Kami diuji dengan ekonomi dimana PKP suami diberhentikan kerja Jadi suami tidak mampu untuk bagi nafkah

Kami diuji dengan ekonomi dimana PKP suami diberhentikan kerja Jadi suami tidak mampu untuk bagi nafkah

Assalamualaikum, sebenar aku nak minta pendapat korang tau. tolong fahamkan ya.. disebabkan tekanan hidup yang teruk dari awal perkahwinan, aku terpaksa rujuk kaunselor setelah aku berpisah. Dan aku mula kenal dan belajar agama dan mengaji dengan seorang ustaz ni. Aku kenal dia 1 bulan, terus dia melamar aku. Korang ingat aku nak? Memang tak la.

Aku tak nak terima sebab pengalaman macam-macam aku hadap sorang diri kelakuan lelaki sebelum ni. Tambahan ustaz aku ni ada isteri yang cantik, muda dan ada anak 3 orang. So aku pun reject. Tapi malam yang sama juga, isteri ustaz tu melamar aku dan minta sangat2 untuk aku nikah dengan ustaz. Aku tolak dan aku tak nak dah kawen. Sampai aku berhenti belajar dan berhenti hantar anak-anak aku belajar dengan dia.

Namun isteri ustaz ni tetap dtg rumah aku, pujuk dan melamar aku. Macam-macam cara aku mengelak dan tak jawab call diaorg. Tapi diaorg dtg umah aku sampai aku tak de pilihan terpaksa jemput masuk juga. Masa tu aku sampai rasa ada something diaorg nak dr aku sebenarnya. Takkan la hebat sangat isteri ustaz ni punya agam sampai paksa aku kawen dengan laki dia.

So, pendekkan cerita setahun aku mengelak, akhirnya aku bgtau camnni sebab aku pun dah tak larat nak lari dan aku nak belajar mengaji. Kalau ustaz rasa ustaz sungguh nak nikah saya kerana Allah, ustaz pergi la jumpa ayah saya. Dan dia pergi jumpa ayah dengan isteri dia. Pada mulanya ayah marah tapi entah isteri dia pujuk apa sampai ayah setuju.

Majlis berlangsung tahun lepas. Mula2 risau juga aku sbb 2 perkahwinan aku gagal walpun bercinta sakan. Ni pula nikah tak pernah bercinta. Tapi alhamdulillah ustaz memang suami yang cukup sempurna untuk aku buat masa ini. Madu aku tak bekerja tapi ada beberapa peniagaan online.

Kami diuji dengan ekonomi dimana PKP suami diberhentikan kerja Jadi suami tidak mampu untuk bagi nafkah. Syukur juga aku ni bekerja ada pendapatan sendiri. Sehingga la mereka terpaksa keluar dari rumah sewa dan madu aku pindah balik kampungnya. Suami stay dengan aku kerana aku telah memodalkan untuk dia memulakan perniagaannya sendiri lebih kurang 20k+.

Isunya, madu jeles dengan aku. Aku tak secantik dia tapi suami aku lain sikit bila dengan aku contohnya cara bercakap, suami lebih lembut dengan aku dr dia. Bila ditanya suami kata sebab aku lembut. Madu aku agak kasar. Dan suami aku kata dia lebih selesa dgn aku. Sampai aku sendiri minta utk dia layan kami sama. Namun madu tetap terasa.

Aku sendiri pun rasa sama je suami layan tapi madu makin menjadi-jadi dia punya jeles. Tapi dia selalu nak tidur rumah aku. Lepas tu nanti dia yang sendiri sakit hati. Sampai dia cuba nak jadi macam aku dan cuba tiru perwatakan aku. Isunya, madu aku ni sudah buat cerita macam-macam pasal aku pada saudara-saudara terdekat.

Sampai ada juga kata aku ni bmohkan suami dan buat bagi suami tak ingat dan buat sihir pemisah utk dia. Hu. korang rasa? Aku ni pergi kerja balik keja suami hantar ambil. Sebab? Sebab si madu ni dah jual keta diaorg dan ambil duit tu bayar apa yang patut dan dia shopping utk diri dia dan anak dia.

Sampai suami aku bgtau saudara, masa bila yang aku nak pergi buat kerja tak elok tu. Aku ni memang sentiasa dengan suami sejak madu pindah kampong. Tak cukup itu, dia buat posting-posting fb cerita kesusahan dia seolah-olah suami ni tak adil dan teruk. Sampaikan adik ipar aku hantar msg kata aku ni perempuan tak baik, dan mcm sampai kubur mak ayah aku dimakinya.

Sedih sangat tapi aku tak pernah cerita kat keluarga aku sbb aku malu aku kawen asyek bermasalah je. Sampai aku tak tahan aku minta suami aku ceraikan aku. Tapi suami aku orang yang ada agama dan dia tau siapa salah dan tak. Dia minta aku maafkan dan terima madu aku tapi aku sakit sgt rasa.

Baru ni aku bagi duit kat suami suruh dia balik kampong tgk madu tapi madu suruh mak dia ambik. suami aku terkejut bila mak yang dtg ambik kat ktm dia salam dan terus naik grab sbb mak dia minta utk suami aku tinggalkan aku dan pindah dari sini. Mak dia nak bagi duit utk dia mulakan hidup baru dengan madu aku di KL.

Adik ipar aku upah kawan-kawan dia utk cari suami aku, pendekkan cerita suami aku jatuh masa cuba lepaskan diri dari geng tu. Tapi suami aku jatuh, luka dan kaki dia retak. Aku jadi makin benci dan meluat kat madu aku. Masa tu suami aku call bgtau yang dia rindu sgt kat aku dan nak balik semula kat aku.

Tapi masa dia call tu dia tak cerita yang dia lari dr adik tu. So aku Cuma suruh dia terus blk kampong. Bila dia balik sini, aku bawa dia pergi hospital doktor kata jari dia tu retak yang teruk. Dan suami aku baru cerita perkara sebenar kat aku sbb dia kata dia tak nak aku risau.

Aku jadi makin geram dan tak boleh nak dengar pun nama madu aku ni. Aku minta suami aku lepaskan aku sbb aku tak de masalah insyaAllah kalu dia tak de. Pembaca sekalian, korang rasa?.. Aku suh suami pilih dia tak nak. Aku dah malu nak pergi fail kes sebab br sgt nikah lg.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*