Kecewa Dengan Ahli Parlimen UMNO Yang Seronok Bersama Kerajaan, Najib Razak Minta Bertaubat

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meminta Ahli Parlimen Umno yang menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) agar ‘bertaubat’ segera. “Peluang memang tipis setelah mengambil kira sentimen rakyat dan kemarahan akar umbi bahagian-bahagian Umno tersebut.

“Masa bertaubat adalah sekarang,” kata Ahli Parlimen Pekan itu menerusi hantaran ringkas di Facebooknya hari ini. Beliau turut berkongsi tangkap layar laporan sebuah portal berita bertajuk ‘Sukar Ahli Parlimen Umno memberontak pertahan kerusi pada PRU15’.

Sementara itu dalam hantaran berasingan, Najib berkata antara tawaran dibuat kerajaan Perikatan Nasional (PN) semalam ialah untuk meluluskan Undi18 yang sebenarnya sudahpun diluluskan dengan majoriti dua pertiga di Parlimen. Malah beliau berkata ia sepatutnya sudah dilaksanakan.

“Ya, dia (Perdana Menteri) tawar untuk luluskan sesuatu yang sebenarnya dah lama lulus dan dah lama patut dibuat sekiranya mahu ikut undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan – iaitu kuasa Parlimen lebih besar berbanding Perdana Menteri dan Jemaah Menteri. Tapi PM8 fikir kuasa dia lebih besar berbanding Parlimen dan Perlembagaan,” katanya. – Malaysiapost

kredit Malaysiapost

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*