Kerajaan Iraq Gempar Temui Masjid Yang Dibuat Daripada Lumpur Era Zaman Uthmaniyyah

BAGHDAD: Sebuah masjid lumpur yang dipercayai berasal dari era Umayyah pada 678 Masihi ditemukan di wilayah Dhi Qar, di selatan Iraq.

Photo of White Beach in Boracay, Philippines

Lapor Al Jazeera, wilayah itu terkenal sebagai salah sebuah tapak arkeologi yang kaya dengan peninggalan zaman lalu yang berusia 1,300 tahun.

Menurut pegawai, masjid itu ditemukan oleh pasukan dari Muzium Britain bersama ahli arkeologi warga Iraq yang melakukan misi penggalian. Masjid itu yang ditemukan di kota Al-Rifai terletak di tengah-tengah bandar perumahan.

Berdasarkan maklumat penemuan penggalian terkini, masjid itu mempunyai keluasan kira-kira lapan meter lebar dan lima meter panjang. Jelas laporan itu, terdapat sebuah mihrab kecil untuk imam di tengah masjid yang boleh menempatkan sekitar 25 orang.

Ketua Jabatan Penyiasatan dan penggalian wilayah Dhi Qar, Ali Shalgham menyifatkan masjid itu sebagai salah satu penemuan paling penting dan besar.

Katanya, ini kerana, masjid itu dibina sepenuhnya daripada lumpur dan berasal sejak tahun-tahun awal Islam. Jelas beliau, beberapa tapak arkeologi peninggalan Islam juga ditemukan yang berasal seawal era Umayyah. Namun, disebabkan hakisan tanah, tidak banyak maklumat didedahkan mengenai zaman Islam pada masa itu.

kredit utusan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*