhijab sepenuhnya, tetapi sekurang-kurangnya saya menghormati hari Jumaat dan bulan Ramadan yang mulia,” katanya.

Dalam pada itu, Ifa juga mengatakan dirinya dalam proses untuk berubah ke arah yang lebih baik. Sebagai manusia biasa, tak ada orang yang tidak ingin berubah demi kebaikan, katanya.

“Sesiapa yang nak ikut perkara baik, baguslah, saya cuba berubah secara perlahan.

“Doakan yang baik-baik, bagi saya, apa jua yang kita lakukan, yang penting adalah nawaitu kita,” katanya lagi.

Continue Reading

Trending