Connect with us

Islamik

Kenapa Kita Digalakkan Untuk Memberi Salam dan Diwajibkan Untuk Menjawabnya?

Published

on

ISLAM adalah agama yang sangat menjunjung tinggi adab dan tatasusila sesama Muslim. Ucapan salam adalah lumrah bagi seorang Muslim yang dilafazkan di saat bertemu dan berpisah. Namun ucapan salam masih menjadi satu perkara yang jarang diamalkan oleh sebahagian umat Islam. Jika berlaku sekalipun ia hanya terbatas kepada orang yang dikenali sahaja.

Hal ini bertepatan dengan hadis yang diriwayatkan oleh Imam Baihaqi daripada Abdullah bin Masud r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Antara tanda-tanda (dekatnya) hari kiamat adalah seseorang yang sering melalui laluan masjid tetapi dia tidak pernah solat walaupun hanya dua rakaat di situ dan dia hanya mengucapkan salam kepada orang yang dikenali sahaja.”

Imam Nawawi menyatakan hukum memberi salam dalam kitabnya, Minhaj seperti berikut: Memulakan salam hukumnya sunat dan menjawab salam hukumnya adalah wajib.

KEISTIMEWAAN UMAT MUHAMMAD

Salam adalah satu kelebihan yang Allah SWT berikan kepada umat Nabi Muhammad SAW, kelebihan ini menyebabkan umat Islam diangkat darjat oleh-Nya di dunia dan akhirat.

Bahkan orang Yahudi mengetahui kelebihan ini sehingga menimbulkan hasad dengki dalam diri mereka, sebagaimana hadis yang diriwayatkan Imam Ibnu Majah daripada Aishah r.a.: “Tidaklah orang Yahudi itu merasa hasad terhadap kamu, sebagaimana rasa hasad mereka terhadap amalan salam dan ucapan amin yang kamu amalkan.”

Sebenarnya memberi salam itu menunjukkan keperibadian seorang Muslin yang tawaduk, sekali gus menunjukkan kecintaan kepada saudaranya yang lain.

Ucapan salam:

1. Menggambarkan kebersihan hati daripada sifat dengki, dendam, benci, sombong dan memandang rendah terhadap orang lain.
2. Salam merupakan hak kaum Muslimin antara satu dengan lain.
3. Punca tercapainya rasa saling mengenali, keberkatan, bertambahnya rasa kasih sayang dan kecintaan.
4. Penyebab memperoleh kebaikan, punca seseorang masuk syurga.

ADAB BERI SALAM

Menyebarkan salam adakah satu bentuk inisiatif menghidupkan sunah Rasulullah SAW. Sehubungan dengan itu, bagi menghidupkan kembali sunah memberi salam dalam kalangan Muslimin, maka perlu diketahui beberapa adab memberi salam :

1. Memberi salam mengikut keutamaan umur dan situasi.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari daripada Abu Hurairah r.a.: “Orang muda hendaklah memberi salam pada yang tua. Orang yang berjalan hendaklah memberi salam kepada orang yang duduk. Orang yang sedikit memberi salam kepada orang yang lebih ramai.” Ibn Battal mengatakan: disyariatkan orang muda mengucapkan salam kepada orang tua kerana kedudukan orang tua lebih mendahului dari sudut usia. Orang yang muda usianya diperintahkan agar menghormati dan tawaduk di hadapan orang lebih tua.

2. Berjabat tangan dan mengucapkan salam ketika bertemu.

Adab salam yang diajarkan oleh Islam, jika sesama Muslim bertemu maka digalakkan agar mengucapkan salam disertai dengan berjabat tangan, hal ini akan mengeratkan kasih sayang sesama Muslim. Menerusi hadis diriwayatkan Imam Thabrani: “Jika seorang Mukmin bertemu dengan Mukmin yang lain lalu mengucapkan salam kemudian berjabat tangan dengannya, maka berguguran dosa-dosa mereka berdua seperti daun-daun yang berguguran daripada sepohon pokok.”

