Kahwin Dengan Anak Tunggal, Tiada Persaingan Ipar, Wanita Dedah Kelebihan Kahwin Dengan Anak Tunggal

Perkahwinan bukan hanya menyatukan dua jiwa sahaja, ia juga turut menjadikan dua buah keluarga menjadi satu. Jadi, selain daripada perlu melazimi kebiasaan keluarga mertua terutamanya ibu dan bapa, adik beradik ipar juga salah satu cabaran di awal perkahwinan.

Namun, bagi mereka yang bernikah dengan pasangan yang tidak mempunyai adik-beradik lain, hal tersebut dapat membuatkan para pengantin menarik sedikit nafas lega kerana tidak perlu membiasakan diri dengan ramai orang andai baru-baru berkahwin.

Hal ini dialami sendiri oleh seorang pengguna TikTok Indonesia dikenali sebagai @sinierhartdah apabila suaminya merupakan anak tunggal dalam keluarga. Menurut wanita itu yang melangsungkan perkahwinan pada penghujung tahun lalu, dia berasa sangat beruntung kerana ibu dan bapa mertuanya sangat baik. Dia juga berasa lega kerana tiada sebarang permusuhan atau perbalahan berlaku melibatkan ipar-duai kerana suami tidak mempunyai adik-beradik lain.

Menjengah keruangan komen, ramai yang telah meninggalkan pelbagai pendapat berhubung video yang telah dimuat naik oleh @sinierhartdah itu. Rata-rata mereka memberi sedikit nasihat dengan menyatakan walaupun tiada sebarang konflik adik-beradik akan berlaku, wanita itu perlu rela dan ikhlas menjaga mertua bila tiba orang tua suaminya sudah dimamah usia. Hal ini disebabkan suaminya merupakan satu-satunya harapan mereka di usia senja hingga ke akhir hayat kelak.

kredit borak daily

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*