Connect with us

Petua Berguna

Kalau Nak Bela Kucing Kena Tahu 4 Tips Untuk Elak Si Comel Cakar Sofa

Published

on

Kalau Nak Bela Kucing Kena Tahu 4 Tips Untuk Elak Si Comel Cakar Sofa

Ini merupakan salah satu daripada masalah utama yang sering kita hadapi apabila memelihara kucing. Pasti sofa kesayangan anda akan dicakar si comel, kerana ‘mencakar’ merupakan tabiat si kucing untuk melepaskan geram.

Ketahuilah sebenarnya kita tidak boleh hentikan tabiat mencakar yg dilakukan oleh kucing kerana itu memang habitat mereka. Apa yg kita boleh buat ialah dengan melatih mereka mencakar pada objek yg dikhaskan.

Berikut ialah beberapa tip yang boleh kita guna untuk mengelak perabot dari menjadi ‘mangsa’ mereka sebelum kita nak bela kucing:

1. Spray

Cara yang paling mudah dan sering digunakan. Pastikan botol spray sentiasa bersebelahan perabot. Kita bertindak menyembur percikan air dari botol bila kita terpandang mereka “dalam percubaan” hendak mencakar.

Katakan ‘tidak’ atau ‘no’ dengan tegas pada kucing anda. Namun cara ini agak kurang berkesan kerana kita sentiasa harus berada di sekitar perabot untuk memastikan mereka tidak mencakar.

2. Scratching Post (Tempat mencakar)

Kucing lazimnya gemar mencakar selepas makan dan juga bila bangun tidur. Oleh sebab itu, letak lah scratching post berdekatan dgn favourite spot mereka. Letak juga tempat mencakar berdekatan dgn perabot atau bersebelahan tempat makanan dan minuman si Comel.

Sekiranya kita nakkan kucing bukan sahaja mencakar tetapi tidur dan memanjat di satu tempat, sediakan juga Cat Tree. Pelbagai tempat mencakar boleh didapati di pasaran.

3. Pelekat

Kebanyakan kucing benci dengan benda2 yg melekat pada bulu atau tapak kaki mereka. Gunakan double-sided tape yg tidak memudaratkan atau meninggalkan sebarang tanda (stain) pada karpet atau sofa juga pd kucing kita.

Pelekat yg bersifat lutsinar ini mudah memperdaya si Comel yg degil. Awas! Jgn anda pula yg terperangkap dan duduk di atas pelekat tersebut.

4. Potong kuku kucing

Memotong kuku kucing mungkin membantu mengurangkan tabiat mencakarnya. Sebaik-baiknya lakukan ketika kucing anda masih kecil. Bela kucing kena tahu jaga penampilan kucing juga ya kalau kuku kucing panjang memang lebih teruk lah sofa kalau dicakar oleh bulus ni.

Petua Berguna

Betul Ke Panaskan Makanan Dalam Microwave Akan Menyebabkan Badan Kita Terkena K@Nser Bila Makan?

Published

on

Betul Ke Panaskan Makanan Dalam Microwave Akan Menyebabkan Badan Kita Terkena K@Nser Bila Makan?

Microwave atau ketuhar gelombang mikro merupakan perkakas yang menjadi satu keperluan asas semua orang. Ia sangat membantu daripada segi pemanasan makanan. Microwave bukan saja memudahkan kerja tetapi juga menjimatkan masa dan tenaga. Namun, terdapat perbincangan menyatakan penggunaan microwave boleh mengurangkan nutrisi dan menyebabkan kanser, menjadikan kita takut nak pakai. Sejauh mana, kebenaran dan kepercayaan itu? Jom baca lebih lanjut.

Kajian menyatakan bahawa pemanasan makanan dalam microwave tidak akan mengubah struktur molekul yang sedia ada dalam makanan. Jumlah tenaga radiasi microwave tidak kuat jika dibandingkan dengan cahaya matahari. Ia hanya mampu menggetarkan molekul pada makanan yang dipanaskan.

Apabila radiasi tidak mampu mengubah struktur molekul dan menukar sifat kimia (non-ionising) maka, makanan yang dipanaskan dengan menggunakan microwave tidak mengurangkan nutrisi dan tidak sama sekali boleh menyebabkan kanser.

Bekas yang sesuai adalah sangat penting semasa menggunakan microwave. Gunakan bekas seramik atau plastic yang ada indikasi tahan microwave dan kaca yang tahan haba. Jangan sesekali pakai bekas besi kerana ia akan meningkatkan tenaga gelombang dan boleh mencetuskan api kebakaran.

Harap article ini buat korang lebih faham tentang tenaga radiasi microwave. Lepas ni korang boleh memperbetulan pemahaman orang ramai tentang mitos ataupun kepercayaan yang dibualkan selama ini, sememangnya tidak benar. Microwave ternyata tidak mengurangkan nutrisi pada makanan dan tidak boleh menyebabkan kanser.

kredit syok

Continue Reading

Petua Berguna

7 Jenis Bau Mulut Ini Bagi Signal Kepada Anda Yang Anda Sedang Alami Perkara Ini. No 4 Yang Paling Bahaya

Published

on

7 Jenis Bau Mulut Ini Bagi Signal Kepada Anda Yang Anda Sedang Alami Perkara Ini. No 4 Yang Paling Bahaya

Bau mulut biasanya berpunca daripada bakteria yang berada dalam mulut kita. Namun, menurut kajian yang diambil daripada Boldsky.com, penyakit yang dialami juga menyebabkan punca kepada bau mulut.