3. Menjawab salam dengan lebih baik atau yang seumpama dengannya.

Menjadi tuntutan agama bagi orang yang menerima salam hendaklah menjawab dengan lebih baik daripada orang yang memberi salam kepadanya. Firman Allah dalam Surah al-Nisa’, 86: “Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu.”

4. Berusaha mengucapkan salam dengan lebih sempurna.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Tirmizi: “Bahawasanya seseorang telah datang menemui nabi lalu mengucapkan assalamualaikum, nabi bersabda: untuknya 10 kebaikan. Kemudian yang lain datang dan mengucapkan assalamualaikum warahmatullah. Maka nabi bersabda: untuknya 20 kebaikan. Setelah itu datang seorang yang lain pula, lalu mengucapkan assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh, nabi bersabda: untuknya 30 kebaikan.”

Firman Allah 
dalam Surah al-Nur, 27: 
“Wahai orang yang beriman, janganlah kamu masuk ke dalam mana-mana rumah yang bukan rumah kamu, sehingga kamu lebih dahulu meminta izin serta memberi salam kepada penduduknya; yang demikian adalah lebih baik bagi kamu, supaya kamu beringat 
(mematuhi cara dan 
peraturan yang 
sopan itu).”

PEDOMAN

Islam adalah agama yang sangat menjunjung tinggi adab pergaulan sesama Muslim. Ucapan salam menggambarkan kebersihan 
hati daripada sifat dengki, dendam, benci, sombong dan 
rasa memandang rendah 
kepada orang lain. Lazimi ucapan salam ketika bertemu kerana ia merupakan satu sunah Rasulullah SAW dan syiar Islam yang kian dipinggirkan.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Islamik

Nikahi Seorang Pel4cur, Lelaki Ini Nak Merubahnya Jadi Baik Tapi “Saya Pulang Ke Rumah Dan Terdengar Suara Lelaki Dari Dalam Bilik Saya”

Published

on

Nikahi Seorang Pel4cur, Lelaki Ini Nak Merubahnya Jadi Baik Tapi “Saya Pulang Ke Rumah Dan Terdengar Suara Lelaki Dari Dalam Bilik Saya”

Jakarta: Bagaikan kisah dalam drama televisyen, seorang lelaki di Lumajang, Jawa Timur sanggup menikahi seorang pekerja s*ks.

Lelaki itu mengambil keputusan sedemikian kerana percaya wanita dicintainya itu bakal berubah menjadi individu yang lebih baik.

Namun, impiannya musnah dalam sekelip mata selepas menyaksikan kecurangan isteri di hadapan matanya sendiri.

Tribun News melaporkan semuanya terbongkar selepas lelaki itu menemui isteri dan teman lelaki wanita itu dalam bilik rumah mereka.

Ketika itu, isterinya dalam keadaan tanpa seurat benang. Berang dengan apa yang dilihatnya menyebabkan lelaki terbabit bertindak menghayunkan sabit yang ada bersamanya ke arah teman lelaki isterinya.

“Selesai menebas rumput, saya pulang ke rumah dan terdengar suara lelaki dari dalam bilik saya.

“Saya masuk ke bilik untuk memeriksa dan menemui isteri bersama lelaki lain tanpa berpakaian.

“Tanpa berfikir panjang, saya terus hayunkan sabit kepada lelaki terbabit hingga terkena kepalanya ,” kata lelaki itu.

Susulan kejadian, dia cuba melarikan diri, tetapi gagal apabila ditahan polis. Jurucakap Polis Lumajang, Masykur berkata, insiden itu menyebabkan mangsa cedera pada bahagian kepala dan tangan.

Keadaannya stabil dan dia dirawat di Hospital Bhayangkara.

“Siasatan awal mendapati suspek bertindak mengikut emosi dan dia ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya.

Beliau berkata, lelaki itu akan didakwa dan berdepan hukuman penjara maksimum lima tahun kerana menyebabkan kecederaan terhadap mangsa.

