Connect with us

Petua Berguna

Kajian Membuktikan Cili Bukan Penyebab Sakit Di Perut Tapi Boleh Memanjangkan Umur Manusia

Published

on

Kajian Membuktikan Cili Bukan Penyebab Sakit Di Perut Tapi Boleh Memanjangkan Umur Manusia

KUALA LUMPUR, 25 Ogos — Kebanyakan masyarakat masih menganggap pengambilan cili boleh mengganggu kesihatan perut dan menyebabkan ulser perut dan buasir.

Buktinya kaji selidik yang dilakukan laman Facebook kesihatan Public Health Malaysia (PHM) mendapati majoriti responden (79 peratus) berpendapat makanan pedas memudaratkan, manakala hanya 21 peratus sahaja yang memilih cili sebagai sayuran yang baik.

Hakikatnya, cili mengandungi ‘capsaicin’ yang mempunyai banyak kebaikan, antaranya meningkatkan metabolisme, mengurangkan ketagihan gula, mengurangkan keradangan dan memanjangkan jangka hayat.

Malah khasiatnya yang bersifat pelindung tidak menyebabkan luka di perut.

“Capsaicin boleh menyekat rembesan asid, merangsang alkali dan rembesan mukus serta melancarkan peredaran darah dalam perut.

“Ini mampu melindungi lapisan dalam perut dari terluka,” catat PHM.

Katanya cili juga tidak mempunyai kesan kepada masalah buasir, namun pesakit yang mempunyai luka di dubur perlu berhati-hati kerana makanan pedas boleh menyebabkan luka menjadi pedih.

Namun pengambilan berlebihan, sama seperti mana-mana makanan, akan menyebabkan masalah penghadaman seperti makanan tidak hadam dan sakit perut.

“Walaupun pengambilan cili mempunyai manfaat kesihatan, jangan ambil dalam kuantiti yang terlalu banyak.

“Khasiat cili ini tidak termasuk produk makanan yang telah diproses seperti sos cili, serbuk perasa cili dan bahan proses lain yang tinggi garam,” tambah PHM.

Petua Berguna

Kalau Nak Bela Kucing Kena Tahu 4 Tips Untuk Elak Si Comel Cakar Sofa

Published

on

Kalau Nak Bela Kucing Kena Tahu 4 Tips Untuk Elak Si Comel Cakar Sofa

Ini merupakan salah satu daripada masalah utama yang sering kita hadapi apabila memelihara kucing. Pasti sofa kesayangan anda akan dicakar si comel, kerana ‘mencakar’ merupakan tabiat si kucing untuk melepaskan geram.

Ketahuilah sebenarnya kita tidak boleh hentikan tabiat mencakar yg dilakukan oleh kucing kerana itu memang habitat mereka. Apa yg kita boleh buat ialah dengan melatih mereka mencakar pada objek yg dikhaskan.

Berikut ialah beberapa tip yang boleh kita guna untuk mengelak perabot dari menjadi ‘mangsa’ mereka sebelum kita nak bela kucing:

1. Spray

Cara yang paling mudah dan sering digunakan. Pastikan botol spray sentiasa bersebelahan perabot. Kita bertindak menyembur percikan air dari botol bila kita terpandang mereka “dalam percubaan” hendak mencakar.

Katakan ‘tidak’ atau ‘no’ dengan tegas pada kucing anda. Namun cara ini agak kurang berkesan kerana kita sentiasa harus berada di sekitar perabot untuk memastikan mereka tidak mencakar.

2. Scratching Post (Tempat mencakar)

Kucing lazimnya gemar mencakar selepas makan dan juga bila bangun tidur. Oleh sebab itu, letak lah scratching post berdekatan dgn favourite spot mereka. Letak juga tempat mencakar berdekatan dgn perabot atau bersebelahan tempat makanan dan minuman si Comel.

Sekiranya kita nakkan kucing bukan sahaja mencakar tetapi tidur dan memanjat di satu tempat, sediakan juga Cat Tree. Pelbagai tempat mencakar boleh didapati di pasaran.

3. Pelekat

Kebanyakan kucing benci dengan benda2 yg melekat pada bulu atau tapak kaki mereka. Gunakan double-sided tape yg tidak memudaratkan atau meninggalkan sebarang tanda (stain) pada karpet atau sofa juga pd kucing kita.

Pelekat yg bersifat lutsinar ini mudah memperdaya si Comel yg degil. Awas! Jgn anda pula yg terperangkap dan duduk di atas pelekat tersebut.

4. Potong kuku kucing

Memotong kuku kucing mungkin membantu mengurangkan tabiat mencakarnya. Sebaik-baiknya lakukan ketika kucing anda masih kecil. Bela kucing kena tahu jaga penampilan kucing juga ya kalau kuku kucing panjang memang lebih teruk lah sofa kalau dicakar oleh bulus ni.

Continue Reading

Petua Berguna

5 Khasiat Air Rebusan Jagung Selain Merawat Diabetis Dan Batu Karang

Published

on

5 Khasiat Air Rebusan Jagung Selain Merawat Diabetis Dan Batu Karang

Siapa suka makan jagung? Dikatakan Khasiat Air Rebusan Jagung Boleh Merawat Diabetis, Darah Tinggi Dan Batu Karang. Rasanya hampir kesemua orang mesti suka makan jagung bukan? Sebut sajalah jagung rebus, jagung bakar, jagung manis dan sebagainya.

