Connect with us

Islamik

Kalau Bermimpi Tentang 13 Hal Ini, Itulah Tanda Anda Sedang Diganggu Oleh Jin dan Syaitan

Published

on

Tulisan saya kali ini sebenarnya sudah pernah saya bahas dan banyak sekali mendapat respon dari pembacanya. Respon ini tentu tidak terlepas dari masalah yang saya bahas iaitu masalah mimpi.Semua orang pasti pernah bermimpi dan hampir setiap kita tidur mimpi itu datang.

Disini saya bukanlah seorang pentafsir mimpi sehingga setiap orang yang membaca tulisan ini akan bertanya pada saya tentang tafsiran dari mimpi-mimpi mereka.Perlu diketahui bahawa mentafsirkan mimpi itu memerlukan ilmu tersendiri, terutama seseorang itu harus menguasai Alquran dan hadits dengan baik. Jadi tidak sembarang orang yang dapat dikatakan boleh menafsirkan mimpi.

Disini yang akan saya bahas adalah simbol-simbol yang berhubungan dengan binatang,orang,jin,dan serangga dalam mimpi yang menggambarkan seseorang yang bermimpi itu terkena sihir,’ain,dan gangguan syaitan.Sebelum kita membahas masalah ini lebih jauh alangkah baiknya kita perhatikan sabda Nabi Shallallahu alaihi wasallam yang berbunyi:

Dari Abu Hurairah, Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda:

الرؤيا ثلاث حديث النفس وتخويف الشيطان وبشرى من الله

“Mimpi itu ada tiga macam: bisikan hati, ditakuti syaitan, dan khabar gembira dari Allah.” (HR. Bukhari 7017).

Jadi pembahasan kita dalam tulisan ini menyangkut pembahagian jenis mimpi diatas iaitu; mimpi yang dari syaitan,dan khabar gembira dari Allah. Syaitan akan menampakkan diri dalam bentuk manusia, binatang buas, dan serangga dalam mimpi.

Dengan bentuk-bentuk ini kita boleh mengetahui jenis syaitan yang mengganggu,dan jumlah syaitannya. Ada satu hal yang sangat penting yang harus kita perhatikan dalam masalah mimpi dari syaitan ini yaitu; bila kita boleh menganggap mimpi yang kita alami itu sebagai tanda bahawa mimpi kita menunjukkan kita terkena sihir, ‘ain,dan gangguan jin?

Syarat-syaratnya mimpi kita itu memang dari syaitan adalah: Pertama: Mimpi itu berulang-ulang,paling sedikit tiga kali dalam seminggu. Kedua: Setelah kita bermimpi kita merasa takut dan cemas sekali. Ketiga: Kehidupan kita tiba-tiba berubah yang mulanya sihat berubah sakit, yang mulanya rajin berubah malas dll. Saya minta tiga syarat diatas agar diperhatikan dengan baik.

Dengan memahami syarat-syarat diatas, kita tidak akan cepat mengatakan seseorang atau diri sendiri setelah bermimpi terkena gangguan sihir, ‘ain dll.

Baiklah para pembaca yang dirahmati Allah pembahasan ini saya bagi menjadi tiga bahasan sebagai berikut:

1. Makna mimpi tentang binatang
2. Kenapa syaitan menakuti orang yang diruqyah melalui mimpi
3. Khabar gembira untuk orang yang sakit melalui mimpi.

Marilah kita mulai membahas tiga bahasan diatas dengan memohon taufiq dari Allah SWT.

1. Sering mimpi tentang kera, atau binatang-binatang buas lainnya. Mimpi ini menunjukkan syaitannya dari jenis maarid/yang sangat durhaka. Sama dengan mimpi melihat unta

Bila keranya atau untanya 1, makanya syaitannya satu, begitu seterusnya. Jumlah binatangnya memberitahu kita jumlah setannya

2. Sering bermimpi tentang ular hitam menggambarkan syaitannya adalah syaitan yang bertugas sebagai khodam sihir. Bila ularnya sudah menggigit atau melilit kaki, itu artinya syaitannya sudah masuk ketubuh orang yang disihir. Bila dalam mimpi ularnya mengawasi dari jauh, ini menandakan syaitannya sedang mencari kesempatan. untuk masuk ketubuh target dari sihirnya. Bila ularnya besar, maka syaitan ini memiliki kedudukan tinggi di kelompoknya.