Dalam pada itu, Ketua Polis Kunit, Hariyono mengesahkan bahawa isteri suspek adalah bekas pekerja s*ks.

Continue Reading

Islamik

“Eh, Ikut Neelofa Ke, Baguslah”Pakai Tudung Labuh, Ifa Raziah Nafi Sudah Berhijab

Published

on

“Eh, Ikut Neelofa Ke, Baguslah”Pakai Tudung Labuh, Ifa Raziah Nafi Sudah Berhijab

Selebriti versatil, Ifa Raziah berkongsi foto memakai niqab menerusi akaun Instagramnya Jumaat lalu. Hal itu membuat banyak pihak yang berpendapat Ifa sudah menukar penampilannya dengan menutup aurat.

Malah menerusi pemerhatian Gempak di ruangan komen entri berkenaan, ramai pengikut Ifa berasa gembira melihat ‘Diva’ kesayangan ramai itu menutup aurat dengan sempurna.

Pada masa yang sama, ada juga warganet yang menganggap Ifa mengikut jejak hos dan pelakon popular, Neelofa yang kini telah berniqab.

Meski demikian, setelah sempat memuat naik fotonya menggenakan niqab, Ifa kemudian kembali mempamerkan penampilannya seperti biasa.

Ketika dihubungi Gempak sebentar tadi, Ifa menjelaskan kekeliruan netizen mengenai penampilannya. Sambil memberitahu dirinya masih belum berpenampilan menutup aurat, Ifa menafikan perkongsiannya itu dipengaruhi oleh hijrah Neelofa.

Menurutnya, dia sering berkongsi foto menutup aurat pada setiap hari Jumaat dan berhijab sepanjang bulan Ramadhan.

“Perkongsian itu tidaklah mengikut Neelofa, tetapi kepada mereka yang mengikuti saya di media sosial, tentu mereka tahu yang saya selalu berkongsi foto menutup aurat setiap hari Jumaat.

“Selain itu, saya juga akan bertudung pada setiap bulan Ramadan hingga 10 Syawal, ataupun sepanjang saya pergi umrah, saya akan berhijab.

View this post on Instagram

Salam Jumaat Yg Barakah👍 . . Syukur Alhamdulillah🤲 Nikmat yang diberi, semoga Hari Jumaat yang Mulia ini menjadi hari yang penuh bermanfaat untuk kita dekatkan diri dengan Allah SWT . Jom kuruskan badan untuk beribadah kerana ia adalah HIJRAH. Lakukan amalan dan niat yang mulia, Semoga segala urusan kita pada hari ini dipermudahkan dan diberi kekuatan semangat untuk terus kurus😉 . Hanya amalkan 1 sachet SOLID MOLID setiap pagi semasa sarapan ya! . . 📲 WS no dibawah untuk pembelian wasap.my/60193722975 wasap.my/60193722975.. . . #ifaraziah #missdiva #serifabeauty #soliddiva #solidmolid #solidbeauty #solidberry #missdivaglow #diet #missdivashine #slimming #detox #stokistwanted #agentwanted #dropshipwanted #kuruscantiklentik #viral #fyp #malaysiaonlineshop #onlineshopping #Shopee #tiktok #ceo #trending #skincare #beautiful #pukpukpukk #malaysia #singapore

A post shared by MISS DIVA IFA RAZIAH (@ifa_raziah) on

“Walaupun saya belum berhijab sepenuhnya, tetapi sekurang-kurangnya saya menghormati hari Jumaat dan bulan Ramadan yang mulia,” katanya.

Dalam pada itu, Ifa juga mengatakan dirinya dalam proses untuk berubah ke arah yang lebih baik. Sebagai manusia biasa, tak ada orang yang tidak ingin berubah demi kebaikan, katanya.

“Sesiapa yang nak ikut perkara baik, baguslah, saya cuba berubah secara perlahan.

“Doakan yang baik-baik, bagi saya, apa jua yang kita lakukan, yang penting adalah nawaitu kita,” katanya lagi.