Tapi, tahu tak anda bahawa semasa merebus jagung, air rebusan tersebut jangan dibuang, ini kerana air rebusan jagung sangat berkhasiat untuk menyembuh beberapa jenis penyakit, antaranya ialah untuk mengubati tekanan darah tinggi/hipertensi, kencing manis/diabetes disebabkan gula berlebihan, menyembuhkan batu hempedu, menyembuhkan masalah batu karang serta untuk menghentikan tabiat anak suka kencing malam. Jom tengok caranya.

5 MANFAAT AIR REBUSAN JAGUNG

1. Air rebusan jagung untuk mengubati tekanan darah tinggi

  • Bahan yang diperlukan adalah 5-7 tongkol jagung muda serta 1 genggam bulu jagung.
  • Rebus jagung dan bulu jagung tadi dengan air 110 ml
  • Kemudian tapis air rebusan jagung tersebut, amalkan selama 7 hari.

2. Air rebusan jagung untuk pesakit diabetis

  • Rebus jagung dengan tangkainya sekali, ini kerana di situlah terletaknya khasiat tersebut.
  • Sesudah masak minumlah air rebusan jagung tersebut dengan amalkan 2-3 kali seminggu.

3. Air rebusan jagung untuk menghentikan tabiat anak suka kencing malam

  • Bahan yang diperlukan adalah 1 genggam bulu jagung
  • Jangan menggunakan bulu jagung secara berlebihan,ini kerana bulu jagung boleh menurunkan tekanan darah dengan cara cepat dalam waktu yang singkat.

4. Air rebusan jagung untuk menyembuhkan batu karang

  • Bahan yang diperlukan ialah 4 tongkol jagung muda, 1 genggam bulu jagung serta 8 helai daun Keji Beling
  • Rebus semua bahan tadi dengan 110 ml air
  • tapiskan air rebusan jagung tersebut, serta minumlah setiap hari.

5. Air rebusan jagung untuk mengubati batu hempedu

  • Bahan yang diperlukan adalah 5 tongkol jagung muda serta 5 gram herba misai kucing.
  • Rebus semua bahan tadi dengan 110ml air.
  • Tapis air rebusan jagung tersebut, serta minum setiap hari selama 2 minggu.

Semoga perkongsian ini dapat di kongsikan dengan rakan-rakan anda agar manfaatnya dapat digunakan untuk orang yang memerlukan.

Continue Reading

Petua Berguna

Muka Banyak Jeragat Degil Walau Dah Cuba Pelbagai Produk? Boleh Cuba DIY Toner Air Mawar

Published

on

Muka Banyak Jeragat Degil Walau Dah Cuba Pelbagai Produk? Boleh Cuba DIY Toner Air Mawar

Baik berkulit gelap mahupun cerah, masalah jeragat tetap menjadi dilema kaum wanita. Terpaksalah guna macam-macam krim nak menutup cela noda tu atau menghilangkannya.

Bagi berkulit cerah memang jeragat ini lebih nampak jelas terpaksa tepek make up tebal sikit, tetapi itu hanya menutup noda di muka sementara waktu sahaja. Sampai bila nak menyembunyikan jeragat ni?

Lagi frust bila, puaslah cuba macam-macam, jeragat degil tetap tak nak hilang. Duit dah habis banyak ni. Lebih malang lagi kalau produk yang dipakai tu ada kesan sampingan yang memburukkan lagi wajah anda. Rupa-rupanya ada cara alami yang anda boleh cuba sebagai ikhtiar untuk mengurangkan jeragat di wajah.

Ini yang dikongsikan Nur Arimi Suhada Bakar, Founder Pure Beauty, Green Tea Organic Soap. Panduan bergambar dan video ini diharapkan dapat memudahkan untuk buat DIY Toner Air Mawar RM5 ini.

Akhirnya sis berkesempatan buat video. Air Mawar ini banyak manfaatnya. kalau hampa rajin, hampa boleh buat menggunakan bunga mawar segar.

Tapi cara penyediaannya agak lama. Kena tunggu beberapa jam untuk sejuk segar. Di sini sis share dekat hampa cara penyediaan menggunakan air mawar sedia ada.”petua hilangkan jeragat, petua jeragat, petua air mawar, cara hilangkan jeragat dengan air mawar, bersihkan muka dengan toner air mawar,cara buat toner air mawar

Cara Penyediaan

  • Suku cawan air Mineral
  • 3 sudu air mawar
  • Botol spray

Masukkan suku cawan air mineral dalam botol spray dan masukkan 3 sudu air mawar. Bolehlah spray terus ke muka.

Nota

  • Toner air mawar ini tak ada bahan pengawet jadi paling paling lama tahan seminggu saja.
  • Selepas seminggu refill semula dengan yang lain.
  • Makin kerap anda guna, makin kerap anda refill.

Manfaat Toner Air Mawar

  • Mengecutkan jerawat
  • Menaikkan seri muka
  • Merawat wajah sunburn
  • Mengecilkan pori muka
  • Merawat wajah dari dalam

Boleh digunakan sebagai setting spray(makeup)
Sesuai juga digunakan dirambut (bagi yang berhijab)
Ketika mengantuk / di pejabat bolehlah spraykan wajah dengan toner air mawar ini.petua hilangkan jeragat, petua jeragat, petua air mawar, cara hilangkan jeragat dengan air mawar, bersihkan muka dengan toner air mawar,cara buat toner air mawar

Kalau Nak Jadi, Syarat Ini Kena Ikut

  • Toner air mawar ni tak boleh dijemur di tengah panas, bagi mengelakkan bau dia menjadi masam.
  • Bahan organik tanpa bahan pengawet mudah rosak jadi anda boleh simpan suhu bilik .

Sumber/Foto : Facebook Nur Arimi Suhada Bakar

Continue Reading

Trending