Bila ularnya memiliki sayap, maka dia dari jenis jin terbang. Apabila ularnya hanya melata, maka ini jenis jin yang tinggal dirumah-rumah kita.

3. Sering mimpi tentang kucing hitam. Ini juga menunjukkan adanya jin yang ingin mengganggu.

4.Sering mimpi tentang landak, ini menunjukkan jin yang tinggal dirumah-rumah atau tempat-tempat yang tidak dihuni manusia.

5. Sering bermimpi tentang kelawar menunjukkan jinnya jin terbang yang dikirim untuk perbuatan sihir. Sebahagian besar jin kafir dan biasanya tinggal di tandas.

6. Sering bermimpi tentang anjing. Bila anjingnya jantan berarti jinnya lelaki. Bila anjingnya betina, maka jinnya juga perempuan.

7. Sering bermimpi tentang keledai dan babi, ini dari jenis syaitan yang sangat durhaka dan kebanyakan beragama yahudi dan nashrani.

8. Sering mimpi tentang serangga seperti; lipas ini menunjukkan dari jenis jin yang rendah dan lemah.Biasanya tinggal dirumah-rumah.

9. Sering melihat burung dan jatuh dari ketinggian ini menunjukkan jenis jin terbang.

10. Sering mimpi bersetubuh ini menunjukkan jin pencinta.

11. Sering mimpi berada atau melihat kuburan dan rumah kosong ini berarti jenis jin yang tinggal di kuburan. Biasanya jin khodam sihir dan yang masuk kerana ‘ain dan hasad.

12. Sering bermimpi tentang lelaki atau perempuan hitam, ini menunjukkan ada gangguan jin. Bila dia dalam mimpi berhubungan intim, maka jin ini jin pecinta.

Bila didalam mimpi mengejar dan kelihatan benci atau ingin menyakiti, maka jin ini kiriman dari sihir atau masuk lewat rasa dengki/hasad.

13. Sering bermimpi tentang jin yang berbentuk manusia, ini memang benar jin. Keadaan yang bermimpi tergantung pada bagaimana keadaan didalam mimpi. Misalnya yang bermimpi berkelahi dengan jin ini atau yang bermimpi mengusir jinnya dan menang itu artinya yang bermimpi menang dan bentengnya bagus.

Begitu sebaliknya. Mimpi-mimpi seperti ini biasa di alami oleh orang yang sedang melakukan pengubatan dengan ruqyah.

Setelah kita membahas beberapa simbol-simbol diatas, sekarang kita akan membahas masalah lain yang juga sering dialami oleh seseorang yang mulai menjalani pengubatan dengan ruqyah syar”iyah.

Kenapa syaitan itu sering menakut-nakutkan melalui mimpi yang menyeramkan? Apa sebabnya?

Jawabannya adalah pada dasarnya syaitan itu lemah dia hanya boleh kuat dengan dosa-dosa dan dengan menghalangi seorang pesakit untuk tidak menjalani ruqyah lagi.

Ketika seorang pesakit sudah menjalani ruqyah, maka syaitannya mulai merasa terganggu dan pertahananannya mulai goyah dan sebentar lagi akan hancur.

Dalam keadaan seperti ini syaitan akan berusaha sekuat tenaga untuk tetap berada dalam tubuh orang yang dirasukinya.

Mulailah syaitan ini datang lewat mimpi dan menakut-nakutkan bahkan mengancam orang yang dirasukinya agar tidak melanjutkan ruqyahnya.

Bagi orang yang sedang melakukan ruqyah dan setannya mengancam atau menyakiti baik lewat mimpi maupun lewat dunia nyata, saya sarankan jangan terkecoh tetap lanjutkan program ruqyahnya karena itu hanya tipu daya setan. Tetap semangat untuk melanjutkan.