Continue Reading

Islamik

Bila Emak Meninggal, Jangan Marah Kalau Ayah Kahwin Lain! Anak Perlu Hormat Dan Faham Erti Sunyi

Published

on

Bila Emak Meninggal, Jangan Marah Kalau Ayah Kahwin Lain! Anak Perlu Hormat Dan Faham Erti Sunyi

Setelah emak meninggal dunia, ayah kebiasaannya hilang punca maklumlah selama ini tinggal berdua dan hidup diurus isteri. Kehilangan isteri buatkan kehidupan seorang suami apatah lagi di usia emas cukup berbeza.

Jadi bila emak meninggal izinkan saja ayah kahwin lain jika dia berkeinginan, anak memang tak faham erti sunyi. Bayangkan anak-anak tidak mampu berada di sisi atau beri perhatian pada ayah 24 jam seperti seorang isteri.

Oleh itu jangan ditahan keinginan seorang ayah kahwin lain jika dia ingin mencari teman dan teman itu bukanlah pengganti arwah emak kita. Tiada siapa pun mampu mengganti tempat emak kita selamanya.

Bila Ayah Kahwin Lain

Ikuti perkongsian Puan Ana Balqis ini mengenai isu ayam kahwin lain dan hadam baik-baik ya:

Selepas emak meninggal ayah kahwin lain? Soalannya, salahkah? Sekarang, mari selami isu ini dengan merujuk kepada dua kes yang dekat dengan Kak Engku.

Dalam dua minggu ini, dua orang kawan perempuan Kak Engku bercerai. Kenapa bercerai? Mungkin kalian boleh kata jodoh sampai situ saja. Ya, itu boleh diterima tetapi tentu ada sebab juga, kan?

Anak Tak Boleh Terima Ayah Kahwin Lain

Jadi, ayuh kita lihat dua kes ini.

Dua-dua kawan Kak Engku ini (awal 50-an), menikah dengan duda ada beberapa anak. Kedua-dua kawan Kak Engku itu belum pernah menikah sebelumnya.

Alasan menikah, tua-tua ini elok menikah, ada kawan berbual. Sakit demam ada teman mengadu. Itu kata anak beranak, sahabat handai.

Ada kawan berbual? Ya, mungkin betul dan mungkin tidak. Betul pada yang dapat suami dan keluarga yang sama-sama berhasrat membahagiakan dengan bagi ayah kahwin lain.

Tetapi, dua kes Kak Engku ini, hampeh. Anak-anak tiri tak boleh terima dia langsung bila ayah kahwin lain. Makanan dimasak tak diusik. Siap bagi amaran, barang dalam rumah jangan diubah disentuh.

Malah dicarut dimaki hamun ibu tiri. Depan ayah, semua kelihatan baik. Padahal anak-anak tiri ada degree weh. Bukan tak sekolah.

Pabila kawan Kak Engku minta suaminya nasihati anak-anak, dia pula yang kena marah konon tak boleh bertolak-ansur. Suami tetap percaya, anak-anaknya baik semua.

Tetapi Kak Engku percaya kawan ini kerana pernah sekali, dekat rumah Kak Engku kawan itu hulurkan makanan kepada anak tirinya.

Mak aih, jeling pun tidak apatah lagi menjamah. Mata tak beralih dari telefon di tangan. Anak tiri itu, cikgu yang sudah berusia 30-an bukan budak 3 tahun!

Bukan cuma kerenah anak-anak tiri yang menentang perkahwinan mereka tetapi bekas ipar duai suaminya dan adik-beradik suami juga membuatkan beliau tawar hati untuk teruskan perkahwinan lalu memilih untuk kembali bersendiri.

“Macam mana nak tua bersama kalau macam ni? Aku boleh sakit jantung.” Adunya kepada Kak Engku suatu hari.

Akhirnya Bercerai Selepas Ayah Kahwin Lain

Dipendekkan cerita, mereka bercerai. Cerita kawan sorang lagi, lebih kurang sama juga.