  1. Bau Seperti Kotoran
    Berkemungkinan gusi korang mengalami jangkitan disebabkan adanya bakteria anarob dalam mulut. Bakteria ini muncul disebabkan korang kurang membersihkan gigi menggunakan flos.
  2. Bau Hamis
    Nitrogen dan sulfur adalah penyebab utama mulut berbau hamis. Jika korang berdepan dengan masalah ini, ia bermakna ada masalah kesihatan yang berkaitan dengan ginjal.
  3. Bau Seperti Mulut Kering
    Bau mulut seperti mulut kering disebabkan keadaan air liur yang tidak normal. Keadaan ini akan menyebabkan masalah gusi dan juga kerosakan gigi.
  4. Bau Busuk
    Jika mulut berbau seperti daging yang busuk, berkemungkinan ada masalah dengan tonsilitis. Tonsilitis yang dijangkiti dan meradang dan menghasilkan bakteria anarob. Bakteria itu kemudiannya akan menghasilkan bakteria sulfur yang menyebabkan bau busuk.
  5. Bau Seperti Susu Lama
    Mulut berbau seperti susu lama terjadi apabila kita melakukan diet yang kurang karbohidrat tetapi tinggi protein. Ini menunjukkan bahawa diet makan tidak baik kerana menu diet yang seimbang diperlukan bagi kesihatan badan korang.
  6. Bau Seperti Kapur Barus
    Mungkin disebabkan sinus. Ini kerana lendir ketika hidung korang tersumbat mengandungi protein yang sangat padat sehingga dapat menghasilkan bau sebegitu.
  7. Bau Seperti Buah Pear
    Berkemungkinan menunjukkan bahawa korang mengalami penyakit kencing manis jenis satu. Ini kerana kekurangan insulin dalam badan, menyebabkan bau seperti itu.

Segera dapatkan pemeriksaan daripada yang pakar untuk mengetahui tahap kesihatan anda ya!

Continue Reading

Petua Berguna

5 Khasiat Air Rebusan Jagung Selain Merawat Diabetis Dan Batu Karang

Published

on

5 Khasiat Air Rebusan Jagung Selain Merawat Diabetis Dan Batu Karang

Siapa suka makan jagung? Dikatakan Khasiat Air Rebusan Jagung Boleh Merawat Diabetis, Darah Tinggi Dan Batu Karang. Rasanya hampir kesemua orang mesti suka makan jagung bukan? Sebut sajalah jagung rebus, jagung bakar, jagung manis dan sebagainya.

Tapi, tahu tak anda bahawa semasa merebus jagung, air rebusan tersebut jangan dibuang, ini kerana air rebusan jagung sangat berkhasiat untuk menyembuh beberapa jenis penyakit, antaranya ialah untuk mengubati tekanan darah tinggi/hipertensi, kencing manis/diabetes disebabkan gula berlebihan, menyembuhkan batu hempedu, menyembuhkan masalah batu karang serta untuk menghentikan tabiat anak suka kencing malam. Jom tengok caranya.

5 MANFAAT AIR REBUSAN JAGUNG

1. Air rebusan jagung untuk mengubati tekanan darah tinggi

  • Bahan yang diperlukan adalah 5-7 tongkol jagung muda serta 1 genggam bulu jagung.
  • Rebus jagung dan bulu jagung tadi dengan air 110 ml
  • Kemudian tapis air rebusan jagung tersebut, amalkan selama 7 hari.

2. Air rebusan jagung untuk pesakit diabetis

  • Rebus jagung dengan tangkainya sekali, ini kerana di situlah terletaknya khasiat tersebut.
  • Sesudah masak minumlah air rebusan jagung tersebut dengan amalkan 2-3 kali seminggu.

3. Air rebusan jagung untuk menghentikan tabiat anak suka kencing malam

  • Bahan yang diperlukan adalah 1 genggam bulu jagung
  • Jangan menggunakan bulu jagung secara berlebihan,ini kerana bulu jagung boleh menurunkan tekanan darah dengan cara cepat dalam waktu yang singkat.

4. Air rebusan jagung untuk menyembuhkan batu karang

  • Bahan yang diperlukan ialah 4 tongkol jagung muda, 1 genggam bulu jagung serta 8 helai daun Keji Beling
  • Rebus semua bahan tadi dengan 110 ml air
  • tapiskan air rebusan jagung tersebut, serta minumlah setiap hari.

5. Air rebusan jagung untuk mengubati batu hempedu

  • Bahan yang diperlukan adalah 5 tongkol jagung muda serta 5 gram herba misai kucing.
  • Rebus semua bahan tadi dengan 110ml air.
  • Tapis air rebusan jagung tersebut, serta minum setiap hari selama 2 minggu.

Semoga perkongsian ini dapat di kongsikan dengan rakan-rakan anda agar manfaatnya dapat digunakan untuk orang yang memerlukan.

Continue Reading

Trending