Kem4luan Membengkak Tiba-Tiba, Kanak-Kanak Dikatakan Telah Disunat Oleh Jin

JAKARTA – Seorang kanak-kanak lelaki telah mengejutkan penduduk Kampung Babakan, bandar Bekasi, Jawa Timur selepas dikatakan telah disunat oleh jin, lapor laman berita Suara.com semalam.

Rafly, 5, pada mulanya mengadu kema4luannya terasa sakit. Selepas diperiksa, kem4aluannya kelihatan berwarna merah, sama seperti kemaluan seseorang selepas disunat.

Namun, selepas dibawa ke sebuah klinik berdekatan, doktor tidak menemui sebarang masalah yang serius pada kem4aluannya.

Kejadian tersebut bermula semalam pada pukul 11.30 pagi waktu tempatan. Selepas diperiksa lebih lanjut oleh ibu dan bapa Rafly, terdapat kesan kemerahan pada kemaluan kanak-kanak itu namun ia bukan darah.

Seorang pakar Urologi dari Hospital Siloam Asri, Dr. Arry Rodjani kemudian memaklumkan bahawa keadaan kem4aluan itu diibaratkan seperti telah disunat namun ia sebenarnya dikenali sebagai parafimosis.

“Parafimosis sering dianggap sebagai fenomena sunat oleh jin. Walhal, dalam dunia perubatan, keadaan itu berlaku disebabkan kerana diameter hujung z4akar yang lebih kecil berbanding badan za4kar,” katanya.  Tambahnya, keadaan itu berlaku secara tiba-tiba dan berlaku apabila kanak-kanak kerap menarik bahagian hujung kema4luan. – AGENSI

kredit kosmo

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*