Silakan dishare, semoga bermanfaat. Aamiin

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Islamik

Wanita Dalam Tempoh ‘Iddah’, Ketahuilah Batasan Ini Dalam Memuliakan Wanita

Published

on

Wanita Dalam Tempoh ‘Iddah’, Ketahuilah Batasan Ini Dalam Memuliakan Wanita

Perkataan ‘iddah’ adalah sinonim dengan penceraian, sama ada cerai hidup atau cerai mati. Iddah hanya dikenakan kepada golongan wanita sahaja bagi tujuan memuliakan wanita Islam itu sendiri.

Iddah adalah bertujuan untuk mengelakkan percampuran benih antara suami dahulu dengan suami yang baharu (akan) dikahwininya.

Selain itu, iddah juga merupakan tempoh dalam memberi ruang kepada pasangan untuk berfikir dan menilai semula segala kesilapan serta tindakan mereka, seterusnya membuka peluang untuk mereka rujuk dan berbaik semula.

Sebab wajib iddah terbahagi kepada dua bahagian iaitu:

  1. Perceraian pasangan semasa hidup
  2. Kematian suami

Setiap bahagian iddah tersebut mempunyai pengiraan tersendiri yang akan menentukan tempoh iddah seseorang wanita tersebut. Pengiraan iddah terbahagi kepada tiga iaitu:

  • Iddah dengan kiraan suci (quru’)
  • Iddah dengan kiraan bulan
  • Iddah dengan kelahiran atau keguguran kandungan

1. Batasan Hukum Talak Raj’ie

Talak raj’e ialah talak yang memberi hak kepada suami untuk kembali rujuk kepada isterinya selagi dalam tempoh iddah

  • Tidak boleh menerima pinangan lelaki ajnabi. Hukumnya adalah haram.
  • haram berkahwin dengan lelaki ajnabi. Perkahwinan dalam tempoh tersebut adalah tidak sah.
  • Tidak dibenarkan keluar rumah kecuali diizinkan suami.
  • Tidak dibenarkan berpindah atau tinggal di rumah lain yang bukan menjadi kebiasaannya tinggal. Suami dilarang menghalau keluar isteri yang diceraikan kecuali jika terdapat kemudaratan. Suami juga wajib menanggung semua nafkah isteri termasuk tempat tinggal. Firman Allah s.w.t:

“JANGANLAH KAMU MENGELUARKAN MEREKA DARI RUMAH-RUMAH KEDIAMANNYA (SEHINGGA SELESAI IDDAHNYA), DAN JANGANLAH PULA (DIBENARKAN) MEREKA KELUAR (DARI SITU), KECUALI (JIKA) MEREKA MELAKUKAN PERBUATAN KEJI YANG NYATA.”
SURAH AL-TALAK:1

  • Tidak boleh berkabung. Sebaliknya dituntut untuk berhias kepada suaminya sebagai dorongan untuk rujuk semula.

2. Batasan Hukum Semasa Dalam Tempoh `Iddah Talak Ba’in

Talak ba’in adalah talak yang tidak memberi hak kepada suami untuk rujuk kepada isteri yang diceraikan kecuali dengan mahar dan akad yang baharu.

  • Haram menerima pinangan lelaki ajnabi.
  • Haram berkahwin dengan lelaki ajnabi. Perkahwinan dalam tempoh tersebut adalah tidak sah.
  • Tidak dibenarkan keluar rumah kecuali dalam batas yang diperlukan sahaja. Seperti bekerja, mendapatkan rawatan atau keperluan yang mendesak sahaja. Menunaikan haji dan bermusafir juga adalah perbuatan yang dilarang.
  • Tidak dibenarkan berpindah atau tinggal di rumah lain yang bukan menjadi kebiasaannya. Sepanjang tempoh iddah dengan talak ba’in, bekas suami masih wajib menyediakan tempat tinggal dan dilarang menghalau isteri (yang diceraikan) kecuali jika terdapat bahaya dan kemudaratan.
  • Disunatkan berkabung dan tidak berhias kerana dibimbangi mendorong kepada maksiat dan fitnah.