Ok, kali ni Kak Engku nak bagi tazkirah biawak kepada anak-anak yang tak setuju ayah kahwin lain selepas emak meninggal.

Eh, Kak Engku nak tanya anak-anak yang tak suka ayah kahwin lagi dan yang tergamak kata ayah gatal, sudah tua-tua tapi masih hendak menikah itu. Soalan Kak Engku, awak faham erti sunyi dan sebab ayah kahwin lain?

Awak boleh nampak hati orang tua? Belum campur keperluan biologi dia. Awak ada masa nak teman ayah hari-hari?

Ayah Kahwin Lain Sebab Sunyi

Kenapa kejam sangat kata itu, ini pada insan yang sudah sedaya-upaya penuhi kehendak awak dari tapak kaki sebesar dua jari sampai jadi manusia macam sekarang. Kalau dia menikah baru pun, dia mintak duit anak-anak ke?

Awak sendiri telefon tak lepas tangan. Nak berhibur, huha… huha… dengan kawan, kekasih atau pasangan serta anak-pinak. Reti pulak awak mintak dilayan.

Nak bermanja dengan anak bini sedangkan ada makhluk Allah yang sepatutnya awak hargai, makan hati kerana awak tak bagi dia menikah.

Dan, awak tak nak pun duduk dengan orang tua sama ada di kampung atau di bandar sebab pasangan awak tak suka mentua ada dalam rumah sebab dia kata orang tua menyekat kebebasan.

Namun awak berkeras hendak mereka duduk dengan awak. Alasan, awak kerja, tak ada masa nak balik kampung selalu.

Ayah Trauma Duduk Rumah Anak

Awak tahu macam mana traumanya orang tua duduk dengan anak menantu yang tak reti nak jaga hati dia? Sentuh itu tak boleh buat ini salah.

Bukan kebebasan kalian yang terganggu tetapi kehidupan mereka yang terbelenggu. Selalu makan hati sebab dia rasa dia menumpang.

Rumah itu rumah orang. Rumah dia buruk atau kecik pun, itu rumah dia. Dia bebas buat apa saja. Kebebasan itulah kebahagiaan. Faham tak?

Pusing kiri kanan pun, kesimpulan yang dapat dibuat, sebenarnya awak takut harta ayah jauh ke tangan ibu tiri. Sadis!

Dah ada degree sampai dapat kerja elok, harta ayah juga yang ditamakkan. Jelas, ijazah tidak mencerdikkan akal malah membuatkan kalian makin pintar membikin tipu daya semata-mata untuk rebut harta pusaka. Memalukan!

Jangan Teruja Kahwin

Kesimpulannya, kepada gadis yang masih solo jangan teruja sangat nak menikah dengan duda beranak-pinak. Atau yang konon berhasrat mencari kawan sama-sama ke masjid.

Esok-esok nikah tak sampai sekali mengundi alih-alih jadi ‘mantan isteri’ orang. Elok suka ria hidup, terjatuh ke gaung kemurungan. Itu tak masuk lagi yang tiba-tiba suami sakit jantunglah, darah tinggi kencing manis.

Elok awak tidur 6 jam tanpa gangguan sebelum tu, kena pulak jaga orang sakit. Jadi misi tak berbayar. Anak-anak dia lepas tangan sebab awak sudah ada.

Dulu ada pembantu rumah digaji untuk bapa, sudah diberhentikan sebab katanya awak sudah ada. Jadi, awak tu apa? Misi tak bergaji dan pembantu rumah percuma. Gitulah lebih kurangnya. Tak berbaloi langsung.

Itu belum masuk kiranya awak pun berduit. Bergaji tetap, berpencen. Silap-silap, duit ringgit atau harta awak pulak kena sailang!

Sekian. Harap anak-anak yang takut sangat harta bapa jatuh ke tangan ibu tiri tu bila ayah kahwin lain, Kak Engku nak pesan satu je, ingatlah mati esok awak bawak kain putih saja.

Sekian, wassalam.
Foto : pulut berinti.

Continue Reading

Trending