“Kalau Saya Sakit Atau Tidak Sihat, Saya Tak Risau…” Neelofa Dedah Betapa Untungnya Dia Memiliki Suami PU Riz

Memiliki suami penyayang dan sentiasa mengambil berat adalah satu bentuk rezeki yang paling diingini setiap wanita bergelar isteri. Rezeki tersebut juga sedang dinikmati selebriti popular Neelofa ketika apabila berkongsi mengenai sikap suaminya, Haris Ismail yang sangat mengambil berat tentang dirinya.

Photo of White Beach in Boracay, Philippines

Kata bakal ibu itu, dia bersyukur kerana memiliki suami yang sentiasa bertanya dan memahami apa yang diperlukan.

“Dia sangat prihatin dan menjaga kesihatan, emosi dan mental saya serta sentiasa memastikan saya dalam keadaan yang baik. Kalau saya sakit atau tidak sihat, saya tak risau sebab saya ada dia yang menjaga saya dari hujung rambut hingga ke hujung kaki,” katanya dalam satu sesi siaran langsung bersama Fauziah Gous baru-baru ini.

Pasti ramai yang mengimpikan suami seperti Haris. Apapun harap Neelofa dan kandungannya sentiasa berada dalam keadaan sihat.

kredit kosmo

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*