3. Batasan Hukum Semasa Dalam Iddah Kematian Suami

  • Haram menerima pinangan lelaki ajnabi.
  • Haram berkahwin dengan lelaki ajnabi. Perkahwinan dalam tempoh tersebut adalah tidak sah.
  • Tidak dibenarkan keluar rumah termasuk untuk bermusafir, kecuali dalam had yang diperlukan sahaja.
  • Antara keperluan penting yang dibolehkan adalah untuk bekerja, mendapatkan rawatan, membeli barangan asasi (sekiranya tidak orang lain yang boleh melakukannya) dan keperluan mendesak lain, dengan syarat menjaga peraturan yang disyariatkan Islam. Waktu untuk keluar pula adalah pada siang hari, kecuali terpaksa.
  • Berpindah atau tinggal di rumah lain yang bukan menjadi kebiasaannya sepanjang tempoh perkahwinan, kecuali terdapat bahaya dan mudarat seperti kebakaran dan tanah runtuh.
  • Wajib berkabung sepanjang tempoh iddah, iaitu wajib meninggalkan semua perkara yang berhias, seperti:
  1. Berpakaian terang atau berwarna-warni dan menarik perhatian
  2. Mengenakan barangan kemas (walau sebentuk cincin, rantai, gelang dan perhiasan yang diperbuat daripada emas, perak dan permata)
  3. Memakai wangian pada badan, rambut dan pakaian.
  4. Bersolek (memakai celak, berinai dan memakai minyak rambut) serta perbuatan berhias lain pada pandangan masyarakat terdekat.

*Perintah berkabung ini hanya dikhususkan kepada suruhan meninggalkan hiasan pada tubuh badan dan pakaian sahaja, tidak termasuk tempat tinggal, bilik tidur dan sebagainya. Ini juga tidak bermakna berkabung dengan mengabaikan kebersihan dan kesihatan diri serta ahli keluarga.

HAK-HAK ISTERI YANG DICERAIKAN

Isteri yang berada dalam iddah Raj’ie berhak mendapat nafkah dan tempat tinggal selama tempoh iddah. Manakala Isteri yang berada dalam iddah Bain adalah seperti berikut :

  • Isteri yang tidak hamil hanya berhak mendapat tempat tinggal
  • Isteri yang hamil berhak mendapat tempat tinggal dan nafkah
  • Isteri yang kematian suami berhak mendapat tempat tinggal sebagaimana semasa kematian suaminya.
Continue Reading

Islamik

Ini Sebab Rasulullah Menyuruh Kita Bersihkan Tempat Tidur Sebelum Duduk Atau Baring

Published

on

Ini Sebab Rasulullah Menyuruh Kita Bersihkan Tempat Tidur Sebelum Duduk Atau Baring

Sudahkah kita membiasakan diri mengibaskan tempat tidur dengan kain atau sarung sebelum kita duduk dan tidur di atas katil kita? Tentunya sambil mengucapkan BISMILLAH.

Ternyata ada fakta saintifik di sebaliknya sunnah bersihkan tempat tidur yang tentu sahaja pada kesihatan tubuh kita. Juga apakah ada rahsia lain yang berkaitan dengan alam ghaib mengenai hal ini?

Oleh sebab itu jangan sampai kita meremehkan sunnah bersihkan tempat tidur sebelum tidur ya Dari sahabat Abu Hurairah ra Rasulullah Shallahu ‘alaihi wasallam bersabda

“Apabila salah seorang dari kalian hendak berbaring di tempat tidurnya hendaklah ia kibas-kibas tempat tidurnya itu dengan sarungnya. Kerana dia tidak tahu apa yang terjadi pada tempat tidurnya setelah ia tinggalkan sebelumnya.”

(HR Bukhari Muslim) Hadis lain sebagai tambahan “Bagi orang yang bangun dari tempat tidurnya kemudian kembali lagi maka dianjurkan untuk mengibasinya kembali.” (Sebagaimana hadis riwayat Tirmidzi. 3410)

Sekurang-kurangnya ada dua alasan penting yang menyebabkan kita perlu bersihkan tempat tidur dengan mengibaskan kain sarung ke atas tilam yang akan kita tiduri:

1. Adanya kuman penyakit yang hinggap di tilam, bantal dan selimut yang kita gunakan Bahwa setiap orang tidur di atas tilam pastinya ada sel-sel mati di tubuhnya yang berjatuhan di tempat tidur dan pada saat seseorang itu terjaga dari tidurnya sel-sel tersebut tertinggal di situ.

