Kem UMNO Terbahagi 2 Mahu Calonkan Perdana Menteri Baru, Kem Presiden Calon Ku Li

Tengku Razaleigh Hamzah arrived at Umno division chiefs meeting at Menara Dato Onn in PWTC. AZMAN GHANI / The Star

UMNO kem Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mencalonkan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah sebagai Perdana Menteri interim. Menurut sumber dalaman Umno, perkara itu dicapai dalam satu mesyuarat yang berlangsung selepas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meletak jawatan.

” Umno pimpinan Ahmad Zahid Hamidi mencalon Tengku Razaleigh bagi jawatan Perdana Menteri interim untuk memimpin negara. Pemilihan Tengku Razaleigh atau Ku Li dibuat kerana beliau mempunyai kredibiliti, pengalaman yang luas serta dihormat rakan dan lawan.

“Fokus Perdana Menteri interim ini adalah untuk memulihkan negara sehingga satu peringkat dan menyerahkan kembali mandat kepada rakyat,” katanya kepada Malaysiapost. Semalam, Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu meletak jawatan sebagai Perdana Menteri selepas tidak lagi memiliki majoriti di Dewan Rakyat.

Peletakan jawatan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri diterima Yang di-Pertuan Agong yang kemudiannya melantik beliau sebagai Perdana Menteri sementara sehingga Perdana Menteri baharu dilantik. Muhyiddin kehilangan majoriti selepas 15 Ahli Parlimen Umno menarik sokongan terhadapnya dan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Sementara itu, sumber berkata kem Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pula sedang berusaha mencari sokongan bagi mengangkat Ahli Parlimen Bera itu sebagai Perdana Menteri.

“Sehingga kini Ismail masih belum cukup majoriti dan hanya memiliki 100 majoriti daripada PN. Dikatakan pihaknya sedang berusaha untuk meraih sokongan daripada 10 Ahli Parlimen dari kem Zahid. Difahamkan Ismail Sabri akan meninggalkan Zahid dan Datuk Seri Najib Razak yang berdepan pertuduhan di mahkamah,” katanya lagi.

kredit Malaysiapost

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*