Ketulan Naj1s Beku Turun Dari Langit Kejutkan Penduduk Yang Gempar Dengan Peristiwa Berkenaan

Penduduk di sebuah kampung kecil di English digemparkan apabila ketulan besar najis beku jatuh dari langit secara tiba-tiba. Satu bunyi kuat kira-kira jam 10.30 malam Isnin lalu mengejutkan penduduk kampung sehingga mereka menemui ketulan besar di tepi jalan.

Menurut seorang penduduk, Louise Browne, kira-kira 50 sentimer persegi saiz ketulan yang jatuh dari langit itu. “Kami sedang bersiap untuk tidur dan tiba-tiba kami terdengar seperti ada orang membaling batu ke arah tingkap kami. Suami saya berkata ketulan ini pasti terjatuh daripada sebuah pesawat,” katanya.

Ketika kejadian berlaku bau busuk menyelubungi kampung tersebut selepas ketulan itu mula cair. Insiden sebegini dikenali sebagai ‘blue ice’ jarang berlaku dalam hidupnya tetapi dia yakin ketulan beku itu jatuh daripada tandas sebuah pesawat. Tambahnya, ketulan tersebut hampir terkena sebuah kereta tetapi mujur ia jatuh di atas tanah.

“Nasib baik ketulan itu tidak terjatuh ke atas kereta berkenaan. Mujur juga tiada orang sedang berjalan di kawasan berkenaan pada masa itu. Jika tidak sudah pasti ia akan menyebabkan kecederaan atau kematian,” katanya.

kredit era

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*