Ketika orang tersebut kembali tidur tapi tidak terlebih dahulu membersihkan tilam yang akan diduduki kemungkinan besar ada kuman tak terlihat yang memakan sel-sel mati tersebut di atas tilam, selimut dan bantal yang kita gunakan.

Oleh sebab itu sangat penting untuk mengibas atas katil terlebih dahulu untuk memastikan kuman tersebut hilang.

2. Adanya makhluk ghaib yang tidur di atas katil tersebut, yakni jin jahat atau syaitan Tidak ada satu tilam pun yang terbentang di dalam suatu rumah yang tidak ditiduri oleh manusia, kecuali syaitan akan tidur di atas tilam tersebut.

Orang yang beriman kepada yang ghaib pasti menyedari bahawa kita hidup bersama dengan makhluk ciptaan Allah yang lain yang tak terlihat mata kasar. Oleh sebab itu melakukan sunah mengibas-ngibaskan tempat tidur dengan sarung sebelum tidur sambil membaca Bissmillah insyaaAllah mampu menghindarkan kita dari godaan syaitan yang terkutuk. Sunnah yang mudah namun berfadilat besar. Wallaahualam.

Sunnah sebelum tidur kita bersihkan tempat tidur:

Continue Reading

Islamik

Nikahi Seorang Pel4cur, Lelaki Ini Nak Merubahnya Jadi Baik Tapi “Saya Pulang Ke Rumah Dan Terdengar Suara Lelaki Dari Dalam Bilik Saya”

Published

on

Nikahi Seorang Pel4cur, Lelaki Ini Nak Merubahnya Jadi Baik Tapi “Saya Pulang Ke Rumah Dan Terdengar Suara Lelaki Dari Dalam Bilik Saya”

Jakarta: Bagaikan kisah dalam drama televisyen, seorang lelaki di Lumajang, Jawa Timur sanggup menikahi seorang pekerja s*ks.

Lelaki itu mengambil keputusan sedemikian kerana percaya wanita dicintainya itu bakal berubah menjadi individu yang lebih baik.

Namun, impiannya musnah dalam sekelip mata selepas menyaksikan kecurangan isteri di hadapan matanya sendiri.

Tribun News melaporkan semuanya terbongkar selepas lelaki itu menemui isteri dan teman lelaki wanita itu dalam bilik rumah mereka.

Ketika itu, isterinya dalam keadaan tanpa seurat benang. Berang dengan apa yang dilihatnya menyebabkan lelaki terbabit bertindak menghayunkan sabit yang ada bersamanya ke arah teman lelaki isterinya.

“Selesai menebas rumput, saya pulang ke rumah dan terdengar suara lelaki dari dalam bilik saya.

“Saya masuk ke bilik untuk memeriksa dan menemui isteri bersama lelaki lain tanpa berpakaian.

“Tanpa berfikir panjang, saya terus hayunkan sabit kepada lelaki terbabit hingga terkena kepalanya ,” kata lelaki itu.

Susulan kejadian, dia cuba melarikan diri, tetapi gagal apabila ditahan polis. Jurucakap Polis Lumajang, Masykur berkata, insiden itu menyebabkan mangsa cedera pada bahagian kepala dan tangan.

Keadaannya stabil dan dia dirawat di Hospital Bhayangkara.

“Siasatan awal mendapati suspek bertindak mengikut emosi dan dia ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya.

Beliau berkata, lelaki itu akan didakwa dan berdepan hukuman penjara maksimum lima tahun kerana menyebabkan kecederaan terhadap mangsa.

Dalam pada itu, Ketua Polis Kunit, Hariyono mengesahkan bahawa isteri suspek adalah bekas pekerja s*ks.

Continue Reading